RSS

Tuesday, August 14, 2012

Ceritera Ramadhan

Masa umpama pedang. Pejam celik, pergi kampus, balik rumah tanpa kita sedar Ramadhan hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk meninggalkan kita..(adakah ini Ramadhan terakhirku Allah....) sambil ralit membelek kembali album kenangan di dalam akaun fb ku, semenjak zaman dahulu kala, waktu ketika arwah ijah dan kak humaidah hidup lagi, masa ketika arwah atok kesayangan masih bernafas lagi..segala komen mereka terasa begitu bermakna..(melankolik seketika)...bukan bermakna tidak redha (siapalah aku untuk mempersoalkan kehebatanNYA..) cuma terkenang kembali memori indah bersama mereka..Al-fatihah..


Cuti semester kali ini  agak berbeza kerana terpaksa ambil intersesi untuk subjek Banking Operation and Documentations kerana masa diploma dulu tak pernah ambil subjek ni jadi, untuk mencukupkan "transfer credit" degree terpaksalah ambil. Tambahan pula, bulan puasa + PTPTN dah nazak jadi nak atau tidak terpaksalah cari part time job + business yang sememangnya dari dulu wat kena teruskan..Allah maha besar, Dia tahu apa yang terbaik..dalam kesibukkan yang melanda, pelbagai ujian Allah uji..Allah bagi rasa penat supaya aku lebih menghayati kesusahan orang lain, Allah bagi rasa sakit hati dan tidak berdaya supaya aku lebih tabah dan kuat, Allah bagi air mata supaya aku lebih menghargai senyuman yang terpalit di wajah, Allah bagi rasa kecewa supaya aku belajar untuk tidak mengecewakan orang lain, Allah bagi aku rasa sibuk supaya nanti di alam barzakh aku tidak akan menyesal kerana membuang masa....




Sesibuk mana pun, Allah tetap memberi 24 jam sehari kepada semua manusia, jadi tidak ada alasan yang boleh diterima jika kesibukkan menghalangku daripada bersama-sama adik2 usrah tercinta. Gambar diatas ketika Prgram STEP oleh cikgu Aliff dan tautan ukhuwah oleh Kak Norma daripada UNIMAS.Semoga ilmu yang bertambah dapat memberi manfaat kepada orang lain. "Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak menyintai saudaranya seperti mana dia menyintai dirinya sendiri"...Semoga kami tetap thiqah di jalan MU Allah..aminn...



Pada 4- 6 Ogos 2012, aku, dan beberapa orang adik-adik usrah pergi ke Melaka dan gambar di atas menunjukkan chalet yang kami duduk, iaitu Chalet Deruan Ombak bertempat di Pengkalan Balak dan berhadapan dengan pantai. Betulke pantai???tak percaya???buktinya......^_^

Gambar ni betul-betul diambil di hadapan chalet kami tadi. Paling best bila banyak buaian yang di sangkut di pokok-pokok, apa lagi mainlah..^_^...ada lapangan untuk bermain bola tampar pantai, dan laut dekat sangat-sangat. Tak padan dengan puasa hyper active betul azra ..huhu

Program Usul 20 karangan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna disampaikan oleh Usu. Khusyuk kami mendengar dan semoga program tarbiyah ini menjadikan kami lebih dekat dan faham dengan Islam. InsyaAllah...(saya akan menceritak usul 20 dalam post saya seterusnya..insyaAllah)

 Pemandangan waktu petang. Sempat dirakam ketika dalam perjalanan ke Majlis Iftar ISMA Melaka.
  solat jemaah maghrib + isyak + terawih after iftar
 Bacaan mathurat di tepi pantai yang indah~~~
Bersama adik-adik tersayang..p/s: cantik kain batik azra..heee


iftar bersama rakan-rakan sekerja..(masa ni dah rasa rindu nak iftar dengan housemate)..


Pengisian ketika Program Rehlah Masyi disampaikan oleh ukhti Siti Zubaidah daripada PEMBINA UPM..syukran ukhti atas perkongsian...May Allah bless u always...

Rakaman perjalanan Rehlah Masyi Akhawat UITM SEGAMAT sejauh 8 km..penat tapi lebih penat apa yang dirasai oleh nabi Muhammad saw dan pejuang-pejuang Islam di dalam perang Badar dulu. apa yang dirasai masih tidak mampu menyamai hatta 1 % pun daripada keperitan dan pengorbanan mereka lakukan dahulu..


Mereka nilah sweetheart saya..^_^..setelah penat apalagi bergambar kenangan..May our ukhuwah will never end and untl jannah..ana ithar antunna...

Last day bersama kawan2 sekerja..terima kasih buat abg wan, kak ida, kak jatt, kak nurul, big boss miss nirmala..thanks kerana belanja kami..moga murah rezeki..venue: Pumpkin House




pelbagai program dilalui, sesibuk bagaimanapun kita, jangan lupakan Allah kerana Dia yang paling utama. Jika Dia tidak mengizinkan, maka semuanya tidak akan berlaku.Apabila kita gembira jangan terlalu mudah melupakan Dia yang memberi rasa. Jangan mudah mengeluh jika disakiti, kembali padaNYA. Semoga madrasah Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita seorang hamba yang lebih mantap imannya, lebih mantap akidahnya dan teruslah istiqamah dalam menuju jalan Ilahi sebagai seorang hamba.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..BERSEDERHANALAH DALAM MERAI KEMENANGAN DAN BERSYUKURLAH. USAH MEMBAZIR. I WILL MISS RAMADHAN SO MUCH......


0 comments: