RSS

Thursday, July 26, 2012

SIRAH ITU, DIARI AKU

Ramadhan kali ini memberi erti yang agak berbeza berbanding tahun-tahun lalu. Bukanlah kerana tahun-tahun lalu disambut lesu tetapi "diari harian" yang tertulis agak berlainan dari yang sebelumnya. Jika sebelum ini "diari harian" Ramadhan agak sama dengan rakan - rakan namun tahun ini mencipta sejarah kerana saya bekerja dan belajar dan bercinta dengan Allah. Entri kali ini bukanlah ingin menceritakan kepenatan yang berkali ganda tetapi di sebalik kesusahan yang dihadapi ini membuatkan saya insaf dan terkenangkan akan....


Matahari tegak di atas kepala. Panas mencucuk-cucuk. Apatah lagi berpuasa, pagi masuk kelas, tengah hari ke ofis, petang kerja di luar, malam "date" dengan kekasih abadi. Tidak tahan panas dan penat berjalan, aku duduk seketika berteduh di bawah pokok. Singgah ke kedai untuk mengisi top up dan astaghfirullah hampir pitam dan terhuyung hayang kaki melangkah masuk ke dalam kedai amoi tersebut. Tekak perit, mata asyik terbayang ais batu, mesti sedap pantas ku tepis bayangan itu. Aduh,habis kurang pahala puasa. Mesej-mesej adik-adik usrah segera ku balas, kaki dah mula rasa nak putus, ya Allah manalah kawan-kawan sekerja ni, tak siap lagi research survey mereka nampaknya. Ku seluk saku beg, mathurat dan manzil ku baca bagi mengisi masa. Tiba-tiba mindaku terkenangkan sirah Nabi Muhammad saw dan umat Islam waktu itu yang berperang dalam bulan puasa. Hebatnya mereka dan selama ini kisah itu kita buat-buat tidak kisah, tetapi sedikit yang Allah uji barulah terasa betapa hebatnya perjuangan mereka.

Mungkin bagi sesetengah kita puasa hanya menuntut sedikit pengorbanan daripada perut dan tekak, waktu tidur yang "extra" jika dibandingkan bulan-bulan lain tetapi tidak bagi umat Islam zaman dahulu, perang pun boleh dihadapi tetapi kita apabila disuruh berdiri sekejap di tengah panas pun sudah mula mengeluh dan komen yang tiada penghujung. Tidak malu kah? "alaa..tu zaman dulu lah sis. Time have change". YA! memang masa dah berubah tetapi ISLAM tidak pernah berubah walau sesaat. Hendak mengubah mentaliti manusia yang sudah disemai sejak kecil memang sukar, perlukan peluntur yang sangat berkuasa untuk membersihkan minda yang tersalah kefahaman. Bulan Ramadhan yang di lalui hanyalah bermakna bulan puasa menuju Hari Raya Aidilfitri dan dipenuhi dengan keseronokkan semata-mata. Perkara yang harus diutamakan kita pandang sebelah mata tetapi perkara yang kecil dibuka seluas-luasnya pandangan mata.

Pulang sahaja ke rumah terus terdampar lesu seperti ikan duyung kekurangan oksigen gayanya. Malunya dengan Nabi, dengan Imam Hassan Al-Banna, malunya dengan pejuang-pejuang Palestin. Hebatnya mereka, kerdilnya aku. Namun alhamdulillah, kepenatan ini membuat aku lebih menghargai perjuangan Islam suatu ketika dahulu, sejarah yang ingat-ingat lupa kembali dibelek,terasa malu, lembiknya aku. Raya yang mendatang mungkin terasa janggal dengan kehilangan makcik dan sepupu-sepupu kerana kali ini merupakan raya pertama mereka di alam baqa', ibu dah 20 tahun beraya di alam barzakh, arwah atok, sahabat-sahabat karibku...air mata usah dikira laju saja berlumba-lumba turun di pipi gebuku ini. Tetapi malunya aku, nabi muhammad sendiri anak yatim piatu sejak kecil, sahabat-sahabatku di Palestin tidak pernah megeluh walau sepicing. Allah baru tarik sedikit aku sudah mula bersedih dan berduka lara sedangkan kita sering terlupa kehadiran Dia yang setia di sisi...


TERIMA KASIH ALLAH KERANA SENTIASA SETIA BERSAMA-SAMA KAMI. WALAU KEHILANGAN SELURUH ORANG KESAYANGAN JANGAN PERNAH SESAAT KAU TINGGALKAN AKU..


