RSS

Tuesday, December 1, 2009

Dunia tempat persinggahan..kembali semula ke tempat asalnya..

Dua hari berturut-turut..sejak 2 hari yang lalu..2 orang saudara ana pergi menyahut seruan Ilahi..itulah yang tersurat semenjak azali..ana langsung tiada waktu untuk memikirkan perkara lain..yang penting selesaikan segala yang mesti disempurnakan dengan segera..alhamdullilah..segalanya selesai..kini..pastinya arwah2 sedang berada di alam barzakh...apa yang dapat ana lakukan hanyalah menyedekahkan seberapa banyak al-faihah dan diringi dengan doa semoga bahagia di sana..amiin...

Saturday, November 28, 2009

kisah "hajj" ibn mubarak


ketika si dia melihat si ibu memasak bangkai burung itu

dia tersentak lalu berkata:

itu haram dimakan untukmu dan keluarga

namun si ibu menjawab hiba,

ia telah halal untuk anak-anakku

inilah makanan yang ada...

buat menyambung nyawa


lalu ibn mubarak pun menyerahkan wang simpanan

wahai ibu..wangku ini penebus deritamu

alangkah gembira keluarga itu menerimanya

namun safar ibn mubarak tertangguh lagi...

wang biayanya sudah tiada

diberikan segalanya untuk yang lara


ah,tiba-tiba dialog malaikat menjadi lagenda

tahun itu haji ibn mubarak yang paling tinggi nilainya

walaupun dia belum mencecah kakinya di Makkah

namun hati tulusnya bagaikan telah mengucup kaabah..

bukankah haji itu menuju Allah??

sesungguhnya: kembara ibn mubarak telah sampai ke situ...

oleh tulus hatinya membantu si ibu!!!

Wednesday, November 25, 2009

Allah sayangkan kita..

ilmu dan kasih sayang apa yang samanya??tiada yang sama...kasih sayang merupakan perasaan yang dikurniakan Allah kepada manusia....tetapi ilmu dan kasih sayang saling mengikat???mungkin benar dan mungkin juga ada yang membantah,namun ini sekadar coretan hati seorang insan lemah yang sentiasa dambakan pertolongan yang maha pencipta..ilmu amat penting kerana tanpanya tiada guna kita di dunia...samada ilmu kifayah apatah lagi fardhu ain..seringkali minda ini terfikir..kalau kita malas dan tak berilmu dan pastinya kita tiada ilmu untuk beribadat kepada-NYA..adakah kasih Allah akan sampai kepada kita???em...Allah maha pengasih...Dia sentiasa kasihkan hamba2NYA..tetapi kalau lama2 pastinya Dia yang maha pencipta akan murka akan segala kejahilan.sebab itulah kita dituntut untuk mencari ilmu sehingga ke liang lahad...


apabila ada individu yang mengatakan sesuatu hukum yang mungkin xpernah kita ketahui..jangan cepat melatah..berhati2...kaji dulu..baru kita tahu kebenarannya..tanya kepada yang arif..baca banyak buku..kaji quran...insyaAllah kita sentiasa berada di landasan yang benar..namun begitu,ana bersyukur sangat2 ..Allah utuskan sahabat ana untuk membuka minda ana..membuka mata..membuka hati..atas segala kekeliruan ana ..alhamdullilah..katanya juga..kesatuan umat itu yang lebih utama...bukannya saling berperang ,bermusuhan..hanya kerana tidak sealiran..dan sependapat..dan dia juga berpesan..peganglah al-quran betul..genggam akidah kita..kerana sekarang terlalu banyak ajaran sesat berleluasa...ana doa..semoga kita semua tetap Islam..bukan hanya sekadar nama atau keturunan..tetapi juga benar2 Islam...ingat!!!iman tidak dapat diwarisi..xmustahil anak seorang ulama' akan menjadi seorang pencuri dan xmustahil juga anak seorang pembunuh akan jadi seorang ulama' yang disegani...Allah tidak pernah menciptakan manusia untuk jadi seorang yang kalah kerana kita semua sudah menang ketika roh masih belum dihembus lagi..saat kita berjaya melepasi berjuta-juta ovum...tiada yang mustahil..tepuk dada tanya iman...

asif jika ada yang kurang dalam post kali ini..

Saturday, November 21, 2009

...??sejadah sembahyang..???

salam alaik..lama sungguh saya tidak menaip ...alhamdullilah..ketika musim imtihan..pelbagai peristiwa terjadi antaranya...

pada malam 12.15 pada 15 november saya dan kawan2 menyaksikan sejadah bersolat di surau hostel...saya yang sibuk berkemas lantaran cutti sem yang akan bermula amat terkejut..antara percaya atau tidak..selama ni saya hanya mendengar berita tentang sejadah solat di media massa kini menyaksikan secara live..nak percaya sepenuhnya takut permainan makhluk halus..namun begitu, saya ambil ikhtibar ...jagalah solat kita..jangan abaikan solat..kerana solat itulah asas iman kita..kalau x solat..layakkah dipanggil orang yang beriman..rajin melakukan amalan sunat tapi fardhu ditinggalkan..sia2 saja..tiada keberkatan langsung...

Sunday, October 11, 2009

Izinkan abang nikah satu lagi.....

" sayang, abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. mungkin terkedu. adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementalah tv juga dipasang. tapi, ahh...bukanlah. tv sedang menayangkan iklan sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan sunsilk? dia menghela nafas panjang.

dia memandang sekali imbas wajah asraf mukmin, kemudian tersenyum. meletakkan kain yang telah siap dilipat ditepi, aliyah bangun lantas menuju ke dapur. langkahnya diatur tenang. segelas air sejuk diteguk perlahan. kemudian dia ke bilik balqis, sumayyah, fatimah. rutin hariannya, mencium puteri2nya sebelum dia masuk tidur. dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya itu. kini, anak-anak kian beranjak remaja. kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, solehin dan farihin. penghabisannya dia kembali kepada suaminya.

asraf mukmin hanya diam, membatu diri. dia amat mengenali isterinya. jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, aliyah adalah ikon isteri solehah. namun, kehadiran qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

" kau mampu asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan dua keluarga," sokongan hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah untuk dia berdepan dengan Aliyah.

" abang asraf, qis tak kisah. qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. bimbinglah qis, qis perlukan seseorang yang mampu memimpin qis ," masih terngiang-ngiang bicara lunak qis.

akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. aduhai, penangan qis gadis bumi kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" abang, aliyah setuju dengan permintaan abang. tapi, aliyah nak berjumpa dengan wanita itu," lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. dia tahu,aliyah bukan seorang yang panas baran. aliyah terlalu sempurna, baik tetapi aahhhhh...hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda.

" bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama aliyah selama sehari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya. hendak diapakan buah hatinya itu? namun, tanpa sedar dia mengangguk, tanda setuju. sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. terlalu bersyukur. kalaulah isterinya itu wanita lain, alamat perang dunia meletuslah jawabnya. melayanglah periuk belanga. ehhhh!!! itu zaman dulu-dulu. zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. dan, dia hanya senyuman daripada aliyah yang diterima.

" apa, nak suruh qis jumpa dengan isteri abang," terjegil bulat mata qis yang berwarna hijau. " kak aliyah yang minta," masih lembut asraf memujuk qis.

" biar betul, apa dia nak buat dengan qis??" " takutlah qis, silap haribulan dia bunuh qis...!!" terkejut asraf mukmin. " percayalah qis, aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidupnya dengannya. abang faham," qistina mengalihkan pandangannya.

mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. heh!!!...ini qistinalah. jangan haraplah jika nak membuli aku. desis hati kecil qistina.

..............................................................................................................................................................

hari ini genap seminggu qistina bercuti. seminggu jugalah dia merindu. puas dicuba menghubungi qistina , namun tidak berjaya. rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana qistina pergi. genap seminggu juga peristiwa dia menghantar qistina untuk ditemuduga oleh aliyah. sedangkan dia diminta oleh aliyah bermunajat di masjid putra. di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid putra.

dulu, sebelum dia mengenali qistina, saban malam dia akan bersama dengan aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. kemudian menghadiri majlis kuliah agama. membaca al-quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. namun, lenggok qistina melalaikannya. haruman qistina memudarkan bacaan taranumnya. hatinya benar-benar sunyi. sunyi dengan tasbih,tasmid, yang sering dilagukan. seharian di masjid putra, dia cuba mencari dirinya, asraf mukmin yang dulu. asraf mukmin anak imam kampung seputih. asraf mukmin yang asyik dengan berzanji. menitis air matanya. hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah tejadi pada hari itu. aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. tiada kurangnya layanan aliyah. mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu aliyah.

...............................................................................................................................................................

tit tiit...sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. " qis minta maaf. qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. qis tidak sehebat kak aliyah. qis perlu jadikan diri qis sehebatnya untuk bersama abang." dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

kepada: asraf mukmin, suami yang tersayang...asraf mukmin diburu kehairanan. sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.



dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNYA sentiasa mengiringi jejak langkahmu. abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang aliyah jalankan pada qistina. terima kasih kerana abang membawakan aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. di sini aliyah kemukakan penilaian aliyah:

1) dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. tapi, aliyah sayangkan abang. aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. sedangkan dosa abang sendiri pun,masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi abang nak menggalas dosa orang lain. aliyah sayangkan abang...

2) aliyah ada mengajak dia memasak. memang pandai dia masak, apatah lagi western food. tapi, aliya sayangkan abang... aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. tapi tak tahulah pula aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. tapi aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kesian nanti,tak makan pula anak-anak kita. aliyah sayangkan abang....

3) Aliyah ada mengajak dia bersolat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung...? Aliyah sayangkan abang..

abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama sehari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika abang munajat abang di Masjid Putra mengiyakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sarawak. Menunggu abang..Aliyah sayangkan abang....

Tetapi jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat buat abang....tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai...di tangan Aliyah. salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

tangannya pantas membuka pintu biliknya. di situ berdirinya Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!!!! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah, isterinya!

* pengajarannya kita harus bertenang dalam menghadapi masalah sebegini, jangan terburu-buru kerana POLIGAMI dibolehkan dalam Islam. namun sebagai isteri, kita perlu menjadi penasihat agama kepada suami yang leka dengan kecantikan dunia, bukan sebagai musuh. yang terakhir gunakan kata sayang kepada suami sebelum memulakan teguran...selamat beramal... =)

p/s: pengalaman melihat keluarga sendiri menderita kerana poligami yang seharusnya memberi seribu rahmat menjadi sebaliknya apabila suami tidak melaksanakan tanggungjawab...isteri tua yang makan hati..hancur hati..malah memberi izin juga pergi meminang isteri muda..tidak dihargai..moga saudara2 saya tabah hadapi segalanya dan yakinlah syurga menanti kita...kepada jejaka...tepuk dada tanya iman..sebelum mengorak apa2 langkah..fikir sedalam-dalamnya...

Monday, October 5, 2009

Dugaan yang menimpa

salam buat semua sahabat..kemaafan dipohon..sekian lama blog ini tidak diupdate..lantaran kesibukkan mencengkam diri..jua tidak lari dari dugaan yang menimpa..dan juga dengan kesibukan research yang harus dilaksanakan sebaik mungkin..sahabat..doakan saya sentiasa tabah menghadapi segala dugaan..agar diri ini tidak tergelincir dari landasan yang benar..kadang kala pemikiran menjadi tidak rasional..apabila diri mula tidak kuat hadapi segala ujianNYA..doakan saya agar sentiasa tabah dan kuat...tika jari jemari mula menaip..air mata yang disimpan..berderai jua..ya Allah..kuatkan hati hambaMU ini..hadapi segalanya..agar diri ini sentiasa ingat yang segala mendatang itu merupakan ujian dari MU..kasih sayang Mu...kuatkan hati...doakan saya sahabat...berjaya melalui denai yang sukar ini..kerana ku yakin di sebalik kepahitan ad rahmat yang tersembunyi...

Tuesday, September 29, 2009

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?


Nur Syamimi Mohamad Napis
Editor : Im Koyube


Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.


Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].






Disediakan oleh,
Nur Syamimi Mohamad Napis
Setiausaha Media I iLuvislam.com

Saturday, September 5, 2009

Nota Hatiku...

5 september...pagi yang cukup indah..terdengar kicauan burung dari ruang kamar beraduku...sunyi..yang memberikanku kedamaian..namun kedamaian itu masih tidak mampu mengubat hatiku ini...lalu dengan lafaz bismillah...ku capai buku nota hati seorang lelaki...mataku terhenti...di satu perhentian..laman buku tersebut ku tatap lama...

carilah kebaikan,milikilah kebaikan dan warisilah kebaikan. kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah,tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. najis boleh ditukar menjadi baja. penawar bisa ular datang daripada racunnya. tidak cukup hanya kita menjadi baik tetapi berilah kebaikan. tangan yang menghulur bunga mawar akan lebih dahulu harum baunya.jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita.walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif kepada kita,namun kebaikan itu sebenarnya telahpun menggembirakan dan menenangkan diri kita sendiri.

kebaikan...ermm...hati ini mula terubat...memang benar..kita tidak dapat mengubah seseorang itu melainkan dia sendiri yang berazam untuk dirinya...untuk berubah...pagi ini..langit tampak indah...damainya..tenangnya...itulah pada pandanga mata kasar kita...sedangkan alam ini sentiasa berbicara pada kita...namun...pendengaran yang terbatas...mengatasi diri kita untuk mendengar bicara hati alam ini...ujian...sering kali ku lihat teman-temanku..malah diri ku...menghadapinya..mungkin dengan rela atau keterpaksaan..inilah realiti hidup..tidak seindah seperti kisah-kisah di novel-novel..yang amat mengasyikkan...menjadikan sang pembaca terbuai dengan keindahan yang palsu...ku ambil novel pemberian seseorang kepadaku..katanya..novel ini amat sesuai sekali dengan diri enti....WARKAH CINTA BERBAU SYURGA....novel itu baru hari ini berjaya ku khatam..ku curi masa dalam kesibukkan..menghabiskan pembacaan sebagai tanda penghargaan...novel itu mengajarku erti hidup..ketabahan..kekuatan...kisah novel itu tidak seindah novel lain..yang nampak manis sahaja...novel ini lain dari yang lain...alhamdullilah..amat memberi kesan kepada diriku..."wahai Tuhanku,aku bukan para sahabat yang hidup di zaman baginda Muhammad. Aku bukan pahlawan badar dan uhud.aku bukan para soldadu yang berjuang di medan khandaq. namun, aku mohon supaya sedikit keberanian mereka dicebisi untuk diresapkan ke dalam nubariku. Tuhan,aku benar-benar mahu berjuang untuk..untuk membangunkan diriku yang dhaif ini."kata-kata ini yang menyebabkan aku tetap terus membaca novel ini sedangkan diriku bukanlah peminat novel.Tuhan...amat besar kehebatanMu...walaupun diri ini sering dicemuh...aku tidak sebijak dan sehebat rakan-rakanku yang lain..menjejakkan kaki ke menara gading..belajar di pusat pengajian bertaraf antarabangsa...ku tetap menelusuri jalan menuju cintaMU..walaupun dirku ini...sering kali tercalar...bagiku..biarlah ku dipandang hina...dicemuh..oleh manusia sekelilingku..yang hanya bijak menafsir diri seseorang hanya pada pandangan luaran sahaja..itu tidak penting..yang paling penting..biarlah diriku ini...indah pada pandanga MU..Tuhan...jangan pernah Kau jauhkan diriku ini dari cintaMU..amiin..kerana aku tidak butuh cinta manusia..tetapi cintaMu..perhatianMu....tiap titisan air mataku..dalam menghadapi jalan Mu...bukan bermakna ku kalah..itulah tandanya aku masih tetap setia..masih tetap kuat...mencari keredhaanMu...kerana ku yakin...segala janjiMu ya Allah...Tuhan...walaupun pengajian Islam bukan menjadi bidang yang ku pelajari di ipt...adakah manusia lain berhak menghukumku...sedangkan aku masih tetap sentiasa hauskan ilmu Mu..yang maha luas..melalui pembacaan...ku makin faham..makin jelas..dengan ISLAM..manusia yang aku harapkan dapat membantuku...melarikan diri..daripada amanah yang harus dia laksanakan...aku tidak ingin diriku ini miskin dengan ilmuMu...amiinnnn....dakwah pilihanku..namun,mengapa masih ada yang memandang serong dengan pilihanku..seorang sahabatku pernah memberi nasihat..." tidak semestinya seseorang yang belajar pengajian Islam akan menjadi seorang dai'e dan tidak semestinya juga seseorang yang mengambil pengajian lain tidak boleh menjadi seorang pendakwah..ingat mimi...ilmu Allah itu luas..jangan pernah sesekali memandang rendah kepada dirimu..kerana Allah tidak pernah mencipta manusia itu untuk menjadi seorang yang kalah tetapi kita sendiri yang harus menjadikan diri kita seorang pemenang..dalam kehidupan ini..tiada yang mustahil..insyaAllah dengan kekuasaanNya..segala yang mustahil akan menjadi realiti..."...syukur..terima kasih Tuhan..dengan kekuatan..yang Engkau kuatkan melalui ujian-ujian yang Kau berikan padaku..akhirnya aku menjadi aku yang sekarang..alhamdullilah....

