pernah guruku bertanya, "awak tak penatke?", aku hanya tersenyum. ketika itu ada sesuatu Allah telah didikku, soal kekeluargaan, pengorbanan ayah, tanggungjawab sebagai kakak dan anak sulung buat adik-adikku membuatkanku lebih matang berbanding teman sebaya. aku tidak pernah menyesal kerana Allah itu maha adil, maha tahu. pernah ibuku bertanya," akak tak nak pakai tudung labuh ke?macam mak pakai..takkan selamanya nak pakai tudung saiz bidang 50 (yang bagiku agak labuh)?akak semakin besar, dosa akak mak dengan abah yang tanggung.." aku diam.jiwa remaja ku berkecamuk. aku sentiasa memakai baju kurung, tudung 3 segi saiz bidang 50 yang ibuku jahit seperti tudung labuh, tak perlu pakai pin. aku pandang diriku di cermin, tak cukup lagike?ok le ni.aku pakai macam ni pun orang asyik panngil ustazah. kat sekolah, asyik kena hina,"wei ustazah, ni sekolah ******, kalau nak jadi ustazah g masuk sekolah agama..tak sesuai dengan sekolah ni!!!", lalu tudung labuh ku ditarik dengan kasar. aku hanya mampu merenung mereka dan berdiam.
Monday, January 16, 2012
dakwah dan cinta
Entri kali ini berkisar tentang kisah yang pernah berlaku padaku, saja nak share dengan sahabat-sahabat.
ZAMAN SEKOLAH
aku bersekolah di sebuah pusat ilmu yang biasa-biasa sahaja, yang pasti bukan aliran agama tetapi engineering yang mana 80% adalah kaum adam.Ketika mula menjejakkan kaki sememangnya terdetik dalam hati, "ya Allah..biar betul nak belajar kat sini. lelaki ramainya...". kegusaran yang timbul ku rahsiakan dari pengetahuan ibu dan ayah. sebagai anak sulung aku kena kuat. ramai tanggungjawab di bawahku, melihat diriku sebagai "role model" oleh adik-adik yang masih baru mengenal warna-warni dunia bukan 1 tanggungjawab yang mudah. pernah ibuku dimasukkan ke wad, selama 2 minggu itu setiap hari pulang dari sekolah sekitar jam 2.30 petang setelah habis kelas aliran arab dan al-quran, rutin harianku adalah "memasak", mengemas , mempersiapkan diri untuk pergi kembali ke sekolah untuk latihan nasyid dan pidato, dengan perut kosong dan berbekalkan 70sen duit sekolah ku setiap hari.
pernah guruku bertanya, "awak tak penatke?", aku hanya tersenyum. ketika itu ada sesuatu Allah telah didikku, soal kekeluargaan, pengorbanan ayah, tanggungjawab sebagai kakak dan anak sulung buat adik-adikku membuatkanku lebih matang berbanding teman sebaya. aku tidak pernah menyesal kerana Allah itu maha adil, maha tahu. pernah ibuku bertanya," akak tak nak pakai tudung labuh ke?macam mak pakai..takkan selamanya nak pakai tudung saiz bidang 50 (yang bagiku agak labuh)?akak semakin besar, dosa akak mak dengan abah yang tanggung.." aku diam.jiwa remaja ku berkecamuk. aku sentiasa memakai baju kurung, tudung 3 segi saiz bidang 50 yang ibuku jahit seperti tudung labuh, tak perlu pakai pin. aku pandang diriku di cermin, tak cukup lagike?ok le ni.aku pakai macam ni pun orang asyik panngil ustazah. kat sekolah, asyik kena hina,"wei ustazah, ni sekolah ******, kalau nak jadi ustazah g masuk sekolah agama..tak sesuai dengan sekolah ni!!!", lalu tudung labuh ku ditarik dengan kasar. aku hanya mampu merenung mereka dan berdiam.
pernah guruku bertanya, "awak tak penatke?", aku hanya tersenyum. ketika itu ada sesuatu Allah telah didikku, soal kekeluargaan, pengorbanan ayah, tanggungjawab sebagai kakak dan anak sulung buat adik-adikku membuatkanku lebih matang berbanding teman sebaya. aku tidak pernah menyesal kerana Allah itu maha adil, maha tahu. pernah ibuku bertanya," akak tak nak pakai tudung labuh ke?macam mak pakai..takkan selamanya nak pakai tudung saiz bidang 50 (yang bagiku agak labuh)?akak semakin besar, dosa akak mak dengan abah yang tanggung.." aku diam.jiwa remaja ku berkecamuk. aku sentiasa memakai baju kurung, tudung 3 segi saiz bidang 50 yang ibuku jahit seperti tudung labuh, tak perlu pakai pin. aku pandang diriku di cermin, tak cukup lagike?ok le ni.aku pakai macam ni pun orang asyik panngil ustazah. kat sekolah, asyik kena hina,"wei ustazah, ni sekolah ******, kalau nak jadi ustazah g masuk sekolah agama..tak sesuai dengan sekolah ni!!!", lalu tudung labuh ku ditarik dengan kasar. aku hanya mampu merenung mereka dan berdiam.
pernah juga kesabaran ku tergugat apabila rakan-rakan lelaki sewenang-wenangnya menghina penampilan ku, iman ku marah. salah kah aku menutup aurat yang mungkin pada mulanya abah dan emak memaksa namun aku semakin faham, ini adalah kerana Allah. fikiran yang dipenuhi emosi dan nafsu bermaharajalela, ku tumbuk meja sehingga tangan ku berdarah lalu ku tatap mereka dengan satu lafaz,"kau diam!!!", lalu aku pergi dari situ. tangan yang berdarah tidak ku sedari. iblis cuba menguasai diri. aku beristighfar berulang kali," Allah, apa dah aku lakukan ini, sirami kesabaran atas api kemarahanku ini," aku sudah tidak mampu menaungi hati ini dengan sabar, setelah hampir setahun aku dihina, dicaci, dipulau hanya kerana pemakaian ku ala-ala ustazah. teringat suatu waktu aku berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam exam, cikgu memuji ku dan meminta rakan-rakan sekelas mencontohiku, dalam diam ku serahkan segala pujian buat Allah yang memberi kurniaannya pada ku tetapi, rakan sekelas ku berkata,"alaa cikgu, dia tu meniru, tengok lah tudung dia, boleh letak macam-macam dalam tu..", aku cuba untuk tenang. guruku pandang, dan berkata,"awak semua ni janganlah cemburu dengan mimi, tak baik fitnah orang. sabar ye mimi..", seulas senyuman ku lemparkan bagi meneutralkan kembali keadaan yang agak tegang.
DIPLOMA
Allah telah mentakdirkan ku untuk berada di Bangi. juga bukan sebuah pusat pengajian yang hebat tapi cukuplah bagiku, kerana apa yang Dia rancang merupakan yang terbaik buat diri ini. di sini aku lebih mengenali tarbiyah,usrah,jemaah dakwah dan bermacam lagi. "akak belajar rajin-rajin, jaga nama baik emak, abah yang paling penting jaga nama Islam tu betul-betul.kalau boleh dakwah pada kawan-kawan. jangan terikut dengan kawan-kawan yang sosial. biar akak yang pengaruhi kawan-kawan dengan perkara baik, tetapi jangan akak pula yang terikut, ingat pesan abah ni..",bagiku terlalu sukar permintaan abah. fuuh!!!alahai, sosialnya. aku jadi takut.TEMPAT APA NI!!!namun di sebalik kaca yang bertimbun ku temui permata yang bersembunyi. hidayah fikrah itu hadir.namun, dalam mengejar kemanisan fikrah itu, banyak dugaan yang harus ku lalui.perit memang perit, namun luka itu tidak menjadi nanah buatku..