Monday, January 16, 2012

dakwah dan cinta

Entri kali ini berkisar tentang kisah yang pernah berlaku padaku, saja nak share dengan sahabat-sahabat. 
ZAMAN SEKOLAH

aku bersekolah di sebuah pusat ilmu yang biasa-biasa sahaja, yang pasti bukan aliran agama tetapi engineering yang mana 80% adalah kaum adam.Ketika mula menjejakkan kaki sememangnya terdetik dalam hati, "ya Allah..biar betul nak belajar kat sini. lelaki ramainya...". kegusaran yang timbul ku rahsiakan dari pengetahuan ibu dan ayah. sebagai anak sulung aku kena kuat. ramai tanggungjawab di bawahku, melihat diriku sebagai "role model" oleh adik-adik yang masih baru mengenal warna-warni dunia bukan 1 tanggungjawab yang mudah. pernah ibuku dimasukkan ke wad, selama 2 minggu itu setiap hari pulang dari sekolah sekitar jam 2.30 petang setelah habis kelas aliran arab dan al-quran, rutin harianku adalah "memasak", mengemas , mempersiapkan diri untuk pergi kembali ke sekolah untuk latihan nasyid dan pidato, dengan perut kosong dan berbekalkan 70sen duit sekolah ku setiap hari.


pernah guruku bertanya, "awak tak penatke?", aku hanya tersenyum. ketika itu ada sesuatu Allah telah didikku, soal kekeluargaan, pengorbanan ayah, tanggungjawab sebagai kakak dan anak sulung buat adik-adikku membuatkanku lebih matang berbanding teman sebaya. aku tidak pernah menyesal kerana Allah itu maha adil, maha tahu. pernah ibuku bertanya," akak tak nak pakai tudung labuh ke?macam mak pakai..takkan selamanya nak pakai tudung saiz bidang 50 (yang bagiku agak labuh)?akak semakin besar, dosa akak mak dengan abah yang tanggung.." aku diam.jiwa remaja ku berkecamuk. aku sentiasa memakai baju kurung, tudung 3 segi saiz bidang 50 yang ibuku jahit seperti tudung labuh, tak perlu pakai pin. aku pandang diriku di cermin, tak cukup lagike?ok le ni.aku pakai macam ni pun orang asyik panngil ustazah. kat sekolah, asyik kena hina,"wei ustazah, ni sekolah ******, kalau nak jadi ustazah g masuk sekolah agama..tak sesuai dengan sekolah ni!!!", lalu tudung labuh ku ditarik dengan kasar. aku hanya mampu merenung mereka dan berdiam.

pernah juga kesabaran ku tergugat apabila rakan-rakan lelaki sewenang-wenangnya menghina penampilan ku, iman ku marah. salah kah aku menutup aurat yang mungkin pada mulanya abah dan emak memaksa namun aku semakin faham, ini adalah kerana Allah. fikiran yang dipenuhi emosi dan nafsu bermaharajalela, ku tumbuk meja sehingga tangan ku berdarah lalu ku tatap mereka dengan satu lafaz,"kau diam!!!", lalu aku pergi dari situ. tangan yang berdarah tidak ku sedari. iblis cuba menguasai diri. aku beristighfar berulang kali," Allah, apa dah aku lakukan ini, sirami kesabaran atas api kemarahanku ini," aku sudah tidak mampu menaungi hati ini dengan sabar, setelah hampir setahun aku dihina, dicaci, dipulau hanya kerana pemakaian ku ala-ala ustazah. teringat suatu waktu aku berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam exam, cikgu memuji ku dan meminta rakan-rakan sekelas mencontohiku, dalam diam ku serahkan segala pujian buat Allah yang memberi kurniaannya pada ku tetapi, rakan sekelas ku berkata,"alaa cikgu, dia tu meniru, tengok lah tudung dia, boleh letak macam-macam dalam tu..", aku cuba untuk tenang. guruku pandang, dan berkata,"awak semua ni janganlah cemburu dengan mimi, tak baik fitnah orang. sabar ye mimi..", seulas senyuman ku lemparkan bagi meneutralkan kembali keadaan yang agak tegang.
 
DIPLOMA

Allah telah mentakdirkan ku untuk berada di Bangi. juga bukan sebuah pusat pengajian yang hebat tapi cukuplah bagiku, kerana apa yang Dia rancang merupakan yang terbaik buat diri ini. di sini aku lebih mengenali tarbiyah,usrah,jemaah dakwah dan bermacam lagi. "akak belajar rajin-rajin, jaga nama baik emak, abah yang paling penting jaga nama Islam tu betul-betul.kalau boleh dakwah pada kawan-kawan. jangan terikut dengan kawan-kawan yang sosial. biar akak yang pengaruhi kawan-kawan dengan perkara baik, tetapi jangan akak pula yang terikut, ingat pesan abah ni..",bagiku terlalu sukar permintaan abah. fuuh!!!alahai, sosialnya. aku jadi takut.TEMPAT APA NI!!!namun di sebalik kaca yang bertimbun ku temui permata yang bersembunyi. hidayah fikrah itu hadir.namun, dalam mengejar kemanisan fikrah itu, banyak dugaan yang harus ku lalui.perit memang perit, namun luka itu tidak menjadi nanah buatku..

