RSS

Saturday, April 6, 2013

Semoga Awak Bahagia


Orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah..." - [Al-Baqarah: 165]

Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluq Melebihi Cinta Kepada ALLAH
Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." "Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." - [At-Taubah: 24]
Cukuplah dua kata-kata di atas menjadi penenang jiwaku dalam menerima berita ini.
Jangan mesej, kena jaga hati..
Jangan ingat selalu, nanti rindu..
Jangan dipersoalkan bila, tunggu dan tunggu..
Dan saya, menurutinya kerana Allah, saya menanti dan menanti, saya genggam janji itu walaupun tindakan dia mengundang curiga.
Hari ini, terdetik di hati untuk menghubungi junior yang paling saya percaya. Keraguan yang timbul semakin bertambah. Allah, akhirnya segala kebenaran terbuka dengan Engkau menggerakkan hatiku. Saya wanita biasa, saya ada impian seperti gadis lain. Usia yang sudah pun menginjak 23 tahun, telah pun diisi dengan perasaan mawaddah. Dalam diam-diam, saya tunggu dia, saya doakan untuk dia yang berjaya mengusik taman hati saya, saya pegang kata-kata yang pernah dia lafaz di hadapan ustaz dan ustazah. Pecah kolam air mataku, tanda kecewa,bukan saya tidak pasrah dan redha...tetapi saya tetap hambaMU yang lemah dan masih mengharapkan pertolonganMU sepanjang masa..
Saya kata pada kawan-kawan, saya dah lupakan dia, saya diam dan tidak tanya khabar dia dengan adik-adik tetapi saya sebenarnya nak contohi Siti Fatimah, puteri nabi Muhammad saw dalam memendam rasa kepada Saidina Ali, bezanya kisah kami, dia bukan untuk saya. Rupa-rupanya saya sendirian dalam memegang janji ini..

"dia akan berkahwin bulan 8 ini"........
Allah!!!semuanya berhikmah. 

buat awak,
semoga bahagia dengan dia..
saya akan belajar erti redha..
maaf sekiranya selepas ini, saya membenci awak..saya taknak jumpa awak..
terima kasih Allah, mungkin aku terlalu mengejar cinta makhluk sehingga terlupakan Engkau..