BERMULANYA PERJUANGAN YANG TIADA
PENGHUJUNGNYA
|
Barisan pejuang agama dan murobbi..ustaz elmi dan ustaz nazir |
Beberapa semester berlalu, daripada ajk
kebajikan, aku diberi amanah yang lebih besar iaitu timbalan exco kebajikan,
seterusnya exco dakwah. Di samping itu, tanggungjawab pada jemaah dakwah di
luar kolej turut tidak terlepas. Saat itu ku rasakan terlalu banyak amanah yang
harus ku galas sehinggakan aku hampir terduduk, terpaku tidak berdaya. Surau
menjadi bilik keduaku, fitnah-fitnah yang mendatang membuatkan aku lemah dan
harus sering bertemu dengan kekasih teragung sekerap mungkin.
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12
Pelbagai program tarbiyah kami jalani
bersama. Dari bertiga kami semakin berkembang, menjadi lebih daripada 10 orang
sahabat-sahabat yang mencari cinta Allah. Kami sudah miliki mad’u atau
adik-adik usrah di bawah kelolaan kami. Kini, kami jualah yang menjadi peneraju
Kelab Insaniah dan harus mengurus pelbagai kerenah adik-adik. Kadang-kala,
retak jua benteng kesabaran. Kepada Allah kami kembali menagih sisa-sisa
kekuatan iman dalam diri agar terus mekar dan semakin berkembang mewangi.
ZON SEMESTER TERAKHIR
|
Bersama-sama adik2 tercinta dan ustazah2 tersayang..love fillah.. |
Saat ini, tugas sebagai Timbalan Presiden
Kelab Insaniah dan fasilitator Minggu Induksi Pelajar menuntut ku mengorbankan
masa lapang dan jadual harian harus dijalani dengan sebaik-baiknya. Pelajaran
dan dakwah, dua-dua merupakan kewajipan yang harus ku galas dan harus ku pikul
risalah ini sebaik mungkin. Semester 5 merupakan semester yang paling getir
buatku. Selama 2 bulan berturut-turut aku muntah. Makan atau minum air mineral
sekalipun, perutku akan menolaknya kembali. Sudah puas ku berulang-alik ke klinik
dan hospital, keadaanku langsung tidak berubah. Peliknya selera makanku ada
namun kesakitan yang muncul selepas 10 minit makan atau minum, aku akan muntah
sehingga kosong kembali perutku. Wajahku pucat, namun tanggungjawab yang
menggunung tetap ku lakukan dengan badan yang sangat lemah namun tidak pernah
sesekali melemahkan semangatku.
Dalam satu program daurah dan
qiamulail, kakak-kakak jemaah menegur wajahku yang pucat lalu ku ceritakan
semuanya kepada mereka. Keesokkannya, aku dibawa ke Pusat Rawatan Islam Darul
Syifa’, syukur, setelah dirawat dengan kaedah Islam disamping secebis nasihat
daripada ustaz yang merawatku, “adik kena
kuatkan semangat, berzikirlah selalu, ingatlah Allah sentiasa bersama-sama
orang yang sabar. Adik lemah semangat. InsyaAllah, sakit ni akan hilang. Minum
air ni setiap hari dan letakkan juga dalam mandian adik, ingat, zikir dan
selawat selalu.” Alhamdulillah, beberapa hari kemudian, aku beransur pulih.
Aku bersyukur sekali.
Aku semakin sihat namun, ujian Allah
itu datang tanpa petanda. Aku diserang demam denggi. 2 minggu aku demam dan 2
minggu itu juga, banyak tugas yang tertangguh. Usrahku tidak dapat dijalankan,
kasihan adik-adikku. Sahabiah-sahabiah tidak putus-putus melawat dan
membantuku, adik-adik usrahku sering melawat dan memaksaku untuk makan kerana
ketika itu aku hanya lalu makan buah lai dan roti. Sekeping roti dan sebiji
buah lai, itulah menu harianku. Badan amat lemah, nak berjalan pun harus
dipapah sahabiah ku. Terima kasih Khairunnisa’ dan kak Umi , teman sebilikku.
