Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…Tuhan sekelian alam, pemilik segala jasad yang bernafas di atas muka bumi ini, yang telah mencatit segala qada’ dan qadar-Nya..Allah..yang maha esa…cinta hatiku…di jiwaku..hanya cinta Dia yang ku dambakan.
Sudah lama jari-jemariku tidak menulis..menyoret secebis rasa, di blog kesayanganku..alhamdullilah..berjaya sudah ku menghabiskan semester 4 ku..dengan subjek yang agak berat buat ku syukur kepadaMU berjaya juga ku harungi peperiksaan yang berlangsung selama 3 minggu..insyaAllah dengan izinMU sebulan lebih lagi akan ku jejaki semester 5..subhanallah…maha suci Allah …begitu pantas masa berlalu..usia ku kian lama turut bertambah seiring dengan masa yang bergerak pantas…
Semester ini turut menyoret pelbagai peristiwa pahit manis..yang tidak mungkin mampu ku lupakan..apabila terkenang kembali, betapa selama ini begitu banyak perkara baru yang telah ku jalani..hadapi dengan sahabat-sahabat tercinta di sisi..yang setia bersamaku..sentiasa memberi kata-kata semangat yang tidak mampu ku balas jasa mereka…terima kasih sahabat-sahabatku kerana sudi dan bersedia diriku yang jahil dan hina ini untuk menjadi sahabatMU…
Alhamdulillah..segala puji bagi-MU…walaupun pengajian ku di sebuah kampus yang turut tidak terlepas daripada masalah-masalah remaja yang kian meruncing tiap hari..Engkau temukan aku dengan sahabat-sahabat yang sentiasa mencari redhaMU..sentiasa berusaha menggali ilmuMU dengan sedaya upaya..bukan niat ku untuk menunjuk-nunjuk kebaikan sahabat-sahabatku tetapi niatku ini biarlah remaja-remaja di luar sana turut sedar..jika kita mencari sahabat yang cintakan Allah dan RasulNYA setulus hati, tidak mustahil mereka juga akan mampu mengubah kita terhadap persepsi hidup di dunia ini sebagai seorang remaja muslim…
Sahabat-sahabat yang ku sayang itu..mereka bukanlah pelajar jurusan agama..malah tidak juga pernah menjejakkan kaki ke sekolah menengah agama..hanya sekolah kafa saja tempat mereka mengkaji ilmu Islam…itupun ketika di sekolah rendah..namun ya Allah, hambaMU ini sujud syukur kepadaMU ..sahabat-sahabatku itu sangat berbeza..setiap hujung minggu, jadual mereka dipenuhi dengan program-program dakwah, daurah,qiyam, mukhayyam, ceramah, tazkirah…yang paling ku puji, mereka sangat bergerak aktif dalam program usrah di kampus ku..malah merekalah juga penggeraknya…pemikiran mereka sangat berbeza..dakwah itu tanggungjawab semua..bukan untuk mereka yang menerima pengajian dalam bidang agama saja..kita pun boleh kerana selagi diri masih menghirup udara yang segar ini..masih mampu melihat dan menikmati segala rahmatNYA,,selagi itu kita “BERHUTANG” dengan maha pencipta..namun hutang itu tidak akan mampu di bayar..apalah sangat dengan pengorbanan kita ini jika hendak dibandingkan dengan semua nikmat yang Allah beri…
Ya Allah,
Kau rahmatilah sahabat-sahabatku itu..sesungguhnya aku sangat mengasihi mereka..dengan kuasaMU..aku makin berubah..dahulu…aku hanya menganggap stokin dan hand sock tidak perlu dalam pemakaianku seharian, namun kini syukur padaMU, itu merupakan satu keperluan kepadaku…
Sahabat-sahabatku sayang…diri ini sering mendoakan kalian, walau kita bakal terpisah dengan jarak yang beribu batu demi perjuangan keranaNYA..tetap aku tidak mampu membalas jasa kalian..aku sayang kamu sahabat-sahabatku…
Nisa’..awak sering memberi semangat dan pendapat saat saya buntu..terima kasih nisa chan..semangat jihad awak turut membakar jiwa saya, semoga kita sama-sama tetap kuat dalam perjuangan ini…
Fiqa..sikapmu yang penyayang dan prihatin membuatku rasa tenang..keletah mu yang mencuit hati sering membuatkan ku teringat adik-adikku..love u fiqa chan….
Aliya..dirimu yang umpama pakar motivasi dan sering risau melihat ku bergerak aktif tiap masa tanpa kenal rasa penat dalam persatuan sangat-sangat ku hargai…syukran umi chan…
Wajihah…semangat mu dalam pelajaran untuk mejadi yang terbaik dalam semua subjek turut telah mempengaruhi jiwaku..insyaAllah..akan ku dapatkan dekan…thanks waji chan…
Kak umi, syikin, kinah, farah, kak nina, kak erin, kak farah, kak nisak,nisa,shiela,ejah,wani, nad, anis…terima kasih sahabat-sahabatku sayang..kerana sentiasa berada di sisiku…saat ku menangis, kecewa, marah..kau beri harapan..mengingatkanku dengan kekuasaan Ilahi..agar terus teguh di jalanNYA..
Coretanku ini khas buat sahabat-sahabatku sayang…
With love,
Mimi atieqa
(insan lemah)
6 comments:
~salam alaik~
syukran jazilan mimi chan~~
sy terharu sgt...sy syg kat awk jg serta shbt2yg lain...moga kita istiqomah dlm perjuangan didunia wal akirat~~serta ukhuwwah antara kita kekal hingga ke akhir hayat~~
sy jg mohon maaf ats segala kekhilafan sy tanpa sy sedari kdg kala kat awk serta shbt yg lain.....
~~sahabat2 tetap dihatiku~~
^_^
~asrar~
salam alaik~~~
syukran jazilan mimi chan~~
terharu sgt..moga kita semua terus istiqomah dlm perjuangan didunia wal akhirat~~serta ukhuwwah antara kita semua kekal hingga ke akhir hayat...
ameen...^_^
sy jg mohon maaf ats segala kekhilafan diri ini, yg kdg kala sy tak sedari....sy jg syg kat awk serta shbat2 yg lain~~
insyaAllah kita akn saling bantu membantu bila memerlukan...
~asrar~~^_^
SAMA-SAMA adikku sayang manja manis intan meletuppp!!!!
chaiyok2...mimi chan....
smoga berjaya...:)
-kak nisak-
asrar:sykran dehhh..uhibbuki fillah..cowi..lambat buka..heheheh
mama daughter: yele kak farah..amboi..dah wat blog..ganbatte!!!
kak nisak: i will always miss u..sob sob..love u forever..
salam....huhhu..baru baca...
speechless...but menusuk di hati...
walaupun cuma sebut nad di situ...sgt terharu...trima kasih sahabatku....~~~sob3...
Post a Comment