RSS

Monday, March 25, 2013

kecewa

bismillah..

Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menulis di blog kesayanganku ini..maaf kerana sudah lama tidak menjengah lantaran kesibukkan mencengkam diri..

terasa banyak sangat perkara yang ingin saya kongsikan tetapi hati menahan mengatakan itu hal peribadimu..erm..nampaknya hanya kepada Allah tempat saya mencurahkan segalanya..

Seusai kepulangan ke kampung mahupun menelefon ibu bapa kandung dan angkat, acapkali persoalan berkenaan jodoh ditimbulkan. Kata mereka, usiaku sudah 23 tahun, seharusnya sudah beranak dan berlaki sekarang..

Kadang kala saya turut termenung memikirkan masa depan dan lalu..ya, saya pernah suka pada seorang lelaki..ya, saya rasa saya pernah jatuh hati..dan ya, saya pernah menaruh harapan kepada orang yang saya suka itu dengan harapan si dia akan menyunting diri ini menjadi suri hidup dia..tetapi..itu hanyalah impian saya..

Pernah ada yang memberitahu saya perlu berusaha. Saya jadi buntu. Bagaimana???bukankah jodoh itu boleh datang bila-bila masa sahaja..saya jadi keliru..malu juga saya dibuatnya..lalu beberapa orang teman cuba memujuk saya untuk bertaaruf dengan beberapa orang lelaki yang dikira "alim" dan "ahli agama"..tetapi..saya tetap rasa kecewa, sebabnya biarlah saya rahsiakan..

kecewa...tidak pernah hilang dari diari hidup kita. tidak mahu atau nak, ia pasti hadir. Pesan sahabat, saya kena bijak menangani kekecewaan. Nabi pun pernah merasa kecewa apatah lagi saya hanyalah manusia biasa yang sudah pasti akan diujiNYA dari segenap sudut.jika diikut jeritan nafsu jahat, laju sahaja saya mengira, hidup ini sentiasa diselubungi kesedihan tetapi apabila terbaca lembaran sejarah nabi sulaiman a.s. yang diuji Allah dengan kesakitan lalu tetap disyukuri lantaran masa yang diberi nikmat lebih banyak berbanding ujian, maka saya tidak layak untuk mempersoalkan takdir yang melanda..

Ampunkan HambaMU ini Ya Rabbi..aku tidak layak mempersoalkan apa jua yang terjadi atasku sedangkan dosa ku menggunung dan syukurku jauh untukMU..hindari aku dari maksiat..aku mohon sangat-sangat..aku takut nerakamu dan rindukan syurgamu...terima kasih kerana Engkau menghadirkan mereka dalam hidupku..membuatku lebih kenal akan tipu daya dunia ini..