Banyak jasa kalian. Juga sahabat-sahabat rapatku,nawal, wajihah,angah, azie, kak
ten, umi, kinah, arwah ijah, lidya, nisa ramdan, farah, nisa kecik, aqil,
nadirah,wani, kak erin, penyelia-penyelia desasiswa (kak ila, kak ros, abg
rahim dan abg han) adik-adik usrahku..jasa kalian tidak mampu ku balas..hanya
Allah yang dapat membalas kalian dengan sebaik-baik pembalasan. Amiin..
MENDUNG BERGANTI PELANGI
|
Bersama sebahagian adik2 tersayang. situasi:baru sahaja selesai berperang dengan ikan keli |
Awan mendung yang menyelubungi
menggantikan wajah dengan sang pelangi yang cukup indah. Ketika aku diuji
dengan ditarik seketika nikmat kesihatan, aku semakin dekat dengan Allah dan
semakin menghargai insan-insan di sekelilingku. Betapa ramai yang mengambil
berat dan menyayangiku selama ini. Alhamdulillah. Aku kembali sibuk dan semakin
sibuk kerana terpaksa menyelesaikan semua tanggungjawab yang ditinggalkan
sepanjang 2 minggu “percutianku”. Masa yang berjalan, semakin menghampiri
minggu peperiksaan akhir.
Sekali lagi, ujian itu datang bertamu. Sewaktu peperiksaan akhir, aku dikejutkan
dengan berita pakcik, makcik dan arwah atokku yang terlibat dengan kemalangan
jalan raya. Ketika itu, aku langsung tidak mendapat sebarang berita daripada
keluarga di kampung sebaliknya aku tahu daripada Facebook kawan pakcikku yang
mengucapkan takziah buat keluargaku disamping gambar kereta Honda Accord pakcik
yang hancur remuk di bahagian depan.
………………………………………………………………………………………………………………
Air mataku jatuh ke pipi, menggigil
tubuhku, pusing kepalaku, buntu fikiran…..remuknya hatiku….
KENAPA UJIAN SEBERAT INI? Tangisku dalam hati…
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
Aku
beristighfar berkali-kali, terus ku tuju bilik air, ku basahi dengan air wudhuk
agar kurang kesedihan yang menimpaku ini. Lalu, ku tunaikan solat sunat, ko
pohon kekuatan,
“Ya Allah, Engkau sebaik-baik tempat ku
bergantung harap, aku tidak miliki sesiapa selain mengharap kasih sayang MU
buat hamba MU yang lemah ini. Engkaulah
sumber kekuatanku, Engkau tahu apa yang terbaik buatku, titipkan secebis
ketabahan dalam jiwa ku ini, aku tak berdaya untuk menghadapinya..ya Allah,
kuatkan aku….”
Ku pohon dengan
penuh mengharap, sesudah puas ku meluahkan segala kesedihan dan kedukaan kepada
Allah, ku capai telefon bimbit lalu mendail nombor ayah, tidak berjawab, ku
dail pula nombor emak, adik, pakcik-pakcikku, rumah nenek, makcik-makcikku…ya
Allah, kenapa tiada seorang pun yang menjawab panggilanku…aku rasa semakin
lemah..aku tidak berputus asa, aku bertanya kepada semua sahabat-sahabat
pakcikku di Facebook..
|
Kereta Honda pakcik setelah berlanggar dengan Proton Saga bertentangan, arwah atok duduk di sebelah pemandu. |
“ pakcik dan makcik adik selamat. Atok adik masih xsedarkan
diri. Sekarang dalam keadaan kritikal, masih di icu..” hanya jawapan ini yang ku terima..Alhamdulillah, makcikku yang
bongsu menelefon, dia mengatakan semuanya ok..dan jangn risau, tumpukan pada
exam..itulah pesanannya..mereka(sahabat-sahabat pakcikku) juga meminta ku pulang saja ke kampung namun
keluargaku tidak mengizinkannya, rupa-rupanya ahli keluargaku semuanya sepakat
hendak merahsiakan hal ini daripada pengetauanku. Aku fahami niat mereka.
Ku lalui
hari-hari peperiksaan dengan hati yang tabah, semua mengatakan pakcik, makcik
dan atokku semakin baik. Aku semakin bersemangat untuk menghadapi peperiksaan.
Kini, tinggal 2 subjek saja lagi. Ketika sedang khusyuk ku menelaah subjek
Economy of Malaysia, telefon bimbitku menyanyi minta di angkat. *emakku sayang* itulah nama yang tertera
memberitahu siapa empunya si pemanggil, lalu ku jawab.. “akak, atok dah
takde..” aku xpercaya lalu mengatakan, “emak
saja guraukan, atok kan makin sembuh, pagi tadi cik mamat kata atok nak keluar
wad, akak xpercaya..” emakku
mengatakan ini adalah realiti yang atokku dah pergi jauh, lalu talian
dimatikan. Telefon bimbit di tangan, terlepas lalu jatuh. Terkedu ku, hanya air
mata sahaja yang mengalir.
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129
Sujudku petang
itu lama, Khairunnisa’ sahabatku kelihatan begitu cemas melihat keadaanku yang
kelihatan begitu kecewa. Petang itu juga aku mencari tiket keretapi dan bas
bersama-sama Khairunnisa’ dan sahabatku, arwah Ijah. Akhirnya, tepat 8 malam
aku bertolak pulang ke Johor. Pelbagai nasihat ku terima daripada
pakcik-pakcikku, agar terus kuat. Di dalam bas, tidak putus-putus ku
mengalunkan surah yassin dan surah Al-Fatihah buat atok tercinta. Jauh di dalam
hati, ku sampaikan sekalung doa kudus buat atok, “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa atokku, jika aku tidak sempat melihat dia
sebelum dikebumikan, temukanlah kami di alam mimpiku..” amiin…sahabat-sahabat seperjuangan
Kelab Insaniahku mengadakan tahlil buat arwah datukku pada malam aku dalam
perjalanan pulang ke Johor. Terima kasih semua. Amat-amat aku hargainya.
Rumah nenek dipenuhi tetamu. Aku sebak,
kerana tak sempat melihat atok buat kali terakhir namun aku harus kuat, esok
aku ada exam, nak atau tidak aku tetap kena teruskan perjuangan ini. Kepala
terasa amat sakit kerana terlalu banyak menangis. Malam itu, aku pulang dengan
menaiki keretapi disambut Khairunnisa’, dan arwah Ijah. Pada pagi seterusnya,
aku hanya pasrah dan bertawakal kerana segala fakta umpama berlegar-legar, dan
banyak yang sudah hilang. Aku tertekan. Aku berdoa kepada Allah, aku tak nak
gagal, aku nak CEMERLANG!!! Walaupun aku hadir ke dewan peperiksaan dalam
keadaan mata yang bengkak dan tubuh yang kurang sihat.
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12
Ku lalui hariku dengan penuh pengharapan agar ketabahan ku ini
bertahan. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat dekan bahkan subjek Economy of
Malaysia, A..ya Allah, betapa besarnya hikmah yang Engkau berikan.. terlalu
manis ku rasai perasaan itu..menangis kegembiraanku melihat keputusanku itu.
Inilah bukti kekuasaan-MU, Engkau sahaja yang mampu memberikan apa yang
dikehendaki dan Engkau juga telah membuka mataku tiada yang mustahil dalam
hidup ini. Biar segetir mana ujian yang menimpa, aku harus kuat..kuat dan terus
kuat!!!