RSS

Sunday, June 21, 2009

hiDuP uNtUk MaTi AtAu MaTi unTUk hiDup???


kematian adalah kenyataan yang perit dan menakutkan yang mesti dihadapi oleh setiap yang hidup. tiada manusia mempunyai kuasa untuk mengelakkannya, juga tiada siapa disekeliling si mati yang mampu menghalang kematiannya.kematian adalah sesuatu yang berlaku setiap saat dan ia adalah hakikat yang dihadapi oleh semua yang muda juga yang tua,yang kaya juga yang miskin,yang kuat juga yang lemah. semuanya sama sahaja kerana tiada siapa yang ada perancangan,mahupun kemampuan untuk melarikan diri darinya,juga tiada pertolongan. tiada cara untuk menghalangnya,tiada cara untuk melewatkannya.

firman Allah s.w.t.:
"katakanlah sesungguhnya yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (ALLAH),yanh mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
[surah al-jumu'ah 62:8]

"kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau mati apakah mereka akan kekal? tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."
[surah al-anbiyaa' 21:34-35]

sesungguhnya itulah kematian, yang menyebabkan ketakutan pada jiwa, yang menutup segala peluang beramal dan,,,,apa yang datang sesudahnya lebih-lebih lagi menakutkan. kerana adakah mana-mana tempat yang boleh seseorang melarikan dirinya untuk menyelamatkan diri dari seksa kubur? apakah nanti jawapan kita apabila kita disoal di dalam kubur? sesungguhnya, tidak ada seorang pun dari kita tahu dimanakah tempat kembali kita yang abadi. adakah syurga yang luasnya seperti langit dan bumi atau adakah neraka yang bahan apinya dari manusia dan batu-batu? "Ibraaheem ibn Adham (meninggal dunia 160 H), rahimahullah berkata,apabila beliau disoal tentang ayat yang makhumnya," dan Tuhanmu berfirman,berdoalah kepadaKU nescaya akanku perkenankan bagimu".
[surah ghaafir 40:60]

kata mereka: kami berdoa pada Allah, tetapi ia tidak mengabuli doa kami. maka beliau menjawab: "kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menuruti perintahNYA. kamu membaca al-quran,tetapi kamu tidak bertindak selaras dengannya. kamu kenal syaitan, tetapi kamu berterusan bersetuju dengannya. kamu mengakui mencintai Rasullullah SAW, tetapi kamu tinggalkan sunnah baginda SAW. kamu mengaku mencintai syurga, tetapi kamu tidak berusaha mendapatkannya. kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu tidak berhenti membuat dosa. kamu berkata, sesungguhnya mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya. kamu sibukkan dirimu dengan kesalahn orang lain,tetapi kamu tidak melihat kesalahanmu. kamu makna dari rezeki yang Allah kurniakan, tetapi kamu tidak bersyukur padaNYA. kamu mengebumikan orang-orang yang mati, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadaNYA."

maka inilah, wahai pembaca yang dihormati,
kenyatan yang mesti benar-benar kita tanamkan di dalam hati-hati kita, kenyataan bahawa hidup di dunia ini adalah sementara dan mempunyai pengakhiran yang telah ditetapkan dan pengakhiran ini pasti akan tiba...
orang-orang yang benar akan mati dan orang-orang yang zalim akan mati para mujahid akan mati dan mereka yang duduk-duduk di rumah akan mati meraka yang menyibukkan diri mereka dengan aqidah yang benar akan mati dan mereka yang melayan orang seperti hamba mereka akan mati dia yang berani menolak kezaliman akan mati si pengecut yang cintakan kehidupan noda didunia ini akan mati orang-orang dengan matlamat besar dan cita-cita mulia akan mati dan si hina yang hidup untuk nikmat murahan akan mati,"tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati."[al-imraan 3:185]

oleh itu ingatlah sentiasa saat-saat kematian dan saat berpindahnya kita ke kehidupan selepas ini dan dosa-dosa yang telah kita lakukan dan amalan-amalan kita yang sedikit. ingatlah akan kebaikan yang akan kita benar-benar mahukan, akan ketika itu ke masa ini dan kerjakanlah semuanya hari ini dan ingatlah segala yang akan kita harap telah kita tinggalkan pada ketika itu dan tinggalkanlah sekarang juga.

0 comments: