Jarang kita bertanya khabar dengan hati kita...sering kali kita biar hati kita melayani perkhabaran duka yang menyapa dan utusan gembira yang hadir..kita sering terlupa untuk mengubati hati agar ia kekal muda dan kuat dalam menerima apa jua utusan yang bakal hadir..kata hati kita hiraukan ..kita buat tidak peduli sedangkan Allah sudah berpesan kepada kita untuk jaga dan didik segumpal darah yang bernama hati.
Duhai hatiku sayang, sekarang aku beri engkau peluang untuk meluahkan segalanya, sekian lama kau berkhidmat untukku...silakan duhai hatiku sayang...
Jasad tempat aku berkhidmat...engkau begitu sabar mengharungi hidup..jiwamu begitu kental..engkau tak pernah hirau akan apa yang insan lain katakan dan kau tetap teruskan langkahmu itu..tetapi ketahuilah, hatimu ini semakin tenat sakitnya..begitu banyak tampalan-tampalan luka di dinding hatimu ini..aku perlukan rehat tetapi kau tidak pernah berikan aku rehat.. dan aku cuba faham..tetapi hari ini, maafkan aku..dah lama aku pendam air mata ni..air mata ini bukti kekuatan aku menahan tikaman-tikaman yang hadir..aku hanya ingin kau lepaskannya buat seketika kerana aku ingin kurangkan kesakitan yang sedang kau rasakan..sabarlah duhai tuan empunya badan tempat aku berkhidmat..apa yang Allah uji kita kerana Dia tahu apa yang kita PERLUKAN, Dia bukan beri apa yang kita SUKAKAN. Engkau kan dai'e jadi sudah tentu ujian yang Allah beri kepada kau agak special berbanding insan lain. Aku akan terus berkhidmat kepada engkau dan aku harap engkau tetap terus setia memberiku makan agar aku tetap terus tegar menganyam kesabaran di istana hati ini.
- bersihkan hati dari syirik, kuatkan tauhid + aqidah, tundukkan hawa nafsu.
- membersihkan hati dari kesombongan, amalkan rendah diri dan tidak melihat dirinya lebih baik dari orang lain.
- membersihkan hati dari iri dan dengki. ~kecuali dalam hal kebaikan
- berdoalah kepada Allah supaya tetapkan hati kita dalam kebersihan dan dijauhkan dari kekotoran.
- bersahabat dengan orang2 soleh supaya sentiasa terjaga hati dan selalu diingatkan kepada kebaikan.
0 comments:
Post a Comment