RSS

Monday, January 16, 2012

dakwah dan cinta

Entri kali ini berkisar tentang kisah yang pernah berlaku padaku, saja nak share dengan sahabat-sahabat. 
ZAMAN SEKOLAH

aku bersekolah di sebuah pusat ilmu yang biasa-biasa sahaja, yang pasti bukan aliran agama tetapi engineering yang mana 80% adalah kaum adam.Ketika mula menjejakkan kaki sememangnya terdetik dalam hati, "ya Allah..biar betul nak belajar kat sini. lelaki ramainya...". kegusaran yang timbul ku rahsiakan dari pengetahuan ibu dan ayah. sebagai anak sulung aku kena kuat. ramai tanggungjawab di bawahku, melihat diriku sebagai "role model" oleh adik-adik yang masih baru mengenal warna-warni dunia bukan 1 tanggungjawab yang mudah. pernah ibuku dimasukkan ke wad, selama 2 minggu itu setiap hari pulang dari sekolah sekitar jam 2.30 petang setelah habis kelas aliran arab dan al-quran, rutin harianku adalah "memasak", mengemas , mempersiapkan diri untuk pergi kembali ke sekolah untuk latihan nasyid dan pidato, dengan perut kosong dan berbekalkan 70sen duit sekolah ku setiap hari.


pernah guruku bertanya, "awak tak penatke?", aku hanya tersenyum. ketika itu ada sesuatu Allah telah didikku, soal kekeluargaan, pengorbanan ayah, tanggungjawab sebagai kakak dan anak sulung buat adik-adikku membuatkanku lebih matang berbanding teman sebaya. aku tidak pernah menyesal kerana Allah itu maha adil, maha tahu. pernah ibuku bertanya," akak tak nak pakai tudung labuh ke?macam mak pakai..takkan selamanya nak pakai tudung saiz bidang 50 (yang bagiku agak labuh)?akak semakin besar, dosa akak mak dengan abah yang tanggung.." aku diam.jiwa remaja ku berkecamuk. aku sentiasa memakai baju kurung, tudung 3 segi saiz bidang 50 yang ibuku jahit seperti tudung labuh, tak perlu pakai pin. aku pandang diriku di cermin, tak cukup lagike?ok le ni.aku pakai macam ni pun orang asyik panngil ustazah. kat sekolah, asyik kena hina,"wei ustazah, ni sekolah ******, kalau nak jadi ustazah g masuk sekolah agama..tak sesuai dengan sekolah ni!!!", lalu tudung labuh ku ditarik dengan kasar. aku hanya mampu merenung mereka dan berdiam.

pernah juga kesabaran ku tergugat apabila rakan-rakan lelaki sewenang-wenangnya menghina penampilan ku, iman ku marah. salah kah aku menutup aurat yang mungkin pada mulanya abah dan emak memaksa namun aku semakin faham, ini adalah kerana Allah. fikiran yang dipenuhi emosi dan nafsu bermaharajalela, ku tumbuk meja sehingga tangan ku berdarah lalu ku tatap mereka dengan satu lafaz,"kau diam!!!", lalu aku pergi dari situ. tangan yang berdarah tidak ku sedari. iblis cuba menguasai diri. aku beristighfar berulang kali," Allah, apa dah aku lakukan ini, sirami kesabaran atas api kemarahanku ini," aku sudah tidak mampu menaungi hati ini dengan sabar, setelah hampir setahun aku dihina, dicaci, dipulau hanya kerana pemakaian ku ala-ala ustazah. teringat suatu waktu aku berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam exam, cikgu memuji ku dan meminta rakan-rakan sekelas mencontohiku, dalam diam ku serahkan segala pujian buat Allah yang memberi kurniaannya pada ku tetapi, rakan sekelas ku berkata,"alaa cikgu, dia tu meniru, tengok lah tudung dia, boleh letak macam-macam dalam tu..", aku cuba untuk tenang. guruku pandang, dan berkata,"awak semua ni janganlah cemburu dengan mimi, tak baik fitnah orang. sabar ye mimi..", seulas senyuman ku lemparkan bagi meneutralkan kembali keadaan yang agak tegang.
 
DIPLOMA

Allah telah mentakdirkan ku untuk berada di Bangi. juga bukan sebuah pusat pengajian yang hebat tapi cukuplah bagiku, kerana apa yang Dia rancang merupakan yang terbaik buat diri ini. di sini aku lebih mengenali tarbiyah,usrah,jemaah dakwah dan bermacam lagi. "akak belajar rajin-rajin, jaga nama baik emak, abah yang paling penting jaga nama Islam tu betul-betul.kalau boleh dakwah pada kawan-kawan. jangan terikut dengan kawan-kawan yang sosial. biar akak yang pengaruhi kawan-kawan dengan perkara baik, tetapi jangan akak pula yang terikut, ingat pesan abah ni..",bagiku terlalu sukar permintaan abah. fuuh!!!alahai, sosialnya. aku jadi takut.TEMPAT APA NI!!!namun di sebalik kaca yang bertimbun ku temui permata yang bersembunyi. hidayah fikrah itu hadir.namun, dalam mengejar kemanisan fikrah itu, banyak dugaan yang harus ku lalui.perit memang perit, namun luka itu tidak menjadi nanah buatku..

