Andai diri ini yang kau suka,
Andai diri ini yang kau cinta,
Nyanyikan isi hatimu,
Tujuanmu, hasratmu, impianmu,
Suntinglah daku,
Jadikanku yang halal disisimu,
Agar dirimu jua diriku,
Tidak diulit indah pelukan sang nafsu,
Yang mengasyikan jiwa,
Membutakan mata,
Memekakan telinga,
Menyempitkan minda,
Menuju lembah binasa.
Tidak perlu tunggu-tunggu,
Datang saja ke wali ku,
Hamparkan tujuanmu,
Ahh, nak fikir itulah, inilah..
Ahh, duit belum cukup lagilah..
Ahh, sampai ke sudah tidak nikah!
Bukankah perkahwinan itu salah satu pintu rezeki,
Sunnah Rasulullah yang di rahmati,
Berkah duniawi akhirati,
Pada umat yang mencontohi.
Ku tak perlu intan permata,
Dijadikan mahar dihari bahagia,
Hantaran berbakul-bakul tersedia,
Dengan brand Gucci, Chanel, Dolce & Gabbana,
Bukan itu yang ku mahu!
Seperti Rasulullah bermadah,
Sebaik-baik mahar adalah yang mudah,
Buatku cukuplah begitu,
Keberkatan jua dituju,
Agar bahagia bertaut selalu.
Hanya itu yang ku pinta,
Bercinta biarlah sampai ke syurga,
Dengan diiringi restu ayah bonda,
Hukum syariat biar terjaga,
Biar bahagia sentiasa,
Dengan pernikahan yang mulia,
Kau dan aku dirahmati jua.
0 comments:
Post a Comment