kisah diploma ku ini telah diceritakan dalam entri yang lalu (diari tarbiyah). pernah datang seorang junior kepadaku, "kenapa akak pakai tudung labuh??yang pakai tudung biasa ni jahat ke?", dengan senyuman ku balas.."adik, kalau dalam exam adik mesti nak dapat A kan, kalau boleh nak dekan terus. begitu juga akak, Allah wajibkan kita tutup aurat, mesti ada gred yang Allah bagi dalam kita menutup aurat, jadi akak nak dapat A++++  kerana akak yakin tudung akak ni dapat piawaian penuh dari Allah", ketawa adik tersebut."adik pun nak cuba pakai tudung labuh lah, adik tengok akak makin cantik bila pakai gini. mana aci akak sorang dapat A++++ dari Allah," dalam hati moga semangat ini kekal di hati adik.amiin. 
adik-adikku semuanya abah masukkan ke sekolah arab dan tahfiz. hanya aku dari sekolah biasa-biasa. aku pulang ke rumah, 1 perkara tak mampu ku lupakan adikku berkata,"akak, kenapa tak pakai handsock?mana stokin akak?tu kan aurat. akak selalu pesan kat kak cik pakai pakaian tutup aurat. akak pakailah.." tergamam ku mendengar bicaranya.wah, adikku sudah pandai menilai dan memahami lunas-lunas Islam.terima kasih Allah, Engkau hantar adikku untuk ku sedar agar berjaya ake capai gred A++++ dari-MU. adikku tersenyum bangga melihat penampilanku. "kami sayang akak sangat-sangat!!!", syukur, adik-adikku ini membesar mengikut lunas Islam dan muslimah sejati.

 KINI DAN INSYAALLAH SELAMANYA

tahun pertama di segamat sebagai penuntut ijazah banyak mengorbankan masa, tenaga dan duit. fikrah yang ku bawa, ku cuba sandang dengan satu tanggungjawab yang besar. aku pandang alam.indahnya, itulah ciptaan Allah. seorang adik diploma menghampiriku,"akak ni degree kan. saya selalu perhati akak. suka tengok akak. tak tahu kenapa." senyuman ku lemparkan. dalam hati, "ada keinginan, bagus. ada potensi.."kalau dulu dakwah secara berjemaah ku praktiskan, tetapi kini aku nampak tanggungjawab itu lebih kepada fardiyah atau bahasa mudahnya dakwah secara individu.entah apa yang adik-adik ni lihat, namun itu semua kerja Allah. tak punya waktu untuk aku memikirkannya.

dalam kesibukkan, aku cuba cari waktu. paling kurang pun berdakwah di laman sesawang facebook dan rakan sekelas walaupun pernah kena komen, "alaa poyolah kau, bajet bagus", tak mengapa..moga hidayah Allah menyelinap dalam hati semua rakanku.amiin. sesuatu paling ku suka di sini adalah adik-adik yang bergelar daie sangat menjaga pergaulan, pakaian mereka mencerminkan peribadi walaupun aku sering diingatkan "don't judge a book by it's cover.." namun bagiku, cukuplah jika orang melihat mereka sama seperti orang menilai keindahan Islam yang semakin dicemari oleh umat Islam masa kini. terkadang melihat mereka membuatku kembali ingat yang aku tiddak bersendirian, mengenang dosa-dosa yang pernah aku lakukan. malunya ya Allah...

ikhtilat..erm...aku akui, memang sukar untuk dijaga semenjak masuk degree ni. memang salahku sendiri namun keadaan memaksaku.marahku pada diri kerana terlalu lemah.sering imanku memberontak tak suka, nafsu menari kegembiraan. kawan-kawan lelaki suka dekat dan meminta ku ajar itu dan ini, dan juga rasa rindu yang bergelar "tunang" padaku, cukup hebat ditambah lagi ada adik yang muka iras sepertinya. pernah aku ditegur,"akak, jaga ikhtilat. dosa rindu-rindu ni.ingat, akak tak nikah lagi..", terdiam ku..ya Allah, kuatkan aku.kalau dulu aku tak faham kerana aku tak rasa, tetapi kini itulah yang menjadi doaku saban waktu, mohon dikuatkan.

nikah itu mudah sahaja rukunnya, tetapi tanggungjawab yang menanti amat berat.puas  ku tanya pada naqibah dan sahabat-sahabat sefikrah, mereka memberi sokongan yang jitu. barulah ku mengerti, betapa hebatnya kuasa cinta itu. dalam tak bermesej (kecuali hal-hal yang sangat penting berkaitan kerja),cukup menguji kesabaranku. sahabat ku berpesan,"akak faham perasaan mimi. kuatkan hati dik.jangan risau, Allah dah kata, rezeki itu ditangan Dia.akak yakin mimi boleh.perasaan tu Allah yang hadirkan.akak sentiasa doakan untuk mimi. jodoh mimi dah tiba. kami sentiasa doakan mimi..", alhamdulillah.keluarga juga banyak memberi sokongan.

Allah,
dulu puas ku nafi perasaan yang hadir,
namun sudah tersurat di dalam kalam-MU, 
telah Engkau wujudkan kasih sayang di antara kami,
dalam menempuhnya aku sedar ia harus bersyariat,
dalam meniti hari aku pasrah jika rasa yang Kau hadirkan turut menyeksaku,
Engkau hadiahkan maka aku ingin ia berlangsung berlandaskan jalanMU,
mudah orang berkata namun aku yang menanggung dan pastinya Engkau mengetahui,
doaku, moga rasa ini dilalui dengan berlandaskan aturan MU,
semoga dia dan aku terus kuat dalam bermujahadah..

short story-life in Segar amat-

Hari pertama tiba di segamat, terasa sekali perbezaan..dulu bandar ni hutan belantara..termangu seketika..sewa bilik rumah kedai ..dan hanya aku, nawal dan kinah sahaja pelajar manakala yang lain PEKERJA..kejutan budaya + sedang cuba sesuaikan diri..macam-macam kejadian berlaku.."jiran-jiran" bilik selalu keluar lewat malam p c*****g, pakaian "tersangat sopan", nasib baik tak pengsan tengok, memang sangat-sangat lain..masa tu selalu juga nangis, tak tahan dengan apa yang kami hadapi..kadang-kadang kinah pujuk, dan kadang - kadang nawal pujuk..adakala keadaan terbalik, aku yang pujuk mereka..teringat dengan kata-kataku," sabarlah, mungkin rumah terbaik kita sedang di bina..Allah maha tahu..sabar ea..huhu..sampai sekarang aku sendiri masih mengharap dan terusan berdoa akan kewujudan rumah "terbaik" kami itu..

Apabila diimbau kembali, betapa peristiwa-peristiwa di rumah itu banyak mengajar kami, seperti menyaksikan peristiwa-peristiwa yang hanya akan menggelapkan hati kami kerana tingkap menghadap pusat karaoke besar di samping lambang Carslberg hijau terpampang gah ..nak cegah tak mampu, masa tu takut sangat dan asyik tergiang-giang firman Allah yang mana bila Dia nak hancurkan 1 umat yang penuh dengan maksiat, orang-orang yang beriman pun turut kena sekali..doa dan tawakal, itulah harapan kami..ketika itu juga aku sedar, dalam aku tidak berusrah buat seketika waktu, Allah nak tarbiyah aku melalui ujian-ujian yang diberikan di samping membuatkan hatiku untuk melihat betapa parahnya masalah ORANG MELAYU ISLAM kita kini. jika dulu, ketika diploma sentiasa berada dalam kelompok mereka-mereka yang sudah teguh agamanya, tujuan dan matlamat sama tetapi kini, aku nampak, matlamat yang selama ni diucapkan sudah tiba masanya untuk dipraktiskan..sukar memang sukar, sahabat tercinta yang selalu bersama dan jauh..~~~

nisa selalu kol ..huhu..really miss u chan..assalammualaikum, awak apa khabar..kite rindulah ngan awak..aku yang suka mengusik pun jawab, waalaikummusalam..ee..apa kite2..geli le saya dengar wak..haha..sesiapa sahaja yang mendengar perbualan kami mesti ingat aku sedang bercakap dengan pakwe..apa taknya, setiap kali kol, nangis2 cerita masalah masing-masing..dan di akhir perbualan mesti ada ayat ni,"saya rindu dengan awak..dulu awak dekat je dengan saya, sekarang dah jauh.."disusuli air mata kerinduan..inilah dia sahabat tercintaku..KHAIRUNNISA' BINTI MOHD ZAILANI.. terima kasih chan..kawan-awan yang lain jangan cemburu pula ye..hehehe..dia sahabat sefikrahku..

terima kasih juga buat nawal n kinah.. sahabat serumah..semakin lama kita semakin mengenali kekuatan dan kelemahan masing-masing..jika kita sesama kita saling boleh menerima kelemahan yang dimiliki antara sesama kita..insyaAllah..persahabatan ini akan utuh sampai bila-bila..amiin..

semalam, terlepas dari mulutku, SUSAH BETUL NAK CARI ORANG YANG JUJUR KAT SEGAMAT NI..pada nawal dan kinah..mereka berdua setuju kerana sejak kami tiba di sini, macam-macam topeng manusia kami kenal..kadang-kadang dah penat sangat nak hadapi..rasa nak balas balik apa yang mereka buat tetapi terkenangkan firman Allah,

Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

 Memang wujud hukum qisas dari ayat ni, tapi aku nak jadi orang yang bersabar kerana itulah yang terbaik buatku..syukur sehingga kini kesabaran itu masih bertapak di hati untuk melayan kerenah-kerenah manusia yang pelik-pelik..sedar tak sedar, ni dah minggu final exam..jadual aku 4, 6,7,9,10,13..waaaahhhhh..bahagianyaaaa....

nak share 1 ayat dari blog 

Jika kita berfikir dari segi jangka pendek (dunia), memang segala-galanya akan nampak menyakitkan hati. Rasa sukar untuk memaafkan dan melupakan. Tahukah, sebagai muslim, setiap perbuatan kita mestilah difikirkan kesan jangka panjangnya iaitu apabila berada di akhirat kelak. Ke syurgakah, atau ke nerakakah?

Sekalipun hati masih sukar untuk melupakan apa yang telah terjadi, tidak mengapa, kerana soal hati itu adalah soal yang amat kompleks. Allah lebih mengerti kerana kita sendiri telah berusaha untuk melaksanakan yang terbaik. Paling kurang, fikirkanlah nasib saudara kita di akhirat kelak jika kita tidak mahu memaafkannya. Maka dengan itu, maafkanlah dia di atas dasar kasih sayang sesama muslim.
Sebagaimana kita ingin masuk ke syurga, berilah juga ruang untuk saudara kita masuk ke Syurga di sana kelak. Sekalipun kita tidak mampu untuk seiring dengannya di dunia ini lantaran fikrah (pemikiran) yang tidak sama, namun tujuan akhir kita tetap yang satu itu juga!

