Alhamdulillah..selepas tengok result syukur sangat-sangat(sempat lagi nak menulis di blog, kejap lagi usrah dengan adik-adik..marathon dari jam 12 hingga 4 petang)..hari ni dapat cek result exam!!!ya Allah, syukur walaupun tidak mencapai sasaran yang aku inginkan, Alhamdulillah..semuanya atas kehendakMU dan ini adalah hadiah dariMU sendiri kepadaku..
dekan AKADEMIK dekan AL-DEEN..ayat ni tercipta dengan ilham dariNYA ketika waktu bersahur tadi (before sahur cek result dulu) menguatkan lagi semangat walaupun gegar gempita taman bendahara dengan jeritan merdu ku yang tidak dapat diklasifikasikan gembira atau kecewa..(mungkin dua-dua sekali)..alhamdulillah...entry ni dituju khas buat pensyarah-pensyarahku walaupun mungkin mereka tidak dapat membaca post ini tapi tidak mengapa..
terima kasih buat USTAZAH EMIE SYLVIANA DAN USTAZ ZAKI SAZALY untuk subjek perhubungan etnik..alhamdulillah..saya berjaya dapat A..segala nasihat, kesabaran, dan kematangan ustaz dan ustazah buat saya semakin kuat dan laju melangkah..
thanks a lot to madam cecilia rajendran , my english lecturer..terima kasih madam untuk semua tunjuk ajar, ilmu yang diberikan. really sorry because im always come late (5minutes late than you)...im sorry because im failed to get A for this subject..=,(..you are the best madam!!!
Dr. Hajah Farha, sorry madam..betul kata madam..economics is very hard..uwaaa..still..im failed to get A..but syukur, dapat kenal madam..best sangat-sangat..banyak ilmu saya dapat, rupa-rupanya ekonomi ni pelik..dengan teori yang pelbagai..sangat unik..hehe
sir bazri dan puan roha..terima kasih for ent subjek..suka sangat-sangat subjek ni..dapat pengalaman baru macam mana nak tarik orang, skill bercakap...thanks sangat-sangat..alhamdulillah..berjaya dapat A for entrepreneur..thanks to both of you!!
sir ferri yang garang (masa mula-mula) dan sporting..hehe..terima kasih sir..ISB 547 DAN ISB 535..alhamdullilah..satu dapat A satu lagi tidak berjaya dapat A..janganlah lepas ni sir tak nak ngaku saya student sir ek..huhu..soalan susah..(alasan~~)..hehe..jangan serik untuk mengajar saya ye sir..
last but not least, ustaz asyadi..ustaz kata tak ramai dapat A untuk advance fiqh muamalat, ustaz beritahu juga yang betul-betul faham saja akan dapat A..alhamdulillah, saya dapat A-..ustaz, tak boleh ke buang "-" tu?hehe..nak dapat A...pe pun..terima kasih ustaz atas segala ilmu dan nasihat...
Tanpa anda siapalah saya...
mimi atieqa binti noor azam
Thursday, August 2, 2012
dekan AKADEMIK dekan AL-DEEN
Posted by ummul mujahidah_90 at 8:57 PM 0 comments
Monday, July 30, 2012
usrah dulu usrah sekarang
Buat adik-adik usrah....
Usrah dalam bahasa arab ialah keluarga.Dari segi istilah usrah bermaksud kumpulan individu muslim (afradul muslimin) yang beriman dengan Allah SWT berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam. Sejarah usrah bermula apabila pnganut Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita ketika zaman nabi Muhammad saw dahulu lagi. Ketika ini rumah Arqam bin Abi Al-Arqam telah dipilih untuk mengadakan usrah dan semenjak itu jumlah orang yang memeluk Islam kian bertambah. Jadi, Kenapa sekarang ini kita memerlukan usrah? Adakah untuk saja-saja?
