RSS

Saturday, June 27, 2009

SeDiH...mArAh...GeMbiRa...KeCeWa....BoSaN....




Emm..entahlah..hari-hari yang dilalui penuh dugaan ..menguji segalanya...itulah hidup..hidup adalah perjuangan...perjuangan adalah hidup...kecewa???semua orang tentu pernah rasa kecewa..dengan diri mereka???atau orang lain????kecewa dengan sikap orang lain??emm...pastinya ada bermacam bentuk..sebab..dan banyak lagi..tetapi..selalunya manusia salahkan siapa apabila diri mereka dirundung kecewa???yang beriman..redha dan sabar menghadapinya..yang tidak beriman..menyalahkan Tuhan..yang mencipta mereka..yang menghadirkan mereka di dunia ini..entahla...pernahkah kita fikirkan hakikat hidup yang sebenarnya???atau kita ini hanya berkhayal semata-mata??tidak berpijak di bumi nyata???




sedih???em..banyak perkara yang boleh membuat kita bersedih...pernah ke kita bersedih kerana telah melakukan dosa???atau apabila membuat dosa..kita hanya memejam mata..kononnya tiada apa yang berlaku..berpura-pura...sedangkan kita tahu Allah itu maha melihat dan maha mengetahui..kita lebih takut polis,ibu bapa,pengetua,kawan-kawan,keluarga..apabila ingin membuat dosa..tetapi kenapa dalam kita bersembunyi dari mereka tentang pengetahuan kejahatan yang kita lakukan..Allah tetap tahu..kenapa tiada rasa takut???apabila dinasihati..melenting..mulalah sedih..anggap insan lain tidak menyayangi kita..sayangnya kita tidak pula bersedih jika Allah yang tidak sayangkan kita...




marah???`..kita mencaci..menghina insan lain..untuk menghamburkan lahar kemarahan yang bergelodak di hati....sedangkan Allah telahpun berkata...manusia hanya akan marah selama 2 minit..jika lebih 2 minit...maka iblis telahpun mengapi-apikan..menghasut kita...tetapi kita tidak peduli..asalkan kemarahan dapat dilepaskan barulah lega rasa hati..kenapa hilang kemaafan di hati kita????kita berbuat dosa..melanggar printah Allah..Allah tetap mengampunkan kita..kita akui yang kita cintakan Rasul..sayangnya kita tidak mencontohinya...Rasullullah membantu seorang fakir miskin yang buta dengan memberi makan setiap hari..walaupun si fakir itu setiap hari kerjanya akan mengata baginda Rasulullah...sampailah satu saat..baginda wafat..salah seorang sahabat baginda datang dan membawa makanan...lalu diceritakan bahawa insan yang setiap hari memberinya makan telahpun wafat..lalu si fakir bertanya siapakah gerangan manusia yang sangat pemurah itu..Muhammad Rasullullah..lihatlah..nabi yang sememangnya dijanjikan syurga..begitu tinggi nilai luhur dihatinya...kita baru diuji sdikit sudah melatah..apalah sangat ujian yang diberi..berilah kemaafan kerana itulah penawar hati..




bosan???selalu kita membuang masa dan membiarkan masa berlalu begitu saja...sehingga kita berkata bosan kerana tiada kerja..tahukah kita..gerak kerja Islam itu sangat banyak...tidak terhitung..tiada masa dan tiada perkataan bosan yang akan menjelma dalam diri kita..jika dikatakan bosan kerana tiada kerja..sudah habiskah kita menghafal al-quran????sudah penuhkah di dada kita segala ilmu Tuhan???tafsir,hadis,firmanNya,perundangan Islam,dakwah...sudahkah kita lakukan???bosan tidak akan sesekali hadir dalam diari hidup kita andai saja kita tahu apa matlamat hidup ini????sesunnguhnya manusia itu dalam kerugian..masa yang ada tidak dimanfaatkan...bosanlah dengan diri kita kerana masih tidak tahu menghargai waktu yang Tuhan berikan kepada kita..




gembira???ucapkanlah syukur..seringkali manusia lupa kepada Tuhan apabila mendapat,memiliki apa yang diimpikan tercapai..datangnya dari Dia..janganlah kita lupa..akan maha penguasa akan segala sesuatu..gembiralah tika dirimu berjaya menunaikan solat,berpuasa,menghafal al-quran..bukannya bergembira ketika berada di pub,disko..soleh/ah ke kita ini??mendabik dada kepada dunia..akulah yang terbaik..terkaya..segala jenis ter..tetapi..adakah kita yang akan jadi yang terbaik di padang mahsyar kelak??adakah timbangan amalan kita yang akan jadi yang terbaik??ataupun timbangan dosa kita yang menjadi terberat???






teman-teman..tepuk dada..tanya iman..

Wednesday, June 24, 2009

uSrAh dAn DaKwAh



Usrah & Dakwah
oleh Al-Imam Hassan Al-Banna

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
LANDASAN
الَّذِینَ یُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَیَخْشَوْنَهُ وَلَا یَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ وَآَفَى بِاللَّهِ حَسِيبًا
(39)
“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya (Allah) dan takut hanya kepadanya tidak kepada lainnya, cukuplah Allah sebagai Pengira segala Amal dan makhluknya.”
( Al-Ahzab:39)
قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَى وَفُرَادَى ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا مَا بِصَاحِبِكُم مِّن
( جِنَّةٍ إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِیرٌ لَّكُم بَيْنَ یَدَيْ عَذَابٍ شَدِیدٍ ( 46
Katakanlah !
Hanya sebuah wasiatku kepadamu, yalah, kamu akan menghadap kepada Allah berdua-dua dan sendiri sendiri. Kemudian renungkanlah dalam-dalam. Tidak ada sifat gila pada sahabat kamu itu (Muhammad). ía hanyalah seorang pembawa peringatan buat kamu dihadapan adzab yang pedih. Katakanlah!
( قُلْ مَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ فَهُوَ لَكُمْ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ وَهُوَ عَلَى آُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ( 47
Upah yang kuharapkan dari kamu adalah buat kamu. Balasan jasa buatku terserah kepada Allah, kerana ia menyaksikan segala sesuatu. Katakanlah!
( قُلْ إِنَّ رَبِّي یَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَّامُ الْغُيُوبِ ( 48
Sesungguhnya Tuhanku yang Maha mengetahui perkara ghaib mewahyukan kebenaran kepadaku. Katakanlah!
( قُلْ جَاء الْحَقُّ وَمَا یُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا یُعِيدُ ( 49
Telah datang kebenaran, dan kebathilan tidak bisa memulai sesuatu buat mengalahkan kebenaran dan tidak bisa mengembalikannya. Katakanlah!
( قُلْ إِن ضَلَلْتُ فَإِنَّمَا أَضِلُّ عَلَى نَفْسِي وَإِنِ اهْتَدَیْتُ فَبِمَا یُوحِي إِلَيَّ رَبِّي إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِیبٌ ( 50
Jika aku sesat, maka kesesatan itu buat diriku sendiri, dan jika aku terpimpin, maka itulah wahyu dan Tuhanku, sesungguhnya Ia Maha Mendengar, yang dekat.
( Saba’: 46-50 )


ENAM PEGANGAN


1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.


2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.


3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan.


4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.


5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.


6. Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan Cita dan Agama.
Inilah perutusanku kepada saudara-saudara para Mujahidin didalam “Ikhwan Muslimin” yang
beriman kepada kemuliaan Dakwah mereka, beriman kepada kesucian Fikrah (Falsafah Hidup) mereka, dan sungguh sungguh berazam hendak sehidup dan semati dengan Dakwah serta Fikrah mereka: kepada hanyasaudara saudara tertentu inilah sahajalah saya mengemukakan kata-kata yang rengkas ini iaitu kata-kata yang herupa arahan-arahan (directives) yang mesti ditunaikan bukan mata pelajaran yang dihafadz dibibir mulut. Oleh itu marilah segera kearah “bekerja” wahai saudara saudara Saduqun, dan segala amalan kamu itu akan dibuktikan oleh Allah, RasulNya, dan oleh orang-orang Mukminin, dan kamu sekalian akan dikembalikan kelak kepada Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi dan yang nyata lalu diterangkannya kepada kamu apa-apa yang telah kamu “Kerjakan”. Sebenarnya: “ini ialah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutnya dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan yang lain kelak dikelincungkannya kamu dan jalan Allah; itulah amanat yang diwasiatkan nya kepada kamu mudah-mudahan kamu terpelihara.”


Adapun selain dan para “Mujahidin” tadi, maka untuk mereka sudah pun ada berbagai-bagai
pelajaran, ceramah, kitab, rencana tulisan, tanda lambang, Jabatan, dan masing-masing dengan
kesanggupannya, maka berlumba-lumbalah ke arah kebajikan sedang Allah menjanjikan kebaikan kepada setiap pihak.