Ingatlah, syurga itu adalah sebaik-baik tempat yang penuh dengan keajaiban. Di sana, tiada lagi kedukaan, kesedihan, mahupun keperitan! Cuba bayangkan, kita bertemu semula dengan orang yang pernah menyakiti kita sewaktu di dunia (atau sebaliknya), kita makan bersama, ‘shopping’ bersama, berborak bertahun-tahun tanpa henti, tanpa adanya lagi sengketa di antara kita!

http://muslimteendigest.my/kerana-di-syurga-itu-segalanya-lebih-indah

benar!!!indahnya syurga..tiada sakit hati macam di dunia..hebatnya Allah...

PERJALANAN DAKWAH

ujian itu hadir selalu, tanpa ujian pasti terasa kerinduan kepada sang Pencipta. Alhamdulillah, setelah sekian lama muncul seorang adik menghulur bantuan terasa langkah yang payah ini semakin mudah. Semalam 16 Januari 2012, bertemu serampang empat mata bersama dengan adik-adik yang bakal dicorak dan dipandu sebagai mujahidah Islam. Doaku buat mereka akan terus utuh dalam perjuangan ini, wajah-wajah suci yang  diisi dengan hati tulus ikhlas, mampu menempuh onak duri dakwah yang berselirat, terkadang tersadung luka berdarah tetapi bunga-bunga indah turut tumbuh melata sebagai penguat semangat buat kaki yang melangkah.

Thursday, December 8, 2011

Diari Tarbiyah Episod 2




BERMULANYA PERJUANGAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

Barisan pejuang agama dan murobbi..ustaz elmi dan ustaz nazir
Beberapa semester berlalu, daripada ajk kebajikan, aku diberi amanah yang lebih besar iaitu timbalan exco kebajikan, seterusnya exco dakwah. Di samping itu, tanggungjawab pada jemaah dakwah di luar kolej turut tidak terlepas. Saat itu ku rasakan terlalu banyak amanah yang harus ku galas sehinggakan aku hampir terduduk, terpaku tidak berdaya. Surau menjadi bilik keduaku, fitnah-fitnah yang mendatang membuatkan aku lemah dan harus sering bertemu dengan kekasih teragung sekerap mungkin.

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

-Surah Yusuf ayat 12

Pelbagai program tarbiyah kami jalani bersama. Dari bertiga kami semakin berkembang, menjadi lebih daripada 10 orang sahabat-sahabat yang mencari cinta Allah. Kami sudah miliki mad’u atau adik-adik usrah di bawah kelolaan kami. Kini, kami jualah yang menjadi peneraju Kelab Insaniah dan harus mengurus pelbagai kerenah adik-adik. Kadang-kala, retak jua benteng kesabaran. Kepada Allah kami kembali menagih sisa-sisa kekuatan iman dalam diri agar terus mekar dan semakin berkembang mewangi.

ZON SEMESTER TERAKHIR

Bersama-sama adik2 tercinta dan ustazah2 tersayang..love fillah..
Saat ini, tugas sebagai Timbalan Presiden Kelab Insaniah dan fasilitator Minggu Induksi Pelajar menuntut ku mengorbankan masa lapang dan jadual harian harus dijalani dengan sebaik-baiknya. Pelajaran dan dakwah, dua-dua merupakan kewajipan yang harus ku galas dan harus ku pikul risalah ini sebaik mungkin. Semester 5 merupakan semester yang paling getir buatku. Selama 2 bulan berturut-turut aku muntah. Makan atau minum air mineral sekalipun, perutku akan menolaknya kembali. Sudah puas ku berulang-alik ke klinik dan hospital, keadaanku langsung tidak berubah. Peliknya selera makanku ada namun kesakitan yang muncul selepas 10 minit makan atau minum, aku akan muntah sehingga kosong kembali perutku. Wajahku pucat, namun tanggungjawab yang menggunung tetap ku lakukan dengan badan yang sangat lemah namun tidak pernah sesekali melemahkan semangatku.

Dalam satu program daurah dan qiamulail, kakak-kakak jemaah menegur wajahku yang pucat lalu ku ceritakan semuanya kepada mereka. Keesokkannya, aku dibawa ke Pusat Rawatan Islam Darul Syifa’, syukur, setelah dirawat dengan kaedah Islam disamping secebis nasihat daripada ustaz yang merawatku, “adik kena kuatkan semangat, berzikirlah selalu, ingatlah Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Adik lemah semangat. InsyaAllah, sakit ni akan hilang. Minum air ni setiap hari dan letakkan juga dalam mandian adik, ingat, zikir dan selawat selalu.” Alhamdulillah, beberapa hari kemudian, aku beransur pulih. Aku bersyukur sekali.

Aku semakin sihat namun, ujian Allah itu datang tanpa petanda. Aku diserang demam denggi. 2 minggu aku demam dan 2 minggu itu juga, banyak tugas yang tertangguh. Usrahku tidak dapat dijalankan, kasihan adik-adikku. Sahabiah-sahabiah tidak putus-putus melawat dan membantuku, adik-adik usrahku sering melawat dan memaksaku untuk makan kerana ketika itu aku hanya lalu makan buah lai dan roti. Sekeping roti dan sebiji buah lai, itulah menu harianku. Badan amat lemah, nak berjalan pun harus dipapah sahabiah ku. Terima kasih Khairunnisa’ dan kak Umi , teman sebilikku. Banyak jasa kalian. Juga sahabat-sahabat rapatku,nawal, wajihah,angah, azie, kak ten, umi, kinah, arwah ijah, lidya, nisa ramdan, farah, nisa kecik, aqil, nadirah,wani, kak erin, penyelia-penyelia desasiswa (kak ila, kak ros, abg rahim dan abg han) adik-adik usrahku..jasa kalian tidak mampu ku balas..hanya Allah yang dapat membalas kalian dengan sebaik-baik pembalasan. Amiin..

MENDUNG BERGANTI PELANGI

Bersama sebahagian adik2 tersayang. situasi:baru sahaja selesai berperang dengan ikan keli
Awan mendung yang menyelubungi menggantikan wajah dengan sang pelangi yang cukup indah. Ketika aku diuji dengan ditarik seketika nikmat kesihatan, aku semakin dekat dengan Allah dan semakin menghargai insan-insan di sekelilingku. Betapa ramai yang mengambil berat dan menyayangiku selama ini. Alhamdulillah. Aku kembali sibuk dan semakin sibuk kerana terpaksa menyelesaikan semua tanggungjawab yang ditinggalkan sepanjang 2 minggu “percutianku”. Masa yang berjalan, semakin menghampiri minggu peperiksaan akhir.

Sekali lagi, ujian itu datang bertamu.  Sewaktu peperiksaan akhir, aku dikejutkan dengan berita pakcik, makcik dan arwah atokku yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ketika itu, aku langsung tidak mendapat sebarang berita daripada keluarga di kampung sebaliknya aku tahu daripada Facebook kawan pakcikku yang mengucapkan takziah buat keluargaku disamping gambar kereta Honda Accord pakcik yang hancur remuk di bahagian depan.

………………………………………………………………………………………………………………

Air mataku jatuh ke pipi, menggigil tubuhku, pusing kepalaku, buntu fikiran…..remuknya hatiku….

KENAPA UJIAN SEBERAT INI? Tangisku dalam hati…

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286

Aku beristighfar berkali-kali, terus ku tuju bilik air, ku basahi dengan air wudhuk agar kurang kesedihan yang menimpaku ini. Lalu, ku tunaikan solat sunat, ko pohon kekuatan,

Ya Allah, Engkau sebaik-baik tempat ku bergantung harap, aku tidak miliki sesiapa selain mengharap kasih sayang MU buat  hamba MU yang lemah ini. Engkaulah sumber kekuatanku, Engkau tahu apa yang terbaik buatku, titipkan secebis ketabahan dalam jiwa ku ini, aku tak berdaya untuk menghadapinya..ya Allah, kuatkan aku….”

Ku pohon dengan penuh mengharap, sesudah puas ku meluahkan segala kesedihan dan kedukaan kepada Allah, ku capai telefon bimbit lalu mendail nombor ayah, tidak berjawab, ku dail pula nombor emak, adik, pakcik-pakcikku, rumah nenek, makcik-makcikku…ya Allah, kenapa tiada seorang pun yang menjawab panggilanku…aku rasa semakin lemah..aku tidak berputus asa, aku bertanya kepada semua sahabat-sahabat pakcikku di Facebook..

Kereta Honda pakcik setelah berlanggar dengan Proton Saga bertentangan, arwah atok duduk di sebelah pemandu.
“ pakcik dan makcik adik selamat. Atok adik masih xsedarkan diri. Sekarang dalam keadaan kritikal, masih di icu..” hanya jawapan ini yang ku terima..Alhamdulillah, makcikku yang bongsu menelefon, dia mengatakan semuanya ok..dan jangn risau, tumpukan pada exam..itulah pesanannya..mereka(sahabat-sahabat pakcikku)  juga meminta ku pulang saja ke kampung namun keluargaku tidak mengizinkannya, rupa-rupanya ahli keluargaku semuanya sepakat hendak merahsiakan hal ini daripada pengetauanku. Aku fahami niat mereka.

Ku lalui hari-hari peperiksaan dengan hati yang tabah, semua mengatakan pakcik, makcik dan atokku semakin baik. Aku semakin bersemangat untuk menghadapi peperiksaan. Kini, tinggal 2 subjek saja lagi. Ketika sedang khusyuk ku menelaah subjek Economy of Malaysia, telefon bimbitku menyanyi minta di angkat. *emakku sayang* itulah nama yang tertera memberitahu siapa empunya si pemanggil, lalu ku jawab.. “akak, atok dah takde..” aku xpercaya lalu mengatakan, “emak saja guraukan, atok kan makin sembuh, pagi tadi cik mamat kata atok nak keluar wad, akak xpercaya..”  emakku mengatakan ini adalah realiti yang atokku dah pergi jauh, lalu talian dimatikan. Telefon bimbit di tangan, terlepas lalu jatuh. Terkedu ku, hanya air mata sahaja yang mengalir.