" ana ada kerjalah akak, ana ada group discussion akak, ana nak jumpa kawan, ana nak keluar, ana penat, ana ada hal yang tak setel lagi..."
tetapi setelah disiasat.....
"ana malaslah nak pergi usrah lagi.."
kenapa?
"sebab usrah SEKARANG dah tak macam usrah DULU..."
ini mungkin keluhan -keluhan yang sering didengar bagi mereka yang berada di dalam dakwah dan tarbiyah (D&T) tetapi perit lagi jiwa yang mendengar, atau lebih jelas terasa mati separuh nyawa ini.
"bestlah akak usrah tadi..lain kali saya nak datang lagi, banyak ilmu yang saya dapat..terima kasih akak kerana tarik saya dan kenalkan dengan usrah..."
Terasa tenang dan bahagia naqibah yang mendengarnya tetapi ujian Allah itu datang dengan pelbagai cara.
hal ini terjadi bagi mereka yang baru hendak mula kenal dakwah dan tarbiyah, masih dalam sesi taaruf dengan program-program daurah, mabit, qiyam dan segala-galanya tetapi jiwa masih rasa kosong walau keseronokkan berprogram itu ada. Namun begitu, ada sebahagiannya menyatakan pendapat mudah seperti membuat eksperimen sahaja.
"alah, kejap je rasa seronok tu, nanti lama-lama dorang bosanlah, rasa tak best, dah tak de hard-hard feeling lagi..benda baru biasalah.."
Mungkin tidak semua yang bertanggapan begini. Merasa usrah, benda yang kita anggap penting dalam tarbiyah tetapi tidak mampu membasahkan jiwa-jiwa kita yang semakin penat dan lelah selepas bermujahadah.
Zaman dulu-dulu, pergi usrah mesti seronok. Antara benda yang paling kita nantikan naqibah baru nak mula baca ayat Al-Quran, Air mata kita dah melimpah-limpah. saat itu benar-benar terasa tarbiyah. sekarang ni, tak tahulah nak kata apa!!! jangan kata sebaris bahkan satu surah al-quran pun mungkin belum mampu gerakkan jiwa kita yang sangat-sangat gersang ni....
Akhirnya terjadilah kes salah menyalah, banding -membandingkan hatta rungutan yang mungkin wujud dan berlegar-legar di dalam hati dan fikiran atau mungkin ada yang lebih berani berterus terang.
“Saya rasa
saya dah tak rasa apa-apa dengan usrah ni sebab naqibah saya yang sekarang tak
macam naqibah saya yang dulu. Pengisian yang dia bawa langsung tak menarik minat
saya,”
“Ahli usrah
saya tak best. Saya je yang kelihatan terhegeh-hegeh nak bagi usrah tu hidup
tapi diorang macam nak tak nak je,”
“Naqibah
saya yang dulu single, so dia ada banyak masa nak update dengan kami. Yang
sekarang ni dah kahwin, anak dah lima. Mana ada masa byk dengan kami. Usrah pun
sekejap sebab anak-anak kecil ramai kat rumah”
" saya rasa bosan sangat dengan usrah yang baru ni, naqibah baru ni xbest macam naqibah lama saya.."
Okay, dah
habis lepaskan semua yang dah terpendam di hati?
Jadi
sekarang, mari kita koreksi diri kita.
Selama ni
kita datang usrah adakah kerana mahukan pengisian supaya dapat tingkatkan diri
kita menjadi mutarabbi yang hebat ataupun kita benar-benar mendambakan redha
Allah dalam setiap amal perbuatan kita?
Huhu~ nak
dua-dua tak boleh ke?
Mungkin
nampak sama statement di atas tapi perasan tak, kalau kita rasa diri kita akan
meningkat jika jumpa akhawat, dengar kata-kata mereka, baca ayat Al-quran
padahal semua itu adalah salah satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kita
dengan Allah dan bukanlah bererti jumpa akhawat, confirm hati tenang.Hubungan
kita dengan Allah, itulah utamanya.