kisah diploma ku ini telah diceritakan dalam entri yang lalu (diari tarbiyah). pernah datang seorang junior kepadaku, "kenapa akak pakai tudung labuh??yang pakai tudung biasa ni jahat ke?", dengan senyuman ku balas.."adik, kalau dalam exam adik mesti nak dapat A kan, kalau boleh nak dekan terus. begitu juga akak, Allah wajibkan kita tutup aurat, mesti ada gred yang Allah bagi dalam kita menutup aurat, jadi akak nak dapat A++++ kerana akak yakin tudung akak ni dapat piawaian penuh dari Allah", ketawa adik tersebut."adik pun nak cuba pakai tudung labuh lah, adik tengok akak makin cantik bila pakai gini. mana aci akak sorang dapat A++++ dari Allah," dalam hati moga semangat ini kekal di hati adik.amiin.
adik-adikku semuanya abah masukkan ke sekolah arab dan tahfiz. hanya aku dari sekolah biasa-biasa. aku pulang ke rumah, 1 perkara tak mampu ku lupakan adikku berkata,"akak, kenapa tak pakai handsock?mana stokin akak?tu kan aurat. akak selalu pesan kat kak cik pakai pakaian tutup aurat. akak pakailah.." tergamam ku mendengar bicaranya.wah, adikku sudah pandai menilai dan memahami lunas-lunas Islam.terima kasih Allah, Engkau hantar adikku untuk ku sedar agar berjaya ake capai gred A++++ dari-MU. adikku tersenyum bangga melihat penampilanku. "kami sayang akak sangat-sangat!!!", syukur, adik-adikku ini membesar mengikut lunas Islam dan muslimah sejati.
KINI DAN INSYAALLAH SELAMANYA
tahun pertama di segamat sebagai penuntut ijazah banyak mengorbankan masa, tenaga dan duit. fikrah yang ku bawa, ku cuba sandang dengan satu tanggungjawab yang besar. aku pandang alam.indahnya, itulah ciptaan Allah. seorang adik diploma menghampiriku,"akak ni degree kan. saya selalu perhati akak. suka tengok akak. tak tahu kenapa." senyuman ku lemparkan. dalam hati, "ada keinginan, bagus. ada potensi.."kalau dulu dakwah secara berjemaah ku praktiskan, tetapi kini aku nampak tanggungjawab itu lebih kepada fardiyah atau bahasa mudahnya dakwah secara individu.entah apa yang adik-adik ni lihat, namun itu semua kerja Allah. tak punya waktu untuk aku memikirkannya.
dalam kesibukkan, aku cuba cari waktu. paling kurang pun berdakwah di laman sesawang facebook dan rakan sekelas walaupun pernah kena komen, "alaa poyolah kau, bajet bagus", tak mengapa..moga hidayah Allah menyelinap dalam hati semua rakanku.amiin. sesuatu paling ku suka di sini adalah adik-adik yang bergelar daie sangat menjaga pergaulan, pakaian mereka mencerminkan peribadi walaupun aku sering diingatkan "don't judge a book by it's cover.." namun bagiku, cukuplah jika orang melihat mereka sama seperti orang menilai keindahan Islam yang semakin dicemari oleh umat Islam masa kini. terkadang melihat mereka membuatku kembali ingat yang aku tiddak bersendirian, mengenang dosa-dosa yang pernah aku lakukan. malunya ya Allah...
ikhtilat..erm...aku akui, memang sukar untuk dijaga semenjak masuk degree ni. memang salahku sendiri namun keadaan memaksaku.marahku pada diri kerana terlalu lemah.sering imanku memberontak tak suka, nafsu menari kegembiraan. kawan-kawan lelaki suka dekat dan meminta ku ajar itu dan ini, dan juga rasa rindu yang bergelar "tunang" padaku, cukup hebat ditambah lagi ada adik yang muka iras sepertinya. pernah aku ditegur,"akak, jaga ikhtilat. dosa rindu-rindu ni.ingat, akak tak nikah lagi..", terdiam ku..ya Allah, kuatkan aku.kalau dulu aku tak faham kerana aku tak rasa, tetapi kini itulah yang menjadi doaku saban waktu, mohon dikuatkan.
nikah itu mudah sahaja rukunnya, tetapi tanggungjawab yang menanti amat berat.puas ku tanya pada naqibah dan sahabat-sahabat sefikrah, mereka memberi sokongan yang jitu. barulah ku mengerti, betapa hebatnya kuasa cinta itu. dalam tak bermesej (kecuali hal-hal yang sangat penting berkaitan kerja),cukup menguji kesabaranku. sahabat ku berpesan,"akak faham perasaan mimi. kuatkan hati dik.jangan risau, Allah dah kata, rezeki itu ditangan Dia.akak yakin mimi boleh.perasaan tu Allah yang hadirkan.akak sentiasa doakan untuk mimi. jodoh mimi dah tiba. kami sentiasa doakan mimi..", alhamdulillah.keluarga juga banyak memberi sokongan.
Allah,
dulu puas ku nafi perasaan yang hadir,
namun sudah tersurat di dalam kalam-MU,
telah Engkau wujudkan kasih sayang di antara kami,
dalam menempuhnya aku sedar ia harus bersyariat,
dalam meniti hari aku pasrah jika rasa yang Kau hadirkan turut menyeksaku,
Engkau hadiahkan maka aku ingin ia berlangsung berlandaskan jalanMU,
mudah orang berkata namun aku yang menanggung dan pastinya Engkau mengetahui,
doaku, moga rasa ini dilalui dengan berlandaskan aturan MU,
semoga dia dan aku terus kuat dalam bermujahadah..
Posted by ummul mujahidah_90 at 8:24 PM 2 comments
short story-life in Segar amat-
Hari pertama tiba di segamat, terasa sekali perbezaan..dulu bandar ni hutan belantara..termangu seketika..sewa bilik rumah kedai ..dan hanya aku, nawal dan kinah sahaja pelajar manakala yang lain PEKERJA..kejutan budaya + sedang cuba sesuaikan diri..macam-macam kejadian berlaku.."jiran-jiran" bilik selalu keluar lewat malam p c*****g, pakaian "tersangat sopan", nasib baik tak pengsan tengok, memang sangat-sangat lain..masa tu selalu juga nangis, tak tahan dengan apa yang kami hadapi..kadang-kadang kinah pujuk, dan kadang - kadang nawal pujuk..adakala keadaan terbalik, aku yang pujuk mereka..teringat dengan kata-kataku," sabarlah, mungkin rumah terbaik kita sedang di bina..Allah maha tahu..sabar ea..huhu..sampai sekarang aku sendiri masih mengharap dan terusan berdoa akan kewujudan rumah "terbaik" kami itu..
Apabila diimbau kembali, betapa peristiwa-peristiwa di rumah itu banyak mengajar kami, seperti menyaksikan peristiwa-peristiwa yang hanya akan menggelapkan hati kami kerana tingkap menghadap pusat karaoke besar di samping lambang Carslberg hijau terpampang gah ..nak cegah tak mampu, masa tu takut sangat dan asyik tergiang-giang firman Allah yang mana bila Dia nak hancurkan 1 umat yang penuh dengan maksiat, orang-orang yang beriman pun turut kena sekali..doa dan tawakal, itulah harapan kami..ketika itu juga aku sedar, dalam aku tidak berusrah buat seketika waktu, Allah nak tarbiyah aku melalui ujian-ujian yang diberikan di samping membuatkan hatiku untuk melihat betapa parahnya masalah ORANG MELAYU ISLAM kita kini. jika dulu, ketika diploma sentiasa berada dalam kelompok mereka-mereka yang sudah teguh agamanya, tujuan dan matlamat sama tetapi kini, aku nampak, matlamat yang selama ni diucapkan sudah tiba masanya untuk dipraktiskan..sukar memang sukar, sahabat tercinta yang selalu bersama dan jauh..~~~
nisa selalu kol ..huhu..really miss u chan..assalammualaikum, awak apa khabar..kite rindulah ngan awak..aku yang suka mengusik pun jawab, waalaikummusalam..ee..apa kite2..geli le saya dengar wak..haha..sesiapa sahaja yang mendengar perbualan kami mesti ingat aku sedang bercakap dengan pakwe..apa taknya, setiap kali kol, nangis2 cerita masalah masing-masing..dan di akhir perbualan mesti ada ayat ni,"saya rindu dengan awak..dulu awak dekat je dengan saya, sekarang dah jauh.."disusuli air mata kerinduan..inilah dia sahabat tercintaku..KHAIRUNNISA' BINTI MOHD ZAILANI.. terima kasih chan..kawan-awan yang lain jangan cemburu pula ye..hehehe..dia sahabat sefikrahku..
terima kasih juga buat nawal n kinah.. sahabat serumah..semakin lama kita semakin mengenali kekuatan dan kelemahan masing-masing..jika kita sesama kita saling boleh menerima kelemahan yang dimiliki antara sesama kita..insyaAllah..persahabatan ini akan utuh sampai bila-bila..amiin..
semalam, terlepas dari mulutku, SUSAH BETUL NAK CARI ORANG YANG JUJUR KAT SEGAMAT NI..pada nawal dan kinah..mereka berdua setuju kerana sejak kami tiba di sini, macam-macam topeng manusia kami kenal..kadang-kadang dah penat sangat nak hadapi..rasa nak balas balik apa yang mereka buat tetapi terkenangkan firman Allah,
Memang wujud hukum qisas dari ayat ni, tapi aku nak jadi orang yang bersabar kerana itulah yang terbaik buatku..syukur sehingga kini kesabaran itu masih bertapak di hati untuk melayan kerenah-kerenah manusia yang pelik-pelik..sedar tak sedar, ni dah minggu final exam..jadual aku 4, 6,7,9,10,13..waaaahhhhh..bahagianyaaaa....
nak share 1 ayat dari blog
Jika kita berfikir dari segi jangka pendek (dunia), memang segala-galanya akan nampak menyakitkan hati. Rasa sukar untuk memaafkan dan melupakan. Tahukah, sebagai muslim, setiap perbuatan kita mestilah difikirkan kesan jangka panjangnya iaitu apabila berada di akhirat kelak. Ke syurgakah, atau ke nerakakah?
Sekalipun hati masih sukar untuk melupakan apa yang telah terjadi, tidak mengapa, kerana soal hati itu adalah soal yang amat kompleks. Allah lebih mengerti kerana kita sendiri telah berusaha untuk melaksanakan yang terbaik. Paling kurang, fikirkanlah nasib saudara kita di akhirat kelak jika kita tidak mahu memaafkannya. Maka dengan itu, maafkanlah dia di atas dasar kasih sayang sesama muslim.
Sebagaimana kita ingin masuk ke syurga, berilah juga ruang untuk saudara kita masuk ke Syurga di sana kelak. Sekalipun kita tidak mampu untuk seiring dengannya di dunia ini lantaran fikrah (pemikiran) yang tidak sama, namun tujuan akhir kita tetap yang satu itu juga!
Ingatlah, syurga itu adalah sebaik-baik tempat yang penuh dengan keajaiban. Di sana, tiada lagi kedukaan, kesedihan, mahupun keperitan! Cuba bayangkan, kita bertemu semula dengan orang yang pernah menyakiti kita sewaktu di dunia (atau sebaliknya), kita makan bersama, ‘shopping’ bersama, berborak bertahun-tahun tanpa henti, tanpa adanya lagi sengketa di antara kita!
http://muslimteendigest.my/kerana-di-syurga-itu-segalanya-lebih-indah
benar!!!indahnya syurga..tiada sakit hati macam di dunia..hebatnya Allah...
PERJALANAN DAKWAH
ujian itu hadir selalu, tanpa ujian pasti terasa kerinduan kepada sang Pencipta. Alhamdulillah, setelah sekian lama muncul seorang adik menghulur bantuan terasa langkah yang payah ini semakin mudah. Semalam 16 Januari 2012, bertemu serampang empat mata bersama dengan adik-adik yang bakal dicorak dan dipandu sebagai mujahidah Islam. Doaku buat mereka akan terus utuh dalam perjuangan ini, wajah-wajah suci yang diisi dengan hati tulus ikhlas, mampu menempuh onak duri dakwah yang berselirat, terkadang tersadung luka berdarah tetapi bunga-bunga indah turut tumbuh melata sebagai penguat semangat buat kaki yang melangkah.
Posted by ummul mujahidah_90 at 7:11 PM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)