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”

-Surah At-Taubah ayat 129

Sujudku petang itu lama, Khairunnisa’ sahabatku kelihatan begitu cemas melihat keadaanku yang kelihatan begitu kecewa. Petang itu juga aku mencari tiket keretapi dan bas bersama-sama Khairunnisa’ dan sahabatku, arwah Ijah. Akhirnya, tepat 8 malam aku bertolak pulang ke Johor. Pelbagai nasihat ku terima daripada pakcik-pakcikku, agar terus kuat. Di dalam bas, tidak putus-putus ku mengalunkan surah yassin dan surah Al-Fatihah buat atok tercinta. Jauh di dalam hati, ku sampaikan sekalung doa kudus buat atok, “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa atokku, jika aku tidak sempat melihat dia sebelum dikebumikan, temukanlah kami di alam mimpiku..” amiin…sahabat-sahabat seperjuangan Kelab Insaniahku mengadakan tahlil buat arwah datukku pada malam aku dalam perjalanan pulang ke Johor. Terima kasih semua. Amat-amat aku hargainya.

Rumah nenek dipenuhi tetamu. Aku sebak, kerana tak sempat melihat atok buat kali terakhir namun aku harus kuat, esok aku ada exam, nak atau tidak aku tetap kena teruskan perjuangan ini. Kepala terasa amat sakit kerana terlalu banyak menangis. Malam itu, aku pulang dengan menaiki keretapi disambut Khairunnisa’, dan arwah Ijah. Pada pagi seterusnya, aku hanya pasrah dan bertawakal kerana segala fakta umpama berlegar-legar, dan banyak yang sudah hilang. Aku tertekan. Aku berdoa kepada Allah, aku tak nak gagal, aku nak CEMERLANG!!! Walaupun aku hadir ke dewan peperiksaan dalam keadaan mata yang bengkak dan tubuh yang kurang sihat.

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

-Surah Yusuf ayat 12
Ku lalui hariku dengan penuh pengharapan agar ketabahan ku ini bertahan. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat dekan bahkan subjek Economy of Malaysia, A..ya Allah, betapa besarnya hikmah yang Engkau berikan.. terlalu manis ku rasai perasaan itu..menangis kegembiraanku melihat keputusanku itu. Inilah bukti kekuasaan-MU, Engkau sahaja yang mampu memberikan apa yang dikehendaki dan Engkau juga telah membuka mataku tiada yang mustahil dalam hidup ini. Biar segetir mana ujian yang menimpa, aku harus kuat..kuat dan terus kuat!!!

Monday, December 5, 2011

DIARI TARBIYAHKU EPISOD 1


“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya (Allah) dan takut hanya kepadanya tidak kepada lainnya, cukuplah Allah sebagai Pengira segala Amal dan makhluknya.”

( Al-Ahzab:39)
Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan
untuk penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” dengan terbentuknya apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah contoh-contoh pujaan yang tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada mereka, bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di antara sesama mereka sendiri; iaitu dengan jalan membawa contoh-contoh pujaan dan persaudaraan itu dan peringkat bualan dan pandangan teori kepada peningkat perbuatan dan amalan. ~ As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dalam kitabnya Usrah dan Dakwah~

Peperiksaan SPM yang ku lalui pada tahun 2007 merupakan antara titik permulaan buatku mengenal dan menjalani hidup sebagai seorang muslimah dengan lebih teratur setelah ku temui TARBIYAH sewaktu pengajian diploma ku selama 3 tahun. Ketika awal semester 1 diploma, hati ini bertekad, ada sesuatu di dalam jiwaku yang belum lagi terisi dan ditemui. Asalku dari Sekolah Menengah Teknik dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal yang akhirnya bertukar ke Diploma Pengajian Perniagaan merupakan satu penghijrahan yang besar dari sudut ilmu kifayah yang ku pelajari selama ini. Kolej Poly-Tech MARA Bangi merupakan tempat bersejarah.

Detik-detik awal berada di KPTM Bangi

Hati ini rasa resah, malas dan kecewa. Semuanya bercampur aduk. Kawan-kawan ramai dapat masuk U tapi aku, KPTM. Jauh di sudut hati, rasa takut dan risau apabila memikirkan gejala sosial yang sering aku dengar terhadap penuntut-penuntut IPTS. Ya Allah, jauhkanlah hamba ini dari hidup yang sia-sia dan temukan aku dengan teman-teman yang mencari redha MU semata-mata. Amiin.. inilah detik pertamaku, perasaan teruja semuanya bercampur aduk. Pakaian versi muslimah yang ku bawa mengundang pandangan pelik dari kebanyakkan pelajar di sana. Aku masih tidak kuat, siang malam aku berdoa semoga Allah berikan aku kekuatan dan keteguhan iman.  Tergiang-giang di ingatan ku akan firmanNYA buat hamba yang diuji:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Ya!!! Aku harus kuat. Aku harus yakin kerana aku pembawa agama. Allah itu maha mengetahui dan pengasih, doa yang ku titipkan dimakbulkan beberapa hari di waktu minggu induksi pelajar baru. Nawal Syafiqah, antara teman terawal yang ku kenali. Jiwa dan hatinya inginkan kebaikan dan sinar cahaya jiwanya menginginkan ke arah tarbiyah seperti yang ku dambakan. Syukur pada-MU. Setelah Engkau hadiahkan dia, Engkau beri pula seorang sahabat yang sentiasa menjadi tempat aku bersandar saat keletihan dan menguatkan diri ku agar terus melangkah di medan perjuangan agama MU ini. “assalammualaikum, saya nak nombor awak boleh?” antara bait ucapan sahabatku itu, KHAIRUNNISA’ di awal perkenalan kami. Tidak pernah aku lupa detik teristimewa hidupku ini, dia hadir dengan senyum terukir walau jauh di sudut hatiku terasa sedikit lucu kerana lagaknya seperti ingin mengorat aku. Terima kasih sahabat.