Jadi, kalau sekarang Tanya pada diri
sendiri apakah sebab utama kekuatan untuk terus bergerak? , pasti ada yang akan
menjawab
“sebab
adanya kekuatan dari akhawat” sehingga terlupa menyebut perkara yang paling
utama
‘Allahlah
sebab utama saya masih berada di sini pada hari ini.’ Yang lain bukan tidak
penting, penting juga tapi ia adalah wasilah dan asbab yang digerakkan oleh
Allah.
Jika kita
ada merasakan usrah semakin menjauh dalam diri kita, bersabarlah dahulu. Jangan
cepat melatah bila terasa tiada apa-apa yang berlaku dalam jiwa kita tatkala
Al-Quran sudah dibaca,pengisian sudah didengari, akhwat pun dah jumpa.
Iman yang
kita harapkan hadir dalam diri kita bukan sekadar seperti bayi kecil yang
menanti disuap oleh ibunya. Kalau kita memang jenis tunggu naqibah kita berucap
supaya ada rasa basah sikit dekat hati, maka memang kitalah orang yang paling
tidak layak merungut sana-sani bila usrah yang dihadiri itu kurang berkesan
pada diri.
Iman harus
diusahakan. Jagalah hubungan dengan Allah, maka dengan itu Allah akan menjaga
kita. Bukan sekadar jasad malah juga ruh. Sebab kadang-kadang ada sahaja orang yang
tidak pandai bercakap tapi entah kenapa bicara dia mudah mengesani hati-hati
manusia. Saya kira, mungkin kita sendiri dapat menjangkakan jawapannya bukan?
Binalah
dahulu rasa cinta. Pada Allah dan kerana Allah. Jika kita mampu menerima
keluarga kita kerana cinta biarpun kadang kala ada kelemahan-kelemahan yang
wujud, maka usrah juga mampu mencapai tahap itu. Kerana biarpun tanpa ikatan
kekeluargaan, tapi ikatan kita yang terbina atas dasar aqidah pastinya mampu
membuat hati kita lebih berlapang dada dengan kelemahan-kelemahan yang mungkin
wujud di dalam ahli usrah kita, atau mungkin pada diri kita sendiri.
kakak naqibah baru atau lama, dua-dua adalah manusia. Mereka tidak meminta perhatian apatah lagi wang ringgit bahkan pujian atau sanjungan, Harapan mereka ingin mengubah adik-adik menjadi baik. Adik-adik tersilap kata, mungkiri janji, menjauh dari dia, menghakimi dia atas sesuatu perkara ...dia tetap tersenyum dan setia memahat doa buat adik-adik yang sudah dia letakkan di hati, berkorban masa, wang, tenaga, dan menahan hati demi kebaikkan adik-adik. Susah bagi kita menerima kelemahan orang lain, tetapi kita selalu terlupa insan lain sering bersabar dan menerima dengan terbuka segala kelemahan dan kekasaran yang kita lakukan. Dalam diam, dia menangis ketika sujudnya di sepertiga malam, menangis bukan kerana dirinya, menangis kepadaNYA, merayu kepadaNYA, supaya adik-adiknya tetap teguh dalam tarbiyah, menjadi muslim yang hebat..
adik, akak tak minta apa-apa dari kalian...akak sayang kalian kerana Allah...akak pernah berada di tempat kalian, akak akan sentiasa menyokong kalian, jadi, tolonglah bersama-sama akak kita gerakkan dakwah ini kerana akak juga manusia, bukannya malaikat yang serba perfect, manusia yang ada hati...ada harapan yang tersimpan...secebis hati kecil yang sensitif..
khas buat:
solehah
fairuz
aishah
aqilah
rashidah
syarafana
sara
eskay
adawiyah
syazana
adilah
ain farahin
farahin
azra
nazuha
nurul ain
zahirah
terima kasih kerana hadir dalam hidup akak....
Posted by ummul mujahidah_90 at 8:59 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)