Saturday, November 17, 2012
Mengubati Hati Yang Luka...
Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada
ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau
suasana.
Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka.
Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara
yang sering dikongsia oleh pakar.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan.
Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat
kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul
tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang
mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan
anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi
lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada
perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan
dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang
sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal
emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap
syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat
dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang
memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap
syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga
rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam
sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan
emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif
yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih
dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu
ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda
satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu
menarik ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar
menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang
lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang
lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh
ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa
layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih
dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita
fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada
anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang
buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang
tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan
sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa
lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain,
mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan
berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan
keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan
harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
Posted by ummul mujahidah_90 at 10:13 PM 0 comments
Sunday, November 11, 2012
Cerita saya dan sahabat
sahabat...
tidak semua dapat jadi sahabat kita
kerana tidak semua yang sudi dengan ikhlas memberi bahunya untuk kita menangis
tidak semua juga mampu faham akan diri kita
tidak semua yang ikhlas dengan kelemahan-kelemahan kita
hanya mereka insan terpilih yang sudi menjadi sahabat...
sahabat...
ketika kita marah-marah..jatuh sakit..
hanya mereka yang cuba menyelami apa yang kita rasa sebelum menghakiminya..
itulah istimewanya sahabat..
tidak mudak berkecil hati kerana sangka baik adalah perisai mereka...
sahabat fillah..
dia yang setia bersama..
setia mendengar rintihan hati..
tidak pernah jemu bertapak di hati..
sahabat sayang..
walau jauh doa setia mengiringi..
ingatan tulus penuh kerinduan setia meniti..
kerana baginya walau jauh persahabatan itu masih segar dan akan tetap terus segar..
sahabat tercinta..
ada atau tidak mereka di dunia..ingatan buat mereka setia di hati..
memori bersama mereka tidak mungkin dapat dilupakan..
ceria, senyuman, tangisan, amarah mereka..
itu semua kenangan yang bakal menjadi ubat kerinduan..
sahabat ku...
kita saling melengkapi..
apa jua kelemahan mu aku terima..
kelemahan aku pun kamu terima
moga kita sama-sama memperbaiki diri agar dapat menjadi penghuni firdausi..
aku tetap aku yang dulu..
pusi ini dititip khas buat mereka yang sering bersama ku..
tanpa kalian, tidak akan tercipta memori indah itu..
ANA UHIBBUKUMULLAH...
ada atau tidak mereka di dunia..ingatan buat mereka setia di hati..
memori bersama mereka tidak mungkin dapat dilupakan..
ceria, senyuman, tangisan, amarah mereka..
itu semua kenangan yang bakal menjadi ubat kerinduan..
sahabat ku...
kita saling melengkapi..
apa jua kelemahan mu aku terima..
kelemahan aku pun kamu terima
moga kita sama-sama memperbaiki diri agar dapat menjadi penghuni firdausi..
aku tetap aku yang dulu..
pusi ini dititip khas buat mereka yang sering bersama ku..
tanpa kalian, tidak akan tercipta memori indah itu..
ANA UHIBBUKUMULLAH...
Posted by ummul mujahidah_90 at 4:17 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)