Thursday, August 27, 2009

KALAU DAN KALAU...

www.iluvislam.com
tajulrijalannuar
editor:azzahra_solehah


Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Muhammad hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.
Tempat dan rupa nya bagaimana? Apa ada dalam syurga?
Apa isi dalam neraka?
Dan setiap Ahmad,Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau beriman...
Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita masihkah kita sanggup syirikkan dia? Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!


Berkalau-kalau tu amalan syaitan.. tapi "kalau" yang ini aku tulis untuk keluarkan kau,aku dan dia dari terus teruk daripada syaitan.

Istimewa Saat Ramadhan

www.iluvislam.com
ct islam
Editor: afdhal87

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.




Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!

Thursday, August 6, 2009

TITIPAN UJIAN YANG BERERTI






"Sadaqallahul a'zim,".

Al-Quran di tangannya ditutup perlahan-lahan, diciumnya dan diletakkan di tepi meja. Ditenung lama wajah lesu di hadapannya. Tangan yang separa pucat itu dijamahnya dan dibawa ke dalam genggaman eratnya..

"Abang, Maria tahu abang gembira kan dengar bacaan Maria. Walaupun tak sebaik bacaan abang, doakan Maria istiqamah dengannya.. Maria tahu, abang akan selalu sokong Maria. Maria akan cuba untuk jadi isteri solehah seperti yang abang idamkan. Insyaallah, Maria janji Maria akan selalu perdengarkan untuk abang. Maria tahu abang rindukannya. Sama juga dengan Maria. Maria rindu untuk mendengar bacaan abang waktu Subuh.. Maria rindu untuk berimamkan abang..Maria rindu untuk dengar suara abang, Maria rindu... rindu sangat-sangat.." kata-katanya separuh berbisik itu tersekat-sekat.

Ditahan suara tangisnya di dalam hati. Dia tak mahu lagi menunjukkan rasa sedihnya apabila berhadapan dengan lelaki itu. Dia tahu, lelaki yang berada di hadapannya ini tidak akan memberi respons apa-apa. Sudah seminggu, lelaki itu terbaring lesu dan tidak sedarkan diri. Selama seminggu ini jugalah, Maria seolah-olah bercakap-cakap sendirian di birai katil itu.

Padanya, biarlah apa orang nak kata, dia tahu, suaminya mendengar setiap bait kata-katanya itu. "Abang, Maria tunggu abang... Maria akan tunggu abang sampai bila-bila. Maria yakin, abang akan sedar tak lama lagi...Maria akan tunggu abang sebagaimana abang sabar menunggu Maria selama ni." dia mengulangi kata-katanya itu, sambil mengucup lembut tangan kanan suaminya.

Dia masih ingat kata-katanya pada malam pertama saat mereka berdua selamat diijabkabulkan. "Abang, sejujurnya Maria nak abang faham keadaan Maria. Sebenarnya, Maria masih belum bersedia jadi isteri abang, Maria baru saja kehilangan papa...dan abang Long pula terpaksa balik US awal. Jadi, mungkin sebab ini perkahwinan ini terpaksa diawalkan.Tolong fahami Maria, dan Maria harap abang beri Maria masa ," kata-katanya memang boleh ditafsir oleh Hakimi sendiri.

Maria mengahwininya atas dasar perjanjian arwah papanya dengan ibu bapanya. Dan dia tersepit dengan keadaan selepas pemergian papanya dan memaksanya untuk berkahwin dengan Hakimi. "Abang tunggu... abang akan tunggu Maria." Jawapan Hakimi yang agak 'innocent' itu benar-benar buat dia rasa bersalah.

Dia tahu alasan yang diberikan kepada Hakimi yang membawa maksud untuk 'tidak menyentuhnya' itu keterlaluan.. Haruskah dia nyatakan yang dia tak mencintai lelaki itu, sedangkan dia sendiri yang menyatakan persetujuannya kepada Abang Long? Sebab apa pula dia menerima pernikahan ini? Sebab papa? Dan sebab apa pula dia tidak boleh menganggap Hakimi sebagai suami? Sebab Hakimi bukan 'taste' yang diingininya? Mungkin...

* * * * * * * * * * * *

Hakimi ditinggalkan bersama adiknya,Hafiz. Hafiz menasihatkan Maria untuk pulang berehat sementara dia ingin bersama abang kesayangannya. Pada petang itu, Maria pulang ke rumah. Rumahnya ibarat kapal karam itu seharusnya dikemas. Semenjak suaminya di hospital, dia langsung tidak mengambil berat tentang keadaan rumahnya.

Dua minggu cuti yang diambil sepenuh masa digunakannya untuk menemani suami tersayang. Foto perkahwinan di dinding bilik mereka direnung lama. Wajah suaminya yang segak berbaju Melayu di dalam foto itu diperhatikan. Dia tersenyum. Tersenyum mengenangkan pelbagai tanggapan dibuat terhadap suaminya, serta karenahnya bersama Hakimi kini berlegar dalam ingatannya.

Liza, rakan baiknya adalah pendengar setia mengenai cerita rumahtangga mereka.
"Aku tak tahu nak cakap macam mana. Dia tu berjiwa ustaz sangat. Kadang-kadang naik rimas aku."

"Kata dia tu manager syarikat.. tapi jadi ustaz pulak ke?" Liza sengaja buat-buat tak faham.

"Maksud aku.. gaya dia tu macam gaya ustaz skema. Aku tengok family dia tu biasa je. Mungkin dia ni bekas sekolah agama agaknya. Sampai aku asyik kena berdas-das 'peluru berpandu' kat rumah"

"Maksudnya macam mana tu?"

"Dah lah, malas nak cakap ngan kau tau. Asyik tak faham je." Liza tersengih melihat gelagat Maria yang memang takkan habis rajuknya.

Lelaki itu sangat baik padanya. Entah kenapa dia dulu tidak boleh mencintai Hakimi sebagaimana dia mencintai Adam, bekas kekasihnya suatu ketika dulu. Pada masa itu, dia asyik memikirkan perkara yang sama. Salahkah langkahnya kerana tidak meminta untuk melalui zaman percintaan bersama Hakimi sebelum melangsungkan pernikahan? Tetapi perkahwinan ini juga permintaan Hakimi.

Kami adakan sesi kenal-mengenal antara keluarga dan kemudiannya bertunang dan seterusnya berkahwin. Namun, semakin hari dia sedar Hakimi cuba mendekatinya. Semakin Hakimi mendekatinya, entah kenapa dia semakin kurang selesa. Perlukah dia ambil tahu semua tentang aku? Itulah persoalannya.

Setiap hari, kadang-kadang hatinya sakit bukan kepalang. Bukannya sakit kerana apa, Hakimi akan gelakkan apa sahaja tindakbalasnya kepada Hakimi. Kelakar sangat ke? Entahlah. Tapi, ceramah 'peluru berpandu' Hakimi memang betul-betul mengena dan lagi menyakitkan hati! Terutama setiap waktu pagi!

"Maria..bangun Maria. Kita jemaah sama-sama jom," kedengaran Hakimi memanggil namanya. Dia sedar setiap pagi, Hakimi akan cuba macam mana cara pun untuk membangunkan dia dari tidur.

"Hakimi... kau ni dah kira melampau. Masa aku tidur pun nak kacau..Tau la orang suka bangun lambat." rungutnya di dalam hati.

"Maria, bangun sayang...."

"Abang, nanti orang bangunlah... semalam orang balik lambat tau. Orang on call semalam.. abang bukan tak tahu. Eeiiiii..." Dia memekup mukanya dengan Beaver. Jam tangannya dikerling. Baru pukul 6.00pagi. Mamat ni bukannya nak cuba faham orang. Dia itu cukup tidur , tak apalah!

"Kejap saja kan kalau kita solat..Tak lama pun. nanti kalau tiba-tiba mati dalam tidur, camne?" sempat suami 'kesayangannya' itu mengusik.

"Ye la...ye la orang bangun ni.Kejam betul la pak ustaz ni.," Beaver kesayangan yang dipeluknya dibaling ke muka Hakimi. Tergelak kecil Hakimi melihat telatah isterinya yang persis kanak-kanak. Mungkin sebab itu jugalah Hakimi suka mengusiknya. Dia faham isterinya masih lagi dalam tempoh housemanship dan bakal bergelar doktor tidak lama lagi.

Oleh sebab itu, dia membiasakan untuk membuat kerja rumah dengan sendiri tanpa ditemani isteri. Dia faham isterinya kepenatan bertugas di hospital.Tiada pergaduhan yang serius antara mereka, dan yang ada hanyalah usikan manja yang memang 'menyakitkan hati' bagi Maria tapi membahagiakan buat dirinya! Maria sedar, pada mulanya dia kurang senang apabila diajak berjemaah, ditambah pula dengan sesi usrah lepas solat sekiranya Hakimi tidak ke masjid. Itulah paling yang dibencinya dahulu.

Namun ajakan Hakimi secara lembut itu menyebabkan dia kalah.. dan akhirnya dikorbankan juga masa yang selalunya dahulu digunakan untuk 'menelaah' televisyen.

"Abang, can we just end it earlier...please..I wanna watch Hannah Montana The Movie, or else.." Dia terdiam. Tak tahu nak cakap apa lagi.

"Or else... you gonna die because of tak dapat tengok citer tu? Kan ada ulangan yang tu. Kita pun jarang jumpa kan.. malam you kadang-kadang ada syif malam, and siang pula kita kerja. Masa ni biar kita manfaatkan untuk kita rapatkan hubungan, dan sama-sama juga kita kenal Pencipta kita. Kan tu lebih baik kan?,"Akhirnya dia tewas di tangan Hakimi, dan hatinya yang ingin memberontak juga kalah apabila berhadapan insan bernama Syed Ahmad Hakimi.

Seolah-olah bersama Hakimi, semakin hari semakin dia menjadi tenang..kerana Hakimilah yang mengajarnya erti ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar dari seorang Pencipta! Bersama Hakimi, dia kenali erti redha terhadap ketentuanNya. Bersama Hakimi juga dia menjadi seorang yang lebih matang dan dewasa dalam meghadapi liku hidup di dunia. Hari-hari bersama Hakimi terus bermain di ingatan rindunya.... isk!isk! Dia cuba menahan tangisnya.

"Abang Long..Yaya nak Abang Long jugak...nak Abang Long jugak sekarang. Kenapa Allah mengambil papa terlalu cepat! Yaya betul-betul nak cakap dengan Abang Long sekarang...Yaya nak cakap dengan sapa lagi kalau bukan Abang Long! Kenapa abang Long tak angkat telefon ni...Yaya tak tau nak buat macam mana lagi..Yaya terlalu rindukan papa...," hatinya separuh menjerit.

Tangannya sibuk mendail nombor Abang Longnya. Hakimi yang baru sampai masih tercegat di muka pintu, .. memandang isterinya yang agak lain macam pada hari itu.Tidak pernah dia melihat Maria menangis sebegitu teruk. Dia faham benar kini, isterinya yang merupakan anak tunggal perempuan itu memang terlalu lembut hatinya, walaupun dari luar, kelihatan seperti seorang doktor berkaliber dan berwawasan!

"Kenapa ni.. cakaplah dengan abang. ." Maria didekatinya, dan buat pertama kali itulah isterinya itu memeluknya dan menangis sepuas hati.

"Abang, ...Maria dah sebabkan seorang pakcik tu mati.. I.. I really didn't mean it... It just because I was late and tiba-tiba dia dah takde. I didn't know why I become so emotional today . Isk..Isk. He is just like my papa... and I think again I just like losing my ....my papa...I don't know, maybe I'm just missing him so much.. I really miss..hhim.. kenapa Allah ambil papa terlalu awal dari Maria... Maria rindukan papa sangat..Maria rasa Maria tak ada sesiapa lagi, Abang Long pula tak angkat telefon tadi..." Esak tangisnya semakin tidak dapat dikawal.

Hakimi faham, Maria terlalu manja, dan baginya selepas kehilangan ibu dan kemudian ayahnya, Abang Longnya itulah tempat dia mengadu segala masalah. Mungkin juga kerana tertekan dengan kerja, dia jadi begini.

"Shyyy... don't talk like that anymore okay, you still have me. Apa guna abang jadi suami Maria kalau abang tak tahu untuk mendegar masalah Maria. Masalah Maria, masalah abang juga. Sedih Maria, sedih abang jugak. Abang tahu Maria masih tak dapat terima abang sepenuhnya lagi, tapi..susah senang biarlah kita bersama okay. One more thing, abang nak Maria faham tentang ni. Kita semua sebenarnya bukanlah dimiliki sesiapa. Kita adalah miliknya, kerana Dia adalah Tuan kita dan kita pula HambaNya. Dia berhak mengambil nyawa HambaNya. Jangan salahkan diri lagi. Maria rindukan papa kan Banyakkan berdoa untuk arwah papa dan mama, ingat..Doa seorang anak yang soleh, itu yang mereka perlukan dari kita yang hidup ini. Berdoalah seperti panduan Al-Quran,
Wahai Tuhanku!Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. Nanti kita tengok balik dalam Al-Quran okay. Jom kita solat sama-sama dulu ye" Air mata isterinya disapu perlahan-lahan sambil tangan kirinya megelus rambut Maria.

Jauh di sudut hatinya, dia sedar Hakimi terlalu jauh dibandingkan dengan dirinya. Hakimi tahu serba-serbi tentang agama, sedangkan dia masih jauh dari itu. Padanya dulu, agama itu cukup diketahui perkara-perkara basic saja..sudah cukup menjadikan dia seorang Muslim. Bersama Hakimi, ternyata dia merasakan terlalu banyak perkara yang belum diketahuinya.

Dia mula faham kaki itu juga aurat perempuan yang harus ditutup. Hakimi tidak pernah memarahinya tentang perkara yang belum dia tahu. Untuk menegur, Hakimi ada cara tersendiri. Hakimi akan memuji sekiranya dia memakai sarung kaki yang dibelinya,. Itulah Hakimi.Hakimi cukup pandai menjaga hatinya, sedangkan dia -kadang-kadang berkasar juga dengan Hakimi kerana kepenatan di hospital. Terkadang dia merasakan tidak layak sama sekali menjadi isteri kepada Syed Ahmad Hakimi.

Tapi, itulah jodoh agaknya, dan semakin hari tanpa dia sedar,cinta itu lahir dari hatinya! Tapi..adakah Hakimi terus bersamanya setelah mengetahui apa yang dialaminya kini. Masihkah Hakimi ingin bersamanya... Maria masih kurang pasti. Sebetulnya, perkara ini menjadi punca dia memarahi Hakimi pada hari terakhir sebelum Hakimi mengalami kemalangan.

* * * * * * * * * * * *

Sakit di bawah perutnya bukan kepalang. Dia tahu, waktu datang bulan macam ini bagaikan satu penderitaan baginya. Sejak belasan tahun lagi, dia mengalami masalah yang sama, senggugut yang serius. Beberapa bulan ini, dia sedar, waktu haidnya melebihi daripada biasa. Senggugutnya bukan lagi datang di awal bulan, malah bila-bila masa.

"Hei Maria, takkan la masa 'houseman' camni kau stress sampai period pun tak teratur. Apa kena dengan hormon kau ni?," keluhnya pada diri sendiri.

Dia menghayun langkah ke Bahagian Gynecology. Appointment yang diaturkan dengan Dr Muhd harus dihadirinya untuk mengetahui apa masalahnya. Kata-kata Dr Muhd, dari bahagian Gynaecology bagai bunyi guruh yang memecahkan anak telinganya. Dia disahkan mengalami endometriosis. Endometriosis.

"Saya rasa awak pun tahu tentangnya. Apa yang merisaukan sekarang, awak mungkin sukar untuk mengandung.. apa yang kami dapat kenalpasti, pertumbuhan tisu endometrium di ovari awak sedikit serius. Awak mungkin harus dibedah untuk membuang ovarian cyst di kedua-dua ovari," Dia amat jelas sekali tentang penyakit ini.

Simptom yang dirasakan tidak berapa teruk itu tidak langsung menyebabkan dia sendiri mengesyaki bahawa dia kini menghidap penyakit yang boleh menyebabkan kemandulan dan keguguran itu. Walaupun tisu itu dibuang, penyakitnya tetap boleh berulang kembali. Itulah yang selalunya terjadi. Ya Allah, bagaimana harus aku beritahu Hakimi tentang ini? Di saat aku benar-benar bersedia ingin menghadiahkan diriku yang halal ini kepadanya... mengapa engkau uji aku seberat ini?

Maria pulang dengan mengatur langkah yang berat. Air matanya dikesat, dan bibirnya dipaksa untuk mengukir senyum untuk menyambut kepulangan Abang Long tersayang dari US. Abang Long berada di rumahnya tidak lama. Kali ini abang Long tidak berseorangan. Dia bersama Kak Long, Aisyah yang dinikahinya di US. Mereka berdua membawa berita gembira apabila mendapat tahu Kak Long kini berbadan dua. Kata orang tua-tua, bunting pelamin!

"Kak Long harap tak lama lagi dapat berita gembira dari Yaya pula.. Kitorang pun tak sangka, korang yang kahwin dulu.. ingatkan korang yang dapat timang baby dulu dari kitorang... betul-betul tak sangka, tapi inilah dikatakan rezeki. Tapi takpe, korang berdua masih muda lagi," kata-kata Kak Long itu bagaikan 'cili pedas' yang terpaksa ditelannya.

Kalaulah mereka berdua tahu tentang dia dan Hakimi...... Dia masih terdiam. " Belum ada rezeki Kak Long, tak lama lagi adalah tu.. Insyaallah. Kak Long tengoklah tak lama lagi,..manalah tahu berderet-deret tak lama lagi" kata Hakimi separuh bergurau itu mnyebabkan Abang Long dan Kak Long ketawa beriringan.

Mereka berdua memohon diri untuk ke rumah ibu bapa Kak Long setelah dua hari menginap di rumahnya. Hatinya sebetulnya sakit mendengar perbualan mereka tadi. Bagai api yang membara, wajah Hakimi direnungnya tajam.

"Abang sengaja perli Maria, cakap-cakap pasal baby kan? ," dia bertanya di saat Hakimi sedang sibuk mengemas pakaian untuk outstation selama beberapa hari di Perak.

"Apa erti sebuah perkahwinan, kalau tiadanya cahaya mata sebagai penyeri hidup kita. Abang ingin nak kita ada ramai anak yang soleh dan solehah. Abang nak ajar mereka baca Quran sendiri, kita berjemaah ramai-ramai bersama-sama. Kan seronok tu? Kita bina rumahtangga Islami ni bersama-sama okay sayang? Abang tahu Maria belum bersedia untuk abang, tapi abang percaya Maria tak akan buat abang tunggu lama kan?,"

Hakimi...harapan dan cita-citamu terlalu tinggi. Sebolehnya aku juga mahu begitu tapi...

"Maria, kenapa sayang?" Mukanya yang muram itu menjadi tanda tanya pada Hakimi.

"Nothing. ," Lambat dia menjawab. Tubuh sasa Hakimi mendekatinya dan jemarinya meyentuh bahu Maria.

"Please don't touch me.." Keras dia menolak tangan Hakimi.

"I said, don't touch me!," buat pertama kali dia meninggikan suara di hadapan suaminya.

"Kenapa ni...,"

"Listen... Maria tak cintakan abang, dan tak akan mencintai abang. Maria tertekan hidup dengan abang..and if you really want to know, Maria cuma berpura-pura bahagia dengan abang..If abang nak teruskan impian besar abang tu, abang tinggalkan Maria.. abang kahwinlah dengan perempuan lain. Maria takkan kisah langsung.. and now I really need to be alone. Please leave me alone.. ," segala perkataan dihamburkan keluar diiringi dengan tangisannya yang tidak dapat ditahannya lagi.

Dia tidak sangka sama sekali tekanan perasaannya selepas mengetahui berita buruk pada dua hari lepas itu benar-benar tidak dapat ditahannya lagi. Hakimi keluar dari bilik itu dengan wajah yang pilu. Bukan dia enggan memujuk Maria, tetapi ingin membiarkan kemarahan Maria itu reda. Mungkin masa ketiadaannya di rumah dapat membantu Maria memulihkan keadaannya.

Dia tahu, isterinya tertekan.. mungkin atas sebab tertentu. Maria belum pernah bertindak sekasar itu. Dan pada malam itu, tanpa disangka.. kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu terjadi...

* * * * * * * * * * * *

Pagi yang hening itu tidak sendirian. bertemankan sedu tangis yang mengetarkan. Tangan yang gementar itu diangkat perlahan-lahan. mengangkat takbiratulihram. Dengan nafas yang tercungap-cungap, dia membaca doa iftitah. Diikuti dengan Al-Fatihah, dan surah Al-Insyirah. Dia tidak tahu mengapa hatinya tiba-tiba memilih surah itu. Dibacanya perlahan-lahan dan diamati isinya.

Fainnamaal usri yusro! 'Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan'. Air matanya menurun bagaikan hujan renyai, saat ayat itu dibaca. Solatnya diteruskan, dengan telekungnya basah. Basah dengan air mata yang tangisnya dari kemilau hati yang mengakui rasa berdosa... mengenangkan dosa-dosa semalam kepadaNya.. dosa-dosa kerana gagal menjadi isteri yang baik buat Hakimi, dosa-dosanya kerana enggan redha atas ujianNya....

Telefon bimbit milik Hakimi yang dibawa pulang dari hospital dicapainya. Dia membuka music player telefon bimbit suaminya. Lagu yang baru didengar siang tadi diputarkan kembali...

Wahai... pemilik nyawaku,
Betapa lemah diriku ini,
Berat ujian dariMu,
Kupasrah semua padaMu....

tuhan...baruku sedar...
indah, nikmat sehari itu...
tak pandai aku bersyukur..
kini aku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar...
jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah..
selama ini Ya Ilahi Muhasabah cintaku...


Diamati berkali-kali lirik lagu itu. Subhanallah, sungguh indah lagu itu. Air matanya mengalir laju tatkala sampai di bahagian chorusnya. Benarkah ujian yang dihadapinya kini boleh menjadi penawar dosanya selama ini? Soalan itu bermain-main di fikirannya. Benarkah ya Allah? Kau kuatkan lah aku...

Tatkala itu juga dia membuka kembali lembaran bertulis dari suaminya yang diselitkan bersama buku pemberiannya sebelum berangkat ke Perak tempoh hari.

Salam alaik... Maria sayang, maafkan abang andai abang yang menyebabkan Maria marah semalam. Sejujurnya dari hati yang ikhlas, abang sangat mencintaimu dan abang yakin Maria mampu menjadi isteri yang baik untuk abang.. Abang tahu, mungkin Maria kurang selesa dengan teguran abang kalau itu yang menyebabkan Maria tertekan selama ini. Perubahan Maria sedikit demi sedikit membahagiakan abang, dan abang dapat rasakan sebenarnya Maria turut merasakan yang sama. Abang bahagia selama ini, kerana Maria isteri yang patuh pada abang. Alhamdulillah, dan terima kasih sayang.. abang terlalu bahagia bersamamu.

Maria seharusnya faham kan, itulah tanggungjawab abang sebagai imam keluarga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah buat abang. Kalau abang tersalah, tegurlah abang.. kerana abang juga tidak sempurna sayang. Abang ingin bertemankan Maria, untuk menempuh hari yang cerah bersama, berlindung dari hujan dan mendung hitam bersama, dan bersama mengecapi indahnya sinar mawaddah dari Tuhan. Pada abang,itulah yang abang bayarkan untuk harga sebuah perkahwinan. Untuk kita belajar dan diajarkan, tentang realiti kehidupan dan perkongsian. Itulah baiti jannati...yang abang harapkan ditemani suara riang anak-anak kita kelak yang dibentuk dari acuan Islam. Dan abang tahu, Maria juga punya impian sama bukan? Abang akan terus doakan kebahagiaan kita berdua. Dan Maria takkan bagi abang tunggu lama lagi kan? Jaga diri selama ketiadaan abang okay. Maria bacalah buku ini.Anggaplah buku ini sebagai tanda permohonan maaf abang dari Maria.Wassalam. ,



suamimu,

Hakimi


Sedu tangisnya semakin dapat ditahan, semakin mengeras. Abang, maafkan Maria....ampunkan Maria abang kerana tidak melayan abang seperti suami. Maria tahu Maria yang sebenarnya yang bersalah. Ya, Maria mencintaimu sayang dan ingin menemani abang sampai bila-bila. Tapi, sanggupkah abang menerima Maria kalau Maria tidak dapat melahirkan cahaya mata impian kita? Sanggupkah abang terus bersama Maria kiranya hidup kita sepi tanpa zuriat.

Di kala abang diasak keluarga dan teman yang bertanyakan tentang cahaya mata, masihkah Maria di hatimu sayang?

"Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini, jadikanlah aku seorang insan yang redha atas ketentuan yang telah kau tetapkan dalam hidupku dan suamiku. Kau sembuhkanlah suamiku, kau panjangkanlah usianya..kau berikanlah aku peluang untuk berkhidmat sebagai isteri solehah buatnya. Jangan kau golongkan aku sebagai seorang isteri yang derhaka terhadap suamiku. Ya Allah izinkanlah aku untuk menebus kesalahanku padanya....bantulah hambaMu yang lemah ini ya Rahman...bantulah aku ya Rahim dalam mencapai maghfirah daan redhaMu.."

Buku pemberian suaminya "Di Sebalik Tabir Kemuliaan Wanita Solehah" itu ditatapnya. Buku itu telahpun dikhatamnya saat menemani suaminya di hospital. Kini dia sedar, dia masih terlalu jauh dari itu...terlalu jauh. Berdosanya dia kerana tidak melayan Hakimi sebagai seorang suami Namun, dia akan tetap berusaha..berusaha untuk menjadi wanita solehah dan isteri solehah untuk suaminya.

"Setiap usaha kita dinilai oleh Allah. Allah tidak menilai hasilnya, tapi Allah melihat setiap langkah kita menuju ke arah kebaikan itu. Sebagaimana firman Allah 'Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang yang berusaha memperbaiki amalannya,'.
Sememangnya susah untuk melakukan sesuatu yang baik, sebab itu perlunya istiqamah,"

Matanya dipejam, mengingati semula nasihat suaminya kepadanya suatu masa dulu.

"dan..sesiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikannya, diujinya dahulu dengan kesusahan. Itu dari hadis." suara lunak suaminya seolah-olah kini membisikkan ke telinganya. Mungkin inilah dikatakan ujian untuk dirinya dan suaminya.

Dia yakin Allah membebaninya dengan ujian ini kerana dia boleh menghadapinya. Dia sepenuhnya yakin, Allah bersama membantunya. Itulah janjiMu yang tercatat jelas di kitab suci. Innamaal usri yusro. Bersama dengan janji Allah,dia bangkit berhadapan dengan hari yang mendatang!

* * * * * * * * * * * *

"Kak, abang kak.... dia dah sedar...," Panggilan dari Hafiz pada awal pagi itu, menyebabkan dia menangis tanda kesyukuran. Segera dilakukan sujud syukur tanda terima kasihnya pada Tuhan yang tidak terhingga. Kunci kereta kemudian dicapai dan pantas dia memacu keretanya ke hospital. Kelihatan ibu dan ayah mentuanya telahpun berada di sana di luar bilik pesakit.

" Doktor mohon untuk memeriksanya terlebih dahulu. Jadi kena keluarlah sekejap," ibu masih kelihatan risau.

" Ibu, ayah dan Hafiz tunggulah kat luar kejap. Biar Maria masuk tengok," Dia tahu yang merawat Hakimi itu adalah rakan seniornya, Dr Nazirah. Pintu ditolaknya dan segera diaturkan langkah mendekati Dr Nazirah.

"Alhamdulillah, he is okay. Ingatan dia masih baik and he just need to rest within this few month," Muka suaminya dipandang lama. Dia mengukir senyum dalam linangan air mata. Linangan air mata kecintaan dan kesyukuran. Senyumannya itu dibalas oleh suami kesayangannya.

Terima kasih ya Allah! Dipegang erat tangan Hakimi dan dikucupnya berkali-kali.

"Ampunkan Maria atas kesalahan Maria selama ini... maafkan Maria,"

"Jangan la nangis lagi...abang dah lama ampunkan Maria sayang. Jangan sedih-sedih lagi. Isteri abang tak comel la kalau menangis selalu," sempat Hakimi mengusik isteri kesayangannya. Ibu, ayah dan Hafiz kemudiannya masuk. Semuanya menangis, dan berpelukan dengan Hakimi kerana terlalu gembira.

