Tuesday, June 23, 2009
LeLaKi iDaMaNkU....??
Lelaki idamanku seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Lelaki idamanku adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Lelaki idamanku adalah lelaki yang menghormati ibunya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia bahagianya adalah rumah tangga sementara menuju akhirat.
Lelaki idamanku sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan Al-quran dan mencontohi sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya daripada berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Lelaki idamanku tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya tahajjud dengan ke khusyukkan,
Menghidupkan malam tika insan lain dibuai mimpi,
Rukuk dan sujudnya kepada Pencipta tanda kesyukuran,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.
Lelaki idamanku sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Lelaki idamanku adalah lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dan dia ingin membawaku bersamanya,
Dialah lelaki idamanku........
Posted by ummul mujahidah_90 at 9:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
ku harap doaku dimakbulkan Tuhan..teman-teman..doakan ku semoga ku mendapat lelaki idaman yang diimpikan..aminn..
Post a Comment