RSS

Monday, July 20, 2009

LAYAKKAH HADIRNYA CINTA MANUSIA??


www.iluvislam.com
arisha27
editor:azzahra_solehah




Layakkah kita mencintai manusia lain??

hmm...bagi aku sudah tentu kita layak untuk mencintai sesama manusia. Namun yang menjadi salahnya ialah apabila kita terlalu taksub mencintai seseorang sedangkan kita harus sedar yang perasaan suka,kasih dan sayang haruslah diungkapkan kepada yang berHAK.

CINTA MANUSIA HARUS KEPADA...

1) ALLAH YANG MAHA ESA:

"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia"


Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA. Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.

2) AGAMA:


Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak.

Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.

3) IBU BAPA & KELUARGA:

Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA.

Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.

4) PASANGAN:


Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA.

Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

wallahualam...


Layakkah Kita Bergelar Saudara?


www.iluvislam.com
Mastura Mohd Yusuf
Editor: arisHa27

“Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring.

Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi. Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.

“Umi!!!” Khalid menjerit lagi.

Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata, terpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ.Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.

“Khalid.. Khalid anak umi…” Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya.

Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang.

“Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi...”

* * *

“Khalid... Mari cepat pergi masjid, sekejap lagi azan ni!” Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah.

Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.

“Umi, Khalid pergi dulu..” ucapnya seraya melangkah pergi.

“Abi, kenapa kita kena solat kat masjid? Umi tak pergi masjid pun abi...” Khalid bertanya.

Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.

“Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat kat masjid. Umi tak apa solat kat rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul kat masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu,kita kuat kan sayang?”

Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

“Tapi abi....”

“Kenapa Khalid?”

“Kenapa dulu masjid kosong je.. Sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?” Penuh ketulusan suara itu bertanya.

Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.

“Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?”

Khalid angguk.

“Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat. Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni,bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia.”

“Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!”
Khalid bersemangat.

“Ye sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan Agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah” Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil.

Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.

“Macam abang-abang?” Khalid bertanya lagi.

Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!

“Abi.....”

Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi. Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap,melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.

"Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini.."

Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta.

* * *

Pom! Pom!

Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid. Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta. Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada’ yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...

“Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Khalid meraung.

Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.

“Abi... Kenapa tinggalkan Khalid...”

Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ.

* * *

“Umi...” Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.

Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.

“Ya sayang..” Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.

“Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?”

Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan,melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.

“Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan..”

“Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!”
Nur Laili tersentak sekali lagi.

“Umi...” Perlahan, Khalid memanggil.

“Ya sayang...”

“Adakah mereka mendoakan kita?”

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Nur Laili terdiam.

Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora. Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang?

“Umi...” Khalid memanggil lagi.

“Ya...”

“Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?”

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”

Nur Laili diam.

“Umi..”


“Ya nak..”

“Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?”


Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu.

Mata Nur Laili mula digenangi air.

“Umi tidak tahu sayang...” Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara. Nur Laili berbicara dengan hatinya.

“Umi...”

“Ya sayang...”


Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya.

“Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?”

“Ya sayang..”


“Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?”


Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa? Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas? Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini.

“Kenapa umi menangis?”

Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu.

“Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan,kan umi?”

Nur Laili angguk.

Pom!

Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili. Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.

“Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid...”

Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..

“Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!”

Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi,tepat menembusi kepala Khali.Khalid rebah di samping uminya.

“Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti...”

Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya.

MeSeJ nAqiBaH bUaTkU dAn TeMaN-tEmAn







----- Forwarded Message ----
From: aifa syireen arifin
To: asrar_wardah10@yahoo.com
Sent: Monday, July 20, 2009 9:00:28 AM
Subject: Fw: sembang maya (SEMA) 1



----- Forwarded Message ----
From: aifa syireen arifin
To: halymatun_nhs@yahoo.com; mimisafuan@yahoo.com; nadhiey_investment@yahoo.com; durian_selsema@yahoo.com; nisa_gurlz90@yahoo.com; aifa
Sent: Monday, July 20, 2009 8:31:11 AM
Subject: sembang maya (SEMA) 1

Salam,
adik2 yang sentiasa dirindui walaupun jarang dicontact.. hehehehe.. apa khabar semua??? sihatkah segala amal ibadat kita??
jom buat checklist bersama2 nak??:

1. solat fardhu cukup ke tak?? alhamdulillah... jika ya, di awal waktu ke tak?? hehehe, jom sama2 week ni kita berusaha sama2 untuk solat di awal waktu nak?? jom kita lumba, sapa bleh dapat full markah isnin depan?? ada berani??? so, masing2 kena keep track la, setiap masa, dia solat on time ke tak, jika tak, nyatakan alasan.. ok tak?? respon2?? nanti respon/reply to all tau..

2. baca AQ tak harini?? berapa helai??? hehehe, kita selalu kata kita menyakini kehebatan AQ yang sesuai sepanjang zaman.. tapi jarang2 kita betul2 meneliti isi kandungannya.. apa yang betul2 best?? hehehe, so akk nak ajak adik2 at least dlm sehari mesti baca paling kurang 10 ayat berserta terjemahan.. boleh tak??? pleaseeeeeeeeeeeee.... kena cari masa walaupun sesibuk mana tau.. sebab amal2 inilah yang bisa membuat jiwa kita tenang??? nak tenang tak???? hehehhe

jom refresh apa yang kami (akk dan kak sakinah) SERE last week... hehehe apa SERE tu?? SEMBANG REALITI.. hehehehe

tentang hakikat bahgia.. kan?? kita da sama2 kata bahwa, manusia boleh menjadi lebih bahgia dengan ISLAM.. hidupku lebih indah bersama Islam kan?? hehe, sebab pe ?sebab memang ISLAM lah agama paling benar???? eh yeke???? cane tau ni??? haaaaaaaaaa.... apa buktinya???? bagaimana nak tau bukti yang agama Islam ni betul???? any idea???

--> lihatlah sekeliling kita... apa yang ada? gunakan hati, akal dan jiwa kita.. melihat betapa cantiknya susunan dunia ini.. ada malam ada siang. ada bunga, ada pokok berbuah.. pasti di sebalik keindahan ni, ada penciptanya .. betul tak?? takkan la semua ni jadi secara tiba2...
dan compare kan dengan AQ.. ada tak kisah tentang perciptaan semua ini??? untuk apa ia dicipta dan ke mana ia akan pergi selepas ni.. dan saat itu kita akan melihat bahawa tiada apa yang bercanggah antara sains dan AQ.. dan kalau kita lihat lagi .. jauhhhhhhhhhhhh da AQ diturunkan, tapi byk kajian2 yang baru ditemui tapi da pun disebut dalam AQ sekian lama...

--> apa lagi??? secara logik nya, mestilah tuhan ada satu je kan?? sebab kalau tuhan ada banyak, tak ke huru hara kehidupan?? dan agama manakah yang membawa kepada kebenaran?? kaji lagi apa yang Allah perintahkan... semuanya tak lain dan tak bukan melainkan untuk kebaikan manusia sendiri.. sebab pe??? sebb Dia Maha Mengetahui tentang apa yang diciptaNYAkan..betul tak? contohnya: perempuan, kan diarah menutup aurat? nape?adakah kerana Islam menyekat kebebasan? tak! sebab Allah tau apa yang bisa mendatangkan keburukan pada hambaNYA.. kalau tak tutup aurat, orang mudah tergoda.. atau maruah nya terjejas kan..

--> dan banyak lagi...

hehehe, oleh itu, bersyukurla kerana kita dilahirkan dalam keluarga Islam.. tapi memang Iman tak dpat diwarisi.. so apa lagi kena buat kan?? kita kenalah membajai iman tu supaya ia tumbuh kukuh, betul tak???? kenapa nak jaga iman?? sebab itu lah yang membawa kepada hakikat bahagia dalam kehidupan...

ok, dalam ni akk ada email matun, mimi, linda, nadh dan nisa je, akk takde email fiqah dan ona. nnti korang tolongla bitau depa ek, kalau ada email bagus gak.. hehehe, boleh masukkan sekali..

akk ada attach satu gambar tentang usrah.. hehehe.. kalau sempat malam ni kita discuss ek?? malam ni ada usrah kan?? haa jangan lupa tau? kita buat di tempat biasa la,

masa: 9.00 mlm,
tempat: surau KPTM

dijangka habes before 10:30 jika semua sampai on time.. hehe, marilah kita sama2 tepati waktu supaya linda boleh pulang awal.. hehehe.. pastu, sesapa yang ada kesulitan untuk dtg, takde transport ke... bitau akk ek, akk boleh ambil.. nadh ke ona ke, dan sesape yg duk luar la.. hehe

sekian sahaja SEMA 1.. inshaAllah bakal bersambung kemudian hari...

salam sayang,

- kak Aifa -