RSS

Wednesday, April 10, 2013

Naskah Cinta-bukan milik saya lagi

Saya pernah terbaca, "jika belum tiba masanya, usah diserahkan hati kerana persoalan hati ini merupakan isu yang besar..", dan kata-kata ini menusuk ke hati saya. Ketika usia mencecah 23 tahun, keluarga sibuk bertanya soal pasangan. Dalam isu ini, selalunya wanita dipersalahkan dengan dilabel terlalu memilih. Salahkah saya memilih pasangan yang saya impikan mampu membawa saya ke syurga? Adakah salah wanita juga apabila ikatan janji sudah termeterai, pihak lelaki memutusnya kerana "isu hati" beralih arah?

Saya ada kenalan yang usianya menginjak 30 tahun dan sekarang fokus dalam pengajian Masternya. Bukan dia tidak pernah bertunang, tetapi akhirnya ikatan itu putus di saat-saat akhir dan kini, dia dilabel sebagai "anak dara tua". Sudahlah majlis perkahwinan dibatalkaan pada saat-saat akhir, dalam dia muhasabah dan mujahadah bersabar, difitnah sedemikian rupa. Allah jadikan hati wanita ini cukup halus dan lembut. Sikapnya yang penyayang, sabar dan prihatin mampu menggoncang dunia. Bukanlah saya ingin membela dan menyalahkan lelaki atas "ketidaksetiaan" mereka walhal belum diijabkabulkan, namun harus diingat wanita mampu menggoncang dunia..

Saya juga sedang bermujahadah, menahan perasaan. Ustaz pesan, jika suka atau minat pada seseorang, diamkan sahaja...dua tahun lebih dan istikharah saya membuat perasaan ini semakin kuat. Bila rindu, saya titipkan al-fatihah..bila teringat, istighfar jadi penawar tetapi...setelah sekian lama akhirnya Allah menampakkan keputusan istikharah saya. SAYA BUKAN TULANG RUSUK KIRI SAYA. Tergiang di telinga, keluarga ada mengatakan," akak nak macam mana?semua orang tolak??", tetapi masa itu saya yakin dengan apa yang saya rasa. Saya usaha untuk memadam perasaan yang hadir itu, tetapi tidak berdaya..

Buat Bakal Suami saya...
Walau dimana awak berada,
Maafkan saya kerana hati ini tersuka dan tersayang insan lain,
Perasaan ini hadir dengan sendrinya,
Bukankah perasaan itu fitrah?
Ia hadir begitu sahaja,
Semakin banyak saya istikharah, semakin kuat apa yang saya rasa..
tetapi,

Cinat saya tetap milik Allah...dan buat awak yang sah untuk saya..

maafkan saya...

~Kadang-kadang AllAH temukan kita dengan orang yang salah agar kita dapat belajar sesuatu daripadanya..itu tanda kasih Dia untuk kita. Kita milik Dia dan pastinya Dia akan beri apa yang terbaik untuk kita..moga Allah pandu hatiku..~

2 comments:

Egg Head said...

Jodoh nie macam maut kan...just wait n see....

ummul mujahidah_90 said...

jodoh itu misteri