kisah diploma ku ini telah diceritakan dalam entri yang lalu (diari tarbiyah). pernah datang seorang junior kepadaku, "kenapa akak pakai tudung labuh??yang pakai tudung biasa ni jahat ke?", dengan senyuman ku balas.."adik, kalau dalam exam adik mesti nak dapat A kan, kalau boleh nak dekan terus. begitu juga akak, Allah wajibkan kita tutup aurat, mesti ada gred yang Allah bagi dalam kita menutup aurat, jadi akak nak dapat A++++  kerana akak yakin tudung akak ni dapat piawaian penuh dari Allah", ketawa adik tersebut."adik pun nak cuba pakai tudung labuh lah, adik tengok akak makin cantik bila pakai gini. mana aci akak sorang dapat A++++ dari Allah," dalam hati moga semangat ini kekal di hati adik.amiin. 
adik-adikku semuanya abah masukkan ke sekolah arab dan tahfiz. hanya aku dari sekolah biasa-biasa. aku pulang ke rumah, 1 perkara tak mampu ku lupakan adikku berkata,"akak, kenapa tak pakai handsock?mana stokin akak?tu kan aurat. akak selalu pesan kat kak cik pakai pakaian tutup aurat. akak pakailah.." tergamam ku mendengar bicaranya.wah, adikku sudah pandai menilai dan memahami lunas-lunas Islam.terima kasih Allah, Engkau hantar adikku untuk ku sedar agar berjaya ake capai gred A++++ dari-MU. adikku tersenyum bangga melihat penampilanku. "kami sayang akak sangat-sangat!!!", syukur, adik-adikku ini membesar mengikut lunas Islam dan muslimah sejati.

 KINI DAN INSYAALLAH SELAMANYA

tahun pertama di segamat sebagai penuntut ijazah banyak mengorbankan masa, tenaga dan duit. fikrah yang ku bawa, ku cuba sandang dengan satu tanggungjawab yang besar. aku pandang alam.indahnya, itulah ciptaan Allah. seorang adik diploma menghampiriku,"akak ni degree kan. saya selalu perhati akak. suka tengok akak. tak tahu kenapa." senyuman ku lemparkan. dalam hati, "ada keinginan, bagus. ada potensi.."kalau dulu dakwah secara berjemaah ku praktiskan, tetapi kini aku nampak tanggungjawab itu lebih kepada fardiyah atau bahasa mudahnya dakwah secara individu.entah apa yang adik-adik ni lihat, namun itu semua kerja Allah. tak punya waktu untuk aku memikirkannya.

dalam kesibukkan, aku cuba cari waktu. paling kurang pun berdakwah di laman sesawang facebook dan rakan sekelas walaupun pernah kena komen, "alaa poyolah kau, bajet bagus", tak mengapa..moga hidayah Allah menyelinap dalam hati semua rakanku.amiin. sesuatu paling ku suka di sini adalah adik-adik yang bergelar daie sangat menjaga pergaulan, pakaian mereka mencerminkan peribadi walaupun aku sering diingatkan "don't judge a book by it's cover.." namun bagiku, cukuplah jika orang melihat mereka sama seperti orang menilai keindahan Islam yang semakin dicemari oleh umat Islam masa kini. terkadang melihat mereka membuatku kembali ingat yang aku tiddak bersendirian, mengenang dosa-dosa yang pernah aku lakukan. malunya ya Allah...

ikhtilat..erm...aku akui, memang sukar untuk dijaga semenjak masuk degree ni. memang salahku sendiri namun keadaan memaksaku.marahku pada diri kerana terlalu lemah.sering imanku memberontak tak suka, nafsu menari kegembiraan. kawan-kawan lelaki suka dekat dan meminta ku ajar itu dan ini, dan juga rasa rindu yang bergelar "tunang" padaku, cukup hebat ditambah lagi ada adik yang muka iras sepertinya. pernah aku ditegur,"akak, jaga ikhtilat. dosa rindu-rindu ni.ingat, akak tak nikah lagi..", terdiam ku..ya Allah, kuatkan aku.kalau dulu aku tak faham kerana aku tak rasa, tetapi kini itulah yang menjadi doaku saban waktu, mohon dikuatkan.

nikah itu mudah sahaja rukunnya, tetapi tanggungjawab yang menanti amat berat.puas  ku tanya pada naqibah dan sahabat-sahabat sefikrah, mereka memberi sokongan yang jitu. barulah ku mengerti, betapa hebatnya kuasa cinta itu. dalam tak bermesej (kecuali hal-hal yang sangat penting berkaitan kerja),cukup menguji kesabaranku. sahabat ku berpesan,"akak faham perasaan mimi. kuatkan hati dik.jangan risau, Allah dah kata, rezeki itu ditangan Dia.akak yakin mimi boleh.perasaan tu Allah yang hadirkan.akak sentiasa doakan untuk mimi. jodoh mimi dah tiba. kami sentiasa doakan mimi..", alhamdulillah.keluarga juga banyak memberi sokongan.

Allah,
dulu puas ku nafi perasaan yang hadir,
namun sudah tersurat di dalam kalam-MU, 
telah Engkau wujudkan kasih sayang di antara kami,
dalam menempuhnya aku sedar ia harus bersyariat,
dalam meniti hari aku pasrah jika rasa yang Kau hadirkan turut menyeksaku,
Engkau hadiahkan maka aku ingin ia berlangsung berlandaskan jalanMU,
mudah orang berkata namun aku yang menanggung dan pastinya Engkau mengetahui,
doaku, moga rasa ini dilalui dengan berlandaskan aturan MU,
semoga dia dan aku terus kuat dalam bermujahadah..

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum. (^^,)

Entry yg sgt bagus & menimbulkan kesedaran buat da'ie2 yg lain. Syabas kerana anda tabah menghadapi ujian yg Allah timpakan.

Namun, ada beberapa kecacatan. Cuba lihat ayat anda yg:

"lebih matang berbanding teman sebaya"

sebenarnya ada unsur "riyak" dan "takkabur" disitu kerana anda meng"gred"kan diri anda lebih baik dari orang lain. Walaupun sedikit. Anda tahu kan? ada dalil daripada Abdullah bin Mas'ud r.a; Nabi SAW pernah bersabda yg bermaksud:

"Tidak masuk ke syurga orang yg terdapat di hatinya walau sebesar zarah perasaan takkabur."

Ingat, org yg matang takkan mengaku dirinya matang. Org yg bodoh pun takkan mengaku dirinya bodoh. Tidak perlu mengklasifikasikan diri sebagai matang/pandai lebih dari org lain kerana itu boleh menimbulkan ego yakni sifat syaitan nauzubillah. Seeloknya kita tawadukk, sentiasa merendah diri kerana Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak pernah menyatakan kejayaan dirinya & kesungguhan dirinya kepada org lain, meskipun telah disanjung tinggi oleh orang ramai. Baginda lebih memilih utk merendah diri. Apatah lagi kita yg bukan maksum ni? Tidak sehebat Rasulullah SAW tapi sudah mengklasifikasikan diri sebagai baik? Jika kita nampak reaksi Rasulullah SAW bagaimana riak wajahnya melihat kita, pasti kita rasa malu terhadap diri sendiri.

Ya, ramai dikalangan murabbiyah/murabbi menganggap dirinya sebagai "lebih matang" dan "lebih baik" disebabkan pengalaman mereka yg banyak. Iaitu pengalaman ditarbiyyah & mentarbiyyah. Saya juga seorang murabbiyah. Perasaan seperti itu (riak, takkabur, ego) pernah melanda diri suatu masa dahulu dan syukur Alhamdulillah Hadis yg saya nyatakan diatas amat memberikan kesan yg dalam walaupun ketika tu saya terbaca hadis tersebut hanya secara kebetulan. Yelah, Allah bila nak kasi kesedaran bila2 masa sahaja. Kalau Dia nak bagi kesedaran tu sekarang, Dia bayar "cash" je.

Apapun, syabas dgn ketabahan anda. Teruskan usaha anda utk berjalan menuju cahaya Ilahi. Komen ini tidak lain tidak bukan hanya utk menyampaikan & menasihati, yg selebihnya terletak pada diri anda sendiri. Saya tidak berhak utk mengubah (^^,)

petikan dalam buku Beduk Diketuk:

"org yg bijaksana lebih terkesan dgn bisikkan berbanding jeritan"

saya cuma tidak mahu murabbiyah seperti saya yg bertungkus lumus menyeru org lain, yg sentiasa melakukan yg terbaik buat adik2 usrah, yg sentiasa berusaha mencari keredhaan Ilahi dihalang dari masuk syurga hanya kerana kecacatan dirinya yg sedikit. Iaitu perasaan ego dan riyak yg hanya sebesar zarah. Saya tidak mahu amalan yg dibuat hanya rugi semata2 disebabkan sifat iblis tu. Sangat sayang jika itu berlaku.

Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbaiki diri. Semoga kejayaan didunia & diakhirat dapat kita kecapi. Wallahu'alam. :)

ummul mujahidah_90 said...

syukran atas peringatan..saya pun tidak sedar..Allah Allah Allah..diri ni banyak dosa..hina..asif..akan diedit..Allah..aku tak de niat pun ya Allah....


kata-kata Dr. Ustaz Tariq Ramadan
"Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi saya melainkan Allah.

Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis di atasnya, tiada siapa yang menyokong saya tetapi Allah. Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah. Kadangkala manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan,

...
Namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan. Dialah Allah, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah."

*hebatnye rahmat Allah...ampunilah hambaMu ini Ya Allah..:( *