RSS

Monday, July 30, 2012

usrah dulu usrah sekarang

  Buat adik-adik usrah....
 
Usrah dalam bahasa arab ialah keluarga.Dari segi istilah usrah bermaksud kumpulan individu muslim (afradul muslimin) yang beriman dengan Allah SWT berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam. Sejarah usrah bermula apabila pnganut Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita ketika zaman nabi Muhammad saw dahulu lagi. Ketika ini rumah Arqam bin Abi Al-Arqam telah dipilih untuk mengadakan usrah dan semenjak itu jumlah orang yang memeluk Islam kian bertambah. Jadi, Kenapa sekarang ini kita memerlukan usrah? Adakah untuk saja-saja? 
 
" ana ada kerjalah akak, ana ada group discussion akak, ana nak jumpa kawan, ana nak keluar, ana penat, ana ada hal yang tak setel lagi..."
 
tetapi setelah disiasat.....
 
"ana malaslah nak pergi usrah lagi.."
 
kenapa?
 
"sebab usrah SEKARANG dah tak macam usrah DULU..."
 
ini mungkin keluhan -keluhan yang sering didengar bagi mereka yang berada di dalam dakwah dan tarbiyah (D&T) tetapi perit lagi jiwa yang mendengar, atau lebih jelas terasa mati separuh nyawa ini.
 
"bestlah akak usrah tadi..lain kali saya nak datang lagi, banyak ilmu yang saya dapat..terima kasih akak kerana tarik saya dan kenalkan dengan usrah..."
 
Terasa tenang dan bahagia naqibah yang mendengarnya tetapi ujian Allah itu datang dengan pelbagai cara.
 
hal ini terjadi bagi mereka yang baru hendak mula kenal dakwah dan tarbiyah, masih dalam sesi taaruf dengan program-program daurah, mabit, qiyam dan segala-galanya tetapi jiwa masih rasa kosong walau keseronokkan berprogram itu ada. Namun begitu, ada sebahagiannya menyatakan pendapat mudah seperti membuat eksperimen sahaja.
 
"alah, kejap je rasa seronok tu, nanti lama-lama dorang bosanlah, rasa tak best, dah tak de hard-hard feeling lagi..benda baru biasalah.."
 
Mungkin tidak semua yang bertanggapan begini. Merasa usrah, benda yang kita anggap penting dalam tarbiyah tetapi tidak mampu membasahkan jiwa-jiwa kita yang semakin penat dan lelah selepas bermujahadah. 
Zaman dulu-dulu, pergi usrah mesti seronok. Antara benda yang paling kita nantikan naqibah baru nak mula baca ayat Al-Quran, Air mata kita dah melimpah-limpah. saat itu benar-benar terasa tarbiyah. sekarang ni, tak tahulah nak kata apa!!! jangan kata sebaris bahkan satu surah al-quran pun mungkin belum mampu gerakkan jiwa kita yang sangat-sangat gersang ni....

Akhirnya terjadilah kes salah menyalah, banding -membandingkan hatta rungutan yang mungkin wujud dan berlegar-legar di dalam hati dan fikiran atau mungkin ada yang lebih berani berterus terang.
 
 
“Saya rasa saya dah tak rasa apa-apa dengan usrah ni sebab naqibah saya yang sekarang tak macam naqibah saya yang dulu. Pengisian yang dia bawa langsung tak menarik minat saya,”

“Ahli usrah saya tak best. Saya je yang kelihatan terhegeh-hegeh nak bagi usrah tu hidup tapi diorang macam nak tak nak je,”

“Naqibah saya yang dulu single, so dia ada banyak masa nak update dengan kami. Yang sekarang ni dah kahwin, anak dah lima. Mana ada masa byk dengan kami. Usrah pun sekejap sebab anak-anak kecil ramai kat rumah”
 
" saya rasa bosan sangat dengan usrah yang baru ni, naqibah baru ni xbest macam naqibah lama saya.."
 
Okay, dah habis lepaskan semua yang dah terpendam di hati?

Jadi sekarang, mari kita koreksi diri kita.

Selama ni kita datang usrah adakah kerana mahukan pengisian supaya dapat tingkatkan diri kita menjadi mutarabbi yang hebat ataupun kita benar-benar mendambakan redha Allah dalam setiap amal perbuatan kita?

Huhu~ nak dua-dua tak boleh ke?

Mungkin nampak sama statement di atas tapi perasan tak, kalau kita rasa diri kita akan meningkat jika jumpa akhawat, dengar kata-kata mereka, baca ayat Al-quran padahal semua itu adalah salah satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kita dengan Allah dan bukanlah bererti jumpa akhawat, confirm hati tenang.Hubungan kita dengan Allah, itulah utamanya. 

Jadi, kalau sekarang Tanya pada diri sendiri apakah sebab utama kekuatan untuk terus bergerak? , pasti ada yang akan menjawab

“sebab adanya kekuatan dari akhawat” sehingga terlupa menyebut perkara yang paling utama

‘Allahlah sebab utama saya masih berada di sini pada hari ini.’ Yang lain bukan tidak penting, penting juga tapi ia adalah wasilah dan asbab yang digerakkan oleh Allah.

Jika kita ada merasakan usrah semakin menjauh dalam diri kita, bersabarlah dahulu. Jangan cepat melatah bila terasa tiada apa-apa yang berlaku dalam jiwa kita tatkala Al-Quran sudah dibaca,pengisian sudah didengari, akhwat pun dah jumpa.

Iman yang kita harapkan hadir dalam diri kita bukan sekadar seperti bayi kecil yang menanti disuap oleh ibunya. Kalau kita memang jenis tunggu naqibah kita berucap supaya ada rasa basah sikit dekat hati, maka memang kitalah orang yang paling tidak layak merungut sana-sani bila usrah yang dihadiri itu kurang berkesan pada diri.

Iman harus diusahakan. Jagalah hubungan dengan Allah, maka dengan itu Allah akan menjaga kita. Bukan sekadar jasad malah juga ruh. Sebab kadang-kadang ada sahaja orang yang tidak pandai bercakap tapi entah kenapa bicara dia mudah mengesani hati-hati manusia. Saya kira, mungkin kita sendiri dapat menjangkakan jawapannya bukan?

Binalah dahulu rasa cinta. Pada Allah dan kerana Allah. Jika kita mampu menerima keluarga kita kerana cinta biarpun kadang kala ada kelemahan-kelemahan yang wujud, maka usrah juga mampu mencapai tahap itu. Kerana biarpun tanpa ikatan kekeluargaan, tapi ikatan kita yang terbina atas dasar aqidah pastinya mampu membuat hati kita lebih berlapang dada dengan kelemahan-kelemahan yang mungkin wujud di dalam ahli usrah kita, atau mungkin pada diri kita sendiri.

Usrah terbina dengan adanya manusia di dalam bulatan tersebut. Jika kita ikhlas dalam membina sebuah halaqah, maka usrah tersebut akan memberi impak yang besar dengan sendirinya. Jika kita mahu demand yang tinggi-tinggi dalam usrah, jangan terkejut bahawa usrah tersebut juga demand yang tinggi-tinggi juga dalam diri kita. Usrah pun ada ruhnya, bukan sekadar jasad yang dihadirkan.

kakak naqibah baru atau lama, dua-dua adalah manusia. Mereka tidak meminta perhatian apatah lagi wang ringgit bahkan pujian atau sanjungan, Harapan mereka ingin mengubah adik-adik menjadi baik. Adik-adik tersilap kata, mungkiri janji, menjauh dari dia, menghakimi dia atas sesuatu perkara ...dia tetap tersenyum dan setia memahat doa buat adik-adik yang sudah dia letakkan di hati, berkorban  masa, wang, tenaga, dan menahan hati demi kebaikkan adik-adik. Susah bagi kita menerima kelemahan orang lain, tetapi kita selalu terlupa insan lain sering bersabar dan menerima dengan terbuka segala kelemahan dan kekasaran yang kita lakukan. Dalam diam, dia menangis ketika sujudnya di sepertiga malam, menangis bukan kerana dirinya, menangis kepadaNYA, merayu kepadaNYA, supaya adik-adiknya tetap teguh dalam tarbiyah, menjadi muslim yang hebat..

adik, akak tak minta apa-apa dari kalian...akak sayang kalian kerana Allah...akak pernah berada di tempat kalian, akak akan sentiasa menyokong kalian, jadi, tolonglah bersama-sama akak kita gerakkan dakwah ini kerana akak juga manusia, bukannya malaikat yang serba perfect, manusia yang ada hati...ada harapan yang tersimpan...secebis hati kecil yang sensitif..


khas buat:
solehah
fairuz
aishah
aqilah
rashidah
syarafana
sara
eskay
adawiyah
syazana
adilah
ain farahin
farahin
azra
nazuha
nurul ain
zahirah

terima kasih kerana hadir dalam hidup akak.... 
  

 
 

0 comments: