“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya
(Allah) dan takut hanya kepadanya tidak kepada lainnya, cukuplah Allah sebagai
Pengira segala Amal dan makhluknya.”
( Al-Ahzab:39)
Sesungguhnya
Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan
untuk
penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga”
dengan terbentuknya apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan
dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah contoh-contoh pujaan
yang tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada mereka,
bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di
antara sesama mereka sendiri; iaitu dengan jalan membawa contoh-contoh pujaan
dan persaudaraan itu dan peringkat bualan dan pandangan teori kepada peningkat
perbuatan dan amalan. ~ As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dalam kitabnya Usrah dan
Dakwah~
Peperiksaan SPM yang ku lalui pada
tahun 2007 merupakan antara titik permulaan buatku mengenal dan menjalani hidup
sebagai seorang muslimah dengan lebih teratur setelah ku temui TARBIYAH sewaktu
pengajian diploma ku selama 3 tahun. Ketika awal semester 1 diploma, hati ini
bertekad, ada sesuatu di dalam jiwaku yang belum lagi terisi dan ditemui.
Asalku dari Sekolah Menengah Teknik dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal yang
akhirnya bertukar ke Diploma Pengajian Perniagaan merupakan satu penghijrahan
yang besar dari sudut ilmu kifayah yang ku pelajari selama ini. Kolej Poly-Tech
MARA Bangi merupakan tempat bersejarah.
Detik-detik awal berada di KPTM Bangi
Hati ini rasa resah, malas dan kecewa.
Semuanya bercampur aduk. Kawan-kawan ramai dapat masuk U tapi aku, KPTM. Jauh
di sudut hati, rasa takut dan risau apabila memikirkan gejala sosial yang
sering aku dengar terhadap penuntut-penuntut IPTS. Ya Allah, jauhkanlah hamba
ini dari hidup yang sia-sia dan temukan aku dengan teman-teman yang mencari
redha MU semata-mata. Amiin.. inilah detik pertamaku, perasaan teruja semuanya
bercampur aduk. Pakaian versi muslimah yang ku bawa mengundang pandangan pelik
dari kebanyakkan pelajar di sana. Aku masih tidak kuat, siang malam aku berdoa
semoga Allah berikan aku kekuatan dan keteguhan iman. Tergiang-giang di ingatan ku akan firmanNYA
buat hamba yang diuji:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Ya!!! Aku harus kuat. Aku harus yakin
kerana aku pembawa agama. Allah itu maha mengetahui dan pengasih, doa yang ku
titipkan dimakbulkan beberapa hari di waktu minggu induksi pelajar baru. Nawal
Syafiqah, antara teman terawal yang ku kenali. Jiwa dan hatinya inginkan
kebaikan dan sinar cahaya jiwanya menginginkan ke arah tarbiyah seperti yang ku
dambakan. Syukur pada-MU. Setelah Engkau hadiahkan dia, Engkau beri pula
seorang sahabat yang sentiasa menjadi tempat aku bersandar saat keletihan dan
menguatkan diri ku agar terus melangkah di medan perjuangan agama MU ini.
“assalammualaikum, saya nak nombor awak
boleh?” antara bait ucapan sahabatku itu, KHAIRUNNISA’ di awal perkenalan
kami. Tidak pernah aku lupa detik teristimewa hidupku ini, dia hadir dengan
senyum terukir walau jauh di sudut hatiku terasa sedikit lucu kerana lagaknya
seperti ingin mengorat aku. Terima kasih sahabat.
Setelah kami tamat minggu induksi,
seorang kakak fasi, kak Intan mencari-cariku di kolej sambil berkata “adik,
tolong hadirkan diri di surau malam ini ye.. akak harap sangat adik dapat
hadir,” aku berasa pelik. “eh, tapi kenapa ye kak?”.. “adik datang je
ye..surprise..”, sambil tersenyum kak Intan berkata kepadaku dan ku jawab
InsyaAllah kerana sememangnya malam itu aku memang nak ke surau kerana rasa
terlalu tenang dan damai berada di sana. Malam itu terasa debaran ku kerana
kelihatan ramai senior-seniorku hadir. Di hati tertanya-tanya ada program apa
ni? Tidak ku sangka, sahabatku NAWAL SYAFIQAH dan KHAIRUNNISA’ turut dijemput.
Setelah beberapa minit, kami berada di dalam satu bulatan yang mana kedudukan
lelaki dan perempuan cukup jauh. “cukup
terjaga,” desirku di dalam hati.
DILAMAR
AMANAH ALLAH
Rupa-rupanya malam itu merupakan
mesyuarat Kelab Insaniah kolej ku namun, persoalan di hati masih tidak
terlerai, atas dasar apa aku dijemput dan aku sendiri masih tidak faham apakah
fungsi kelab ini di kolej ku. Akhirnya, satu demi satu persoalan di hatiku
pecah..setelah mengetahui kebenaran aku dan teman-temanku dijemput. “ahlan
wa sahlan buat adik-adik semester 1, mungkin adik-adik tertanya kenapa
adik-adik dijemput. Adik-adik telah kami pilih sebulat suara untuk menjadi
perintis kelab Insaniah yang merupakan satu-satunya kelab agama dan dakwah di
kolej kita ini..”, begitulah antara kata-kata Presiden Kelab Insaniah, Akhi
Asri. Tersentak ku mendengarnya. Ya Allah, besarnya ujian-MU ini. Aku masih
lagi merangkak dengan lemah, terlalu banyak ilmu yang tidak ku tahu lagi.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi
segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200
“
Jika bukan kita, siapa lagi. Jika kita asyik berkata TIDAK BOLEH, TIDAK MAMPU,
TIDAK CUKUP ILMU, sampai bilakah lagi
kita akan bergerak menyambung kembali tugas nabi Muhammad saw..” antara pesanan kak Intan yang
merupakan Timbalan Presiden Kelab Insaniah. Aku terkedu. Tuhan, dugaan ini
terlalu kuat. Akhirnya, aku, nawal syafiqah dan khairunnisa’ dijadikan AJK
Kebajikan di bawah kelolaan Akhi Shafiq. Banyak ilmu dan pengalaman yang kami
dapat. Berani antara perkara yang harus ada dalam diri, berani untuk bersemuka
dengan pengarah kolej dan staf-staf pentadbiran. Namun, hati ini masih rasa
kurang. USRAH!!!YA..AKU PERLUKAN USRAH DAN MUROBBIAH YANG MAMPU MEMBIMBINGKU.
Satu hari, satu pesanan ringkas ku terima daripada Khairunnisa’. “assalammualaikum, awak berminat x nak
sertai usrah?”..alhamdulillah…Kau temukan aku dengan seorang sahabat yang
sefikrah. Nawal Syafiqah turut diundang. KAK HASNI, dialah murrobbiah
pertamaku. Mengajarku erti perjuangan, dakwah dan tarbiyah. Semangat mujahidah
segar dalam dirinya. Seorang jurutera di Petronas, graduan Universiti dari
Australia. Aku kagum melihatnya, busana muslimah setia menjadi personalitinya,
bibirnya tidak pernah kering daripada nasihat-nasihat. Aku menjadi semakin kuat
untuk menempuh dugaan-dugaan berat ini.
Tanpa ku duga, Kelab Insaniah juga
punyai usrah mereka tersendiri. Aku yang dahagakan proses tabiyah itu turut
menyertai usrah di bawah kelolaan Kelab Insaniah. KAK AIFA, merupakan
murrobbiah keduaku, merupakan seorang Jurutera di TNB graduan UKM. Busana
muslimah menjadi pilihan di hati. Silibus usrah-usrah ku sama sahaja, yang
membezakan, aku, khairunnisa’ dan nawal syafiqah dua kali belajar, memahami dan
mendengar ilmu yang sama. Semoga dengan ini dapat memantapkan lagi ilmu di dada
kami. Amiin.
1 comments:
jazakillah sahabat... terima ksh sudi menjadi sahabat ketika suka dan duka... menitis air mata ini ketika mengingati detik2 maanis pertemuan kita... uhibukifillah ya sodikoti..
Post a Comment