3 semester..tik tok..tik tok..bagaikan sekelip mata ianya berlalu. Kehidupan terasa begitu ringkas. Seringkali kali kita terlupa dan alpa satu hari di akhirat diibaratkan beribu tahun di dunia. Kadang kala masa terasa berjalan begitu lambat tetapi, kita terlupa lagi. Jika dibandingkan dengan kehidupan di dunia hakiki, tidak terbanding dengan kehidupan di dunia.
Ada yang berkata satu tahun enam bulan itu masa yang sekejap dan tidak terlalu lama. Namun, apabila diteliti dengan sedalam-dalamnya, terlalu banyak perkara yang telah berlaku dalam masa yang singkat. Tidak kurang juga ujian yang silih berganti membuatkan kita semakin kenal akan pencipta diri. Surah Al-Asr, telah Allah memberi peringatan kepada manusia yang mana mereka berada dalam keadaan kerugian melainkan orang-orang beriman dan bertaqwa.
Setiap insan miliki impian dan objektif mereka yang tersendiri. Masing-masing punya cita-cita dan pemikiran yang berbeza. Lain orang, berbeza caranya. Bahkan ada yang sanggup memutuskan silaturahim hanya kerana perbezaan pendapat. Adakah ini sikap mukmin sejati? Mari kita selusuri sejarah, bukan hanya sekarang terjadinya perbezaan ini bahkan sejak zaman para sahabat lagi sudah berlaku. Ini menandakan kehebatan Allah. Maha hebat Dia yang menciptakn sejumlah manusia yang sangat ramai tetapi berbeza antara satu sama lain.
Allah telah berfirman juga, Aku telah turunkan satu sikapKU kepada hamba-hambaKU iaitu kasih sayang. Setiap manusia miliki orang ataupun benda yang amat mereka sayangi. Namun begitu, mereka sering terlupa untuk mengucapkan syukur atas rasa yang dihadiahkan kepada mereka dan sering terlupa kepada pencipta Kasih sayang sehingga meletakkan Dia di kedudukan yang rendah.
Alhamdulillah atas segala kurniaan MU. Apabila berbicara soal kasih sayang, maka hatilah menjadi makamnya. Hati. Pasti kita pernah mendengar hati manusia sering berubah. Ya!Ini kerana Allah pemegang hati kita. Dia mampu mengubah hati kita apabila Dia mengkehendaki. Hati manusia boleh berubah dan kadangkala dengan alasan yang tidak munasabah.
.....................................................................................................................................................................
Aku bersyukur kepada Allah. Banyak yang harus dilalui sehinggakan diri terhenyak dengan persoalan-persoalan yang tiada penghujung. Terlalu banyak perubahan. Jika dulu dia insan yang sering bersama, tetapi mungkin kini kita menjadi orang yang ingin mereka jauhi. Mereka yang rapat dan baik dengan kita tidak semestinya akan bersama-sama sehingga ke syurga. Pasti ada uji antarakita dan Dia yang Allah turunkan untuk menguji ukhuwah yang terbina.
Jangan mudah merasa sedih dengan ujian. Itukan tanda cinta Allah kepada kita? Allah menguji kita kerana Dia tahu kita ini hambaNYA yang punyai iman, jadi Dia menguji. Jika kita bersabar, hebatlah ganjaranNYA. Jika tidak, ruginya kita. Kita seronok apabila dipanggil untuk ditemuduga kerja, tetapi mengapa kita tidak suka apabila Allah ingin meng"interview" kita melalui ujian-ujianNYA?
Monday, January 14, 2013
singkatnya waktu
‘Munajat Seorang Hamba’
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kupandang hamparan langit berwajah malam,
Sinaran bintang – bintang berkerdipan,
Sang rambulan menebar cahayanya,
Menerangi pelosok alam semester.
Wajah siang mula muncul…..
Bertemankan sinaran sang mentari berkilauan,
Putaran alam menjelma lagi,
Menitip sekilas bukti kekuasaan Yang Esa….
Itulah tanda keagungan kuasaMu,
Ya Allah…. ( Tuhan ),
Lalu kubersujud padaMu,
Memohon restu dan rahmatMu….
Oh….Maha Agung KuasaMu….. Tuhanku….
Ya Ilahi…….
Hidup ini penuh ranjau onak berduri,
Jatuh tersungkur, bertatih bangkit….
Hanya padaMu aku mengadu…..
Oh tuhanku…….
Oh Tuhan …. Ya Rahman….
Aku pohon padaMu….
Engkau cekalkan hati nuraniku
Agar dosa menjauhi diriku….
Ya Rahim… aku berserah padaMu,
Engkau berilah nurMu…..
Mengiringi setiap gerak langkahku,
Kerana aku takut kemurkaanMu…
Oh…. Maha Agung KuasaMu…..
Yang Maha Esa….
Posted by ummul mujahidah_90 at 6:33 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)