Ya Allah, terlalu besar kuasaMu sehingga aku berasa diri ini terlalu kerdil! Ucapan syukur Maria tidak putus-putus.

* * * * * * * * * * * *

Hari berganti hari, kebahagiaan semakin dirasai umpama pengantin baru bagi mereka berdua. Jauh di sudut hati Maria, hatinya masih resah kerana masih menyimpan rahsia itu. Apakah harus dia beritahu sekarang?

"Abang, boleh Maria cakap sesuatu?" Dia nekad untuk memberitahu Hakimi tentang .berita buruk itu pada malam bahagia mereka berdua. Ya Allah, kuatkanlah aku! Aku rela sahaja mendengar apa sahaja keputusannya...walaupun aku mungkin diceraikan!

"Abang, Maria sebenarnya sakit... Maria sakit...dan Maria mungkin tak dapat beri zuriat untuk ab...," Air matanya gugur serta-merta tanpa sempat menyudahkan kata..

"Maafkan, Maria.." Air matanya mengalir laju tidak dapat disekanya lagi. Riak wajah Hakimi sedikit berubah. Dia diam tanpa reaksi.

"Maria redha kalau abang bernikah lagi, dan Maria juga redha kalau abang berhasrat untuk meceraikan Maria," Malam yang bahagia buat mereka bertukar menjadi sayu. Dia faham, itu kejutan buruk buat Hakimi.

"Astaghfirullah, Maria. Jangan kata macam itu. Abang hanya mencintai Maria, sayang. Pandang muka abang sayang... abang takkan tinggalkan Maria. Sedih Maria adalah kesedihan abang. Kenapa Maria sanggup simpan kesedihan sorang-sorang tanpa beritahu abang tentang ini? Abang bersimpati dengan Maria..abang takkan biarkan Maria terluka semata-mata untuk kepentingan diri abang seorang. Maria, ujian ini bukan saja untuk Maria, tapi untuk abang juga. Allah sedang menguji keikhlasan kita meyakiniNya Maria. Kita sentiasa layak diuji, kerana kita adalah HambaNya. Ingatlah, Dia bersama kita. Insyallah, kita sama-sama berusaha dan berdoa. Yang penting, Maria jalani dulu rawatannya.Abang yakin Allah pasti akan memberikan penyelesaian,"

" Tapi, harapannya sangat ti...," cepat Hakimi meletakkan telunjuknya di bibir Maria.

"Maria sayang, yakinlah yang Allah pasti akan membantu kita. Kita sama-sama berusaha dan berdoa ya sayang," Pinggang suaminya dirangkul erat. Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan suami sepertinya.

* * * * * * * * * * * *

"Abang, tahun ni kita pergi umrah lagi, nak tak? Maria betul rindukan untuk pergi lagi. Tahun ni kita bawa Ainul pergi sekali," Ainul Mardhiyah. Itulah nama cahaya mata penyeri hati mereka. Anak angkat yang diambilnya semasa selepas kanak-kanak itu kematian ibunya. Ibu Ainul ialah pesakit Maria, menghidap kanser yang tidak dapat diselamatkan lagi.

"Insyallah. Niat abang pun begitu. tapi kalau ikutkan kita pun baru saja pergi. Tak sampai enam bulan pun lagi. Abang senang je kot cuti...Maria la takut susah. Dah la abang tengok Maria selalu letih-letih tak sihat badan. Tak apa ke?,"

"Entahlah.. lepas beberapa bulan balik dari umrah hari itu, Maria jadi kuat makan, tapi Maria cepat letih..Maria pun tak tahu kenapa," Dia mula berfikir tentang penyakit rahimnya itu.Ada ke kaitan dengan masalah kitaran haidnya tidak menentu itu?Atau mungkin disebabkan side effect ubat yang diambil kerana penyakitnya?

Lantas, sekali lagi dia mengaturkan pertemuan dengan Dr Muhd. "Tahniah Dr Maria, awak disahkan mengandung tiga bulan. Setakat ni, alhamdulillah..I think your endometriosis didn't complicate anything yet to your baby. Your baby looked healthy. Cuma awak perlu datang untuk check up selalu untuk pastikan kandungan awak selamat.," kata-kata Dr Muhd itu menyebabkan dia tergamam.

Terkejut bercampur gembira. "Subhanallah! Apakah ini benar-benar anugerah istimewa dariMu buat kami ya Allah. Syukur alhamdulillah," Air mata syukurnya jatuh membasahi pipi. Doanya dan suami sehari-hari dimakbulkan. Doanya dan suami di Hijr Ismail kali lepas benar-benar kini didengari Tuhan.

Subhanallah! Berita gembira itu dikhabarkan kepada semua, termasuk Abang Long yang kini menetap di Sarawak bersama isteri. Semestinya, suaminya Hakimi adalah orang pertama dikhabarkan tentang cahaya mata yang dihadiahkan Allah melaluinya. Terima kasih Allah, kerana mengurniakan cahaya mata dari kami..

Terima kasih Allah kerana mengurniakan suami yang soleh yang akan terus kucintai Maha suci Allah yang selalu menepati janji, mengajarku erti kebahagiaan hidup bersama ujian,dengan bertuhankanMu ya Rabbi.



penulis cerpen ini merupakan penulis cerpen MAFELA KASIH


Wednesday, August 5, 2009

Luahan Kasih Buat Kekasih

Islam merupakan agama yang syumul mencangkupi semua masyarakat dan bidang semenjak insan yang pertama Adam a.s sehinggalah Nabi utusan akhir zaman Muhammad S.A.W. Islam merupakan sebuah agama yang cukup lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin mencintai dan dicintai. Untuk apa Allah Taala menciptakan manusia mempunyai fitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah Taala untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaannya. Rasulullah S.A.W pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak berkahwin. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui dan mengiktiraf fitrah manusia yang ingin mendambakan cinta. Namun persoalannya, bagaimana cara terbaik untuk menyalurkan cinta suci ini selari dengan kehendak Allah Taala dan Rasulullah S.A.W mengikut era semasa?

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu selepas lafaz Ijab dan Qabul. Islam telah menggariskan suatu panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini dengan cara lebih selamat. Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidup, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi bagi menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan tuan empunya diri dan terus menyatakan niat hati. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan berkenalan dalam masa terlalu lama. Sedangkan ibu bapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tidak bersetuju dengan pilihan hati. Akhirnya mengakibatkan hubungan kekeluargaan menjadi keruh. Terlebih malang tidak mendapat kerestuan ibu bapa, maka jauhlah keberkatan hidup si anak.

Oleh itu, selepas menyatakan niat kepada ibu bapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi akan diikat menjadi pasangan tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar atau sebaliknya. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan. Namun begitu bertunang bukan merupakan satu tiket yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesraan seperti pasangan suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga atau mahramnya. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan syara'. Jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan boleh diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.


Bolehkah Bercinta Sebelum Kahwin?

Secara kasarnya ada sesetengah ulama’ menganggap bercinta itu halal (harus) tetapi jumhur ulama’ lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama’ fiqh terdapat beberapa ulama’ yang merupakan ahli pencinta yang hebat seperti Daud az Zahiri yang merupakan Imam Mazhab az Zahiri.
Baiklah, penulis akan mengungkapkan beberapa hujah di sebalik bercinta sebelum berkahwin dibolehkan dan diharamkan, namun keputusan terakhir adalah berdasarkan pertimbangan akal yang sihat, di mana melihat isu ini mengikut kesesuaian diri masing-masing.

Pandangan pertama: Bercinta merupakan antara fitrah insani penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada ber-couple dan bercinta walaupun cara dan kaedah mereka nampak Islamik (menjaga hawa nafsu dari maksiat), termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum Ijab dan Qabul. Jika bercinta dianggap sebagai mukaddimah pada perkahwinan, maka ber-couple (kaedah Islamik) pula dianggap sebagai mukaddimah pada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain, kecuali bagi mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Ber-couple yang penulis maksudkan ialah bukan berdua-duaan sehingga timbul fitnah antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tetapi hanya sekadar ingin menyatakan luahan hati dan bersedia mengambil pasangan masing-masing sebagai calon suami dan isteri. Jangan salah andaian. Bercinta dianggap berguna jika dapat membawa pada kebaikan kepada kedua-dua pasangan. Sebagai contoh ber-couple dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumahtangga adalah berguna kerana membawa kebaikan. Maka sini terbentuk pula keluarga, dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.

Pandangan Kedua: Namun dari sudut lain, bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Ber-couple dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukaddimah pada perkahwinan sebaliknya mukaddimah pada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang. Bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu ber-couple dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk ber-couple dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah Taala iaitu perzinaan.

Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubungkait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan. Jawapannya ada dalam diri anda dengan menggunakan pertimbangan akal yang sihat, kaji selidik dan pertimbangan Iman yang mana bertepatan dengan ajaran Islam. Manusia yang diamanahkan Allah Taala sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival dan kemandiriannya sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak bercinta (tidak semua), kita akan pupus di dunia dan sudah tentu menyalahi amanah Allah Taala itu. Tetapi jika bercinta itu membawa ke arah kebinasaan, maka menjauhinya adalah sebaik-baik tindakan. Kebiasaan mengundang kebinasaan.

Hukum Menyanyi Lagu-lagu Kasih

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad S.A.W membenarkan hamba menyanyikan lagu berbentuk kasih (jiwa) dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah S.A.W menyuruh Aesyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aesyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl” (Hadith riwayat Ibnu Majah)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadith Nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadith lain, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah S.A.W menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang mengandungi unsur-unsur tentang cinta.



Islam Dan Cinta

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah Rasulullah S.A.W menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadith: Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tanamkan dalam diri anak-anak kamu rasa cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al Quran” (el Hadith) Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi S.A.W bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata. Remaja mesti ada rasa tanggungjawab. Manakala dalam hal lain dan bukti dimana cinta dibolehkan mengikut panduan kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah Taala menyebut dalam Al Quran: Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu, kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)” Yusuf (12:24)
Nabi Yusuf a.s berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya:
(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas.
(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram.
(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian.
(4) menjaga pandangan mata.
(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.
Dalam keadaan ini berpasangan dan percintaan dibenarkan.
Kesimpulan: Secara umumnya perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Allah Taala sendiri bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak-anak, jiran, bangsa, negara dan Agama. Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta kepada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.

Bagaimanapun, budaya berpasangan dan bercinta tanpa panduan agama dan menurut cara hidup orang Barat yang bebas adalah dilarang kerana membawa kerosakan moral dan akhlak individu dalam masyarakat. Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur, sitematik dan komprohensif. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diinginkan. Dalam masa yang sama menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh setiap manusia serta memperolehi keredhaan Allah Taala. Inilah bercinta dalam Islam, iaitu sebaik-baiknya selepas perkahwinan. Insha-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah Taala dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, maka Allah Taala akan mempermudahkan setiap urusan kita itu.

Dalam konteks kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan takdir-Nya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim serta janji kepada kedua ibu bapa kita. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati dengan cara mengamalkan Islam dalam kehidupan. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.



Wednesday, July 29, 2009

HaDiRnYa mEmBaWA sEriBu hArApAn..PeRgiNyA mEmBaWa SeJuTa KeNaNgAn..


23:23 malam...29 Julai...Cikgu abdul aziz guru sek.men teknik kajang..guru kaunseling kita sudah meninggal dunia..al - fatihah..berita mengejut ni ku terima seperti berita pemergiaan arwah datukku..terbayang memori 2 tahun lalu..ketika itu aku dilantik menjadi naib ketua pengawas pembimbing rakan sebaya...(peers)...em...sahabatku di sekolah lama dulu memberitahu..aku terfikir sejenak...andai aku pergi mengambil sijil spm minggu lepas..mungkin aku dapat berjumpa dengan arwah..namun segalanya sudah terlambat..teringat ketika di tingkatan empat dulu..arwah sering memberiku nasihat...arwah tidak banyak bercakap...dalam kesenyapan..arwah menahan derita sakit jantung..moga roh guruku berada di kalangan hambaMU yang beriman...amiiinnn...

Monday, July 20, 2009

LAYAKKAH HADIRNYA CINTA MANUSIA??


www.iluvislam.com
arisha27
editor:azzahra_solehah




Layakkah kita mencintai manusia lain??

hmm...bagi aku sudah tentu kita layak untuk mencintai sesama manusia. Namun yang menjadi salahnya ialah apabila kita terlalu taksub mencintai seseorang sedangkan kita harus sedar yang perasaan suka,kasih dan sayang haruslah diungkapkan kepada yang berHAK.

CINTA MANUSIA HARUS KEPADA...

1) ALLAH YANG MAHA ESA:

"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia"


Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA. Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.

2) AGAMA:


Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak.

Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.

3) IBU BAPA & KELUARGA:

Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA.

Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.

4) PASANGAN:


Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA.

Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

wallahualam...


Layakkah Kita Bergelar Saudara?


www.iluvislam.com
Mastura Mohd Yusuf
Editor: arisHa27

“Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring.

Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi. Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.

“Umi!!!” Khalid menjerit lagi.

Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata, terpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ.Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.

“Khalid.. Khalid anak umi…” Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya.

Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang.

“Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi...”

* * *

“Khalid... Mari cepat pergi masjid, sekejap lagi azan ni!” Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah.

Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.

“Umi, Khalid pergi dulu..” ucapnya seraya melangkah pergi.

“Abi, kenapa kita kena solat kat masjid? Umi tak pergi masjid pun abi...” Khalid bertanya.

Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.

“Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat kat masjid. Umi tak apa solat kat rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul kat masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu,kita kuat kan sayang?”

Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

“Tapi abi....”

“Kenapa Khalid?”

“Kenapa dulu masjid kosong je.. Sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?” Penuh ketulusan suara itu bertanya.

Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.

“Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?”

Khalid angguk.

“Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat. Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni,bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia.”

“Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!”
Khalid bersemangat.

“Ye sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan Agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah” Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil.

Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.

“Macam abang-abang?” Khalid bertanya lagi.

Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!

“Abi.....”

Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi. Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap,melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.

"Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini.."

Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta.

* * *

Pom! Pom!

Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid. Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta. Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada’ yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...

“Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Khalid meraung.

Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.

“Abi... Kenapa tinggalkan Khalid...”

Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ.

* * *

“Umi...” Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.

Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.

“Ya sayang..” Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.

“Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?”

Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan,melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.

“Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan..”

“Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!”
Nur Laili tersentak sekali lagi.

“Umi...” Perlahan, Khalid memanggil.

“Ya sayang...”

“Adakah mereka mendoakan kita?”

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Nur Laili terdiam.

Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora. Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang?

“Umi...” Khalid memanggil lagi.

“Ya...”

“Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?”

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”

Nur Laili diam.

“Umi..”


“Ya nak..”

“Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?”


Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu.

Mata Nur Laili mula digenangi air.

“Umi tidak tahu sayang...” Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara. Nur Laili berbicara dengan hatinya.

“Umi...”

“Ya sayang...”


Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya.

“Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?”

“Ya sayang..”


“Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?”


Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa? Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas? Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini.

“Kenapa umi menangis?”

Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu.

“Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan,kan umi?”

Nur Laili angguk.

Pom!

Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili. Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.

“Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid...”

Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..

“Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!”

Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi,tepat menembusi kepala Khali.Khalid rebah di samping uminya.

“Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti...”

Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya.