badan penat namun hatiku kini girang..segala onak ujian..jerit perih..ku hadapi dengan penuh kesabaran.bermula 5 - 9 januari ku jalani rutin seharian sebagai seorang fasilitator untuk siswa dan siswi baru semester 1..alhamdullilah segalnya berjaan dengan lancar walaupun ketika itu diriku kurang sihat sehingga terpaksa skip beberapa program untuk bertemu dengan doktor. setiap hari tidak cukup tidur, tidak cukup rehat namun itu semua tidak melemahkan semangatku. gelagat adik2 baru mencuit hatiku sehingga ku terlupa pada kesakitan yang ku tanggung.alhamdulillah ku ucap syukur buat kesekian kalinya. ku dinobatkan sebagai fasilitator terbaik wanita, baik hati dan dedikasi oleh beberapa kumpulan siswa dan siswi baru, saat itu ku berasa teramat malu kerana ku bukanlah seorang fasi yang bagus kerana tidak semua program yang dapatku hadir, diriku tidak sempurna namun itu semua penilaian mata manusia sahaja biarlah Allah sahja yang menentukan segalanya.ampunkanlah hambamu ini ya Allah.
9 januari,sabtu . hari induksi diadakan di pantai bagan lalang, sepang. satu destinasi yang tidak ramai tahu termasuklah diriku.subhanallah..damainya..indahnya ciptaanMU..aktiviti gotong-royong dan bergambar kenang-kenangan diadakan. terasa indah ukhuwah itu walupun baru saja dijalinkan. segalanya berakhir pada pukul 3 petang seusai ku tiba di desasiswa..pukul 3.30 lengkapku berbaju kurung untuk menghadiri majlis yang ku sendiri tidak tahu kerana naqibah ku sendiri tidak sempat memberitahu lantaran kesibukkan sepanjang minggu induksi. tibanya di baitul sakeenah..segala persoalan terjawab sudah. mimi, awak dipilih untuk menjadi c0-naqibah usrah di kolej awak. astaghfirullah...benarkah apa yang ku dengar ini!!!seakan tidak percaya..ya Allah...adakah ini rahmatMU atau ujian???tidak pernah sekalipun terdetik atau tergambar di fikiran sebagai seorang naqiba..ya Allah..yakinkan diriku..tabahkan ku..mungkin inilah dia jalan yang harus ku lalui..sebagai khalifah Allah...jalan yang berliku akhirnya ku temui jua jalan yang lurus..alhamdulillah...
Saturday, January 9, 2010
Rahmat atau Ujian??
Posted by ummul mujahidah_90 at 7:16 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam..
Semoga Allah redha dgn usaha antm. Sesungguhnya Allah menguji hamba2Nya sesuai mengikut kemampuan mereka.. Dan hamba2Nya yg terpilih shj akn dberikan ujian yg sungguh hebat..
‘Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.’ [al-Baqarah(2):207]
p/s: based on satu hadis, org2 mukmin itu, ujian adlh satu kbaikn buat mrk.. iaitu dgn mrk bersyukur dn bersabar mnghadapinya.. iA
syukran...
insyaAllah ana akan ingat pesanan ini...
Post a Comment