DARIHAL “USRAH” Hassan al-Banna


1. Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan untuk penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” Dengan terbentuknya apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah contoh-contoh pujaan yang tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada mereka, bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di antara sesama mereka sendiri; iaitu dengan jalan membawa contoh-contoh pujaan dan persaudaraan itu dan peringkat bualan dan pandangan teori kepada peningkat perbuatan dan amalan. Oleh itu, saudara sendiri juga hendaklah turut memandang berat serta bersedia untuk menjadi batu-bata yang sihat lagi berguna kepada
bangunan keluarga bentukan yang mulia ini; iaitu “Usrah Islamiah” atau “Keluarga Islam”.

2. Rukun ikatan “Usrah” ini tiga perkara yang mana hendaklah saudara memelihara serta
mengambil berat untuk bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan “usrah” tersebut tidaklah

Tuesday, June 23, 2009

LeLaKi iDaMaNkU....??


Lelaki idamanku seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.


Lelaki idamanku adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.


Lelaki idamanku adalah lelaki yang menghormati ibunya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia bahagianya adalah rumah tangga sementara menuju akhirat.


Lelaki idamanku sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan Al-quran dan mencontohi sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya daripada berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.


Lelaki idamanku tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya tahajjud dengan ke khusyukkan,
Menghidupkan malam tika insan lain dibuai mimpi,
Rukuk dan sujudnya kepada Pencipta tanda kesyukuran,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.


Lelaki idamanku sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.


Lelaki idamanku adalah lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dan dia ingin membawaku bersamanya,
Dialah lelaki idamanku........





Monday, June 22, 2009

Mentari Hidup

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Mentari Hidup
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Menanti Di Barzakh

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Lafaz Yang Tersimpan

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Lafaz Yang Tersimpan
Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Kudamba RedhaMu

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Kudamba RedhaMu
Album : Alternatif Hiburan Bermotivasi
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Rap:
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan

a WhOLe DiFfErEnt RaLLy



A Whole Different Rally


Rebecca Ilham*

editor : kasihsayang

(copy from iluvislam)


It was a counter-protest, really. The pro-Israel rally was on the steps of the State Capitol, so we gathered across Lincoln Street and held our pro-Palestine signs up, chanting. Some of the chants were now at the back of my head, and together with the lady that I have befriended at the Golden mosque (she's a Caucasian American Muslim), we started up some really good chants, such as: "Free, free Palestine!" "From the river to the sea, Palestine will be free" "Gaza Gaza don't you cry, Palestine will never die" "Stop the murder, Stop the hate, Israel's a terrorist state" "Down with the Occupation" "1, 2, 3, 4 Occupation No More, 5, 6, 7, 8 Israel's a terrorist state"
I was also near a group of teenagers, so we started the hip hop version of "Free Free Palestine" chant that we picked up on Friday night. It was a HUGE hit. During this time, when the pro-Palestine protesters were calling out for a permanent end to the genocide, mass murder and bombings of schools and households in Palestine, the pro-Israel side was blaring up some music and started dancing. The lady next to me could not contain her anger and yelled out: "Stop dancing and start addressing the issue!" But the music only got louder, especially when we started chanting "Stop celebrating the death of civilians!" When it was a serious matter for us, looked like it was a picnic for them. A spokesperson from the Colorado-Palestine Coalition (I just saw him on Channel 9) said that they were drumming on some war drum. Is that a message of peace? Earlier during the protest, when a guy from the pro-Palestinian side crossed over and I don't know, trying to reason with some of the people from the other side, he was lynched. So who started the violence? The cops were more involved in this rally than the other ones I've been to of course. There was also more media coverage, but the marshals warned us against talking to some TV station which apparently has been twisting the information around. Gosh, talk about ignorance! The signs from the other side that really ticked me off read "Israel has rights for self-defense" and "Gaza is just another front on the war against terror." What rights, I really want to ask, when Israel does not have the rights to exist in the first place? I can go deep into the principle of jus sanguinis, the principle on which Israel is built on, so ask me if you're interested. But if you do not want to be political, just consider the humanity aspect. That is all I ask for, that is all the Palestinians ask for. And it doesn't have to be about religion either because no people with good conscience would accept the crimes that has been going on in Gaza for 60 (almost 61) years now. At 3 p.m, about an hour and a half into the rally, the call for prayer was heard. We responded to the summon and another congregational prayer in front of the Capitol was performed. There were no words to describe my feeling. To pray together, shoulder to shoulder with strangers who are bonded to me because of our identical faith in God and His messenger and messages was very profound. But what made me teary-eyed the most was the fact that we are united in this issue and we are not afraid to make ourselves heard. Thanks for reading.
We will not go down(a song for gaza)* Rebecca Ilham is a columnist of iluvislam.com. She is currently studying at Colorado School of Mines, USA and actively writing for Grup Karyawan Luar Negara(GKLN).

Permata Yang Dicar

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Epilog Silam

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Epilog Silam
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com


Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Sunday, June 21, 2009

hiDuP uNtUk MaTi AtAu MaTi unTUk hiDup???


kematian adalah kenyataan yang perit dan menakutkan yang mesti dihadapi oleh setiap yang hidup. tiada manusia mempunyai kuasa untuk mengelakkannya, juga tiada siapa disekeliling si mati yang mampu menghalang kematiannya.kematian adalah sesuatu yang berlaku setiap saat dan ia adalah hakikat yang dihadapi oleh semua yang muda juga yang tua,yang kaya juga yang miskin,yang kuat juga yang lemah. semuanya sama sahaja kerana tiada siapa yang ada perancangan,mahupun kemampuan untuk melarikan diri darinya,juga tiada pertolongan. tiada cara untuk menghalangnya,tiada cara untuk melewatkannya.

firman Allah s.w.t.:
"katakanlah sesungguhnya yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (ALLAH),yanh mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
[surah al-jumu'ah 62:8]

"kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau mati apakah mereka akan kekal? tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."
[surah al-anbiyaa' 21:34-35]

sesungguhnya itulah kematian, yang menyebabkan ketakutan pada jiwa, yang menutup segala peluang beramal dan,,,,apa yang datang sesudahnya lebih-lebih lagi menakutkan. kerana adakah mana-mana tempat yang boleh seseorang melarikan dirinya untuk menyelamatkan diri dari seksa kubur? apakah nanti jawapan kita apabila kita disoal di dalam kubur? sesungguhnya, tidak ada seorang pun dari kita tahu dimanakah tempat kembali kita yang abadi. adakah syurga yang luasnya seperti langit dan bumi atau adakah neraka yang bahan apinya dari manusia dan batu-batu? "Ibraaheem ibn Adham (meninggal dunia 160 H), rahimahullah berkata,apabila beliau disoal tentang ayat yang makhumnya," dan Tuhanmu berfirman,berdoalah kepadaKU nescaya akanku perkenankan bagimu".
[surah ghaafir 40:60]

kata mereka: kami berdoa pada Allah, tetapi ia tidak mengabuli doa kami. maka beliau menjawab: "kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menuruti perintahNYA. kamu membaca al-quran,tetapi kamu tidak bertindak selaras dengannya. kamu kenal syaitan, tetapi kamu berterusan bersetuju dengannya. kamu mengakui mencintai Rasullullah SAW, tetapi kamu tinggalkan sunnah baginda SAW. kamu mengaku mencintai syurga, tetapi kamu tidak berusaha mendapatkannya. kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu tidak berhenti membuat dosa. kamu berkata, sesungguhnya mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya. kamu sibukkan dirimu dengan kesalahn orang lain,tetapi kamu tidak melihat kesalahanmu. kamu makna dari rezeki yang Allah kurniakan, tetapi kamu tidak bersyukur padaNYA. kamu mengebumikan orang-orang yang mati, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadaNYA."

maka inilah, wahai pembaca yang dihormati,
kenyatan yang mesti benar-benar kita tanamkan di dalam hati-hati kita, kenyataan bahawa hidup di dunia ini adalah sementara dan mempunyai pengakhiran yang telah ditetapkan dan pengakhiran ini pasti akan tiba...
orang-orang yang benar akan mati dan orang-orang yang zalim akan mati para mujahid akan mati dan mereka yang duduk-duduk di rumah akan mati meraka yang menyibukkan diri mereka dengan aqidah yang benar akan mati dan mereka yang melayan orang seperti hamba mereka akan mati dia yang berani menolak kezaliman akan mati si pengecut yang cintakan kehidupan noda didunia ini akan mati orang-orang dengan matlamat besar dan cita-cita mulia akan mati dan si hina yang hidup untuk nikmat murahan akan mati,"tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati."[al-imraan 3:185]

oleh itu ingatlah sentiasa saat-saat kematian dan saat berpindahnya kita ke kehidupan selepas ini dan dosa-dosa yang telah kita lakukan dan amalan-amalan kita yang sedikit. ingatlah akan kebaikan yang akan kita benar-benar mahukan, akan ketika itu ke masa ini dan kerjakanlah semuanya hari ini dan ingatlah segala yang akan kita harap telah kita tinggalkan pada ketika itu dan tinggalkanlah sekarang juga.