Setelah kami tamat minggu induksi, seorang kakak fasi, kak Intan mencari-cariku di kolej sambil berkata “adik, tolong hadirkan diri di surau malam ini ye.. akak harap sangat adik dapat hadir,” aku berasa pelik. “eh, tapi kenapa ye kak?”.. “adik datang je ye..surprise..”, sambil tersenyum kak Intan berkata kepadaku dan ku jawab InsyaAllah kerana sememangnya malam itu aku memang nak ke surau kerana rasa terlalu tenang dan damai berada di sana. Malam itu terasa debaran ku kerana kelihatan ramai senior-seniorku hadir. Di hati tertanya-tanya ada program apa ni? Tidak ku sangka, sahabatku NAWAL SYAFIQAH dan KHAIRUNNISA’ turut dijemput. Setelah beberapa minit, kami berada di dalam satu bulatan yang mana kedudukan lelaki dan perempuan cukup jauh. “cukup terjaga,” desirku di dalam hati.

DILAMAR  AMANAH  ALLAH

Rupa-rupanya malam itu merupakan mesyuarat Kelab Insaniah kolej ku namun, persoalan di hati masih tidak terlerai, atas dasar apa aku dijemput dan aku sendiri masih tidak faham apakah fungsi kelab ini di kolej ku. Akhirnya, satu demi satu persoalan di hatiku pecah..setelah mengetahui kebenaran aku dan teman-temanku dijemput.  “ahlan wa sahlan buat adik-adik semester 1, mungkin adik-adik tertanya kenapa adik-adik dijemput. Adik-adik telah kami pilih sebulat suara untuk menjadi perintis kelab Insaniah yang merupakan satu-satunya kelab agama dan dakwah di kolej kita ini..”, begitulah antara kata-kata Presiden Kelab Insaniah, Akhi Asri. Tersentak ku mendengarnya. Ya Allah, besarnya ujian-MU ini. Aku masih lagi merangkak dengan lemah, terlalu banyak ilmu yang tidak ku tahu lagi.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

-Surah Al-Imran ayat 200

“ Jika bukan kita, siapa lagi. Jika kita asyik berkata TIDAK BOLEH, TIDAK MAMPU, TIDAK CUKUP  ILMU, sampai bilakah lagi kita akan bergerak menyambung kembali tugas nabi Muhammad saw..” antara pesanan kak Intan yang merupakan Timbalan Presiden Kelab Insaniah. Aku terkedu. Tuhan, dugaan ini terlalu kuat. Akhirnya, aku, nawal syafiqah dan khairunnisa’ dijadikan AJK Kebajikan di bawah kelolaan Akhi Shafiq. Banyak ilmu dan pengalaman yang kami dapat. Berani antara perkara yang harus ada dalam diri, berani untuk bersemuka dengan pengarah kolej dan staf-staf pentadbiran. Namun, hati ini masih rasa kurang. USRAH!!!YA..AKU PERLUKAN USRAH DAN MUROBBIAH YANG MAMPU MEMBIMBINGKU. Satu hari, satu pesanan ringkas ku terima daripada Khairunnisa’. “assalammualaikum, awak berminat x nak sertai usrah?”..alhamdulillah…Kau temukan aku dengan seorang sahabat yang sefikrah. Nawal Syafiqah turut diundang. KAK HASNI, dialah murrobbiah pertamaku. Mengajarku erti perjuangan, dakwah dan tarbiyah. Semangat mujahidah segar dalam dirinya. Seorang jurutera di Petronas, graduan Universiti dari Australia. Aku kagum melihatnya, busana muslimah setia menjadi personalitinya, bibirnya tidak pernah kering daripada nasihat-nasihat. Aku menjadi semakin kuat untuk menempuh dugaan-dugaan berat ini.

Tanpa ku duga, Kelab Insaniah juga punyai usrah mereka tersendiri. Aku yang dahagakan proses tabiyah itu turut menyertai usrah di bawah kelolaan Kelab Insaniah. KAK AIFA, merupakan murrobbiah keduaku, merupakan seorang Jurutera di TNB graduan UKM. Busana muslimah menjadi pilihan di hati. Silibus usrah-usrah ku sama sahaja, yang membezakan, aku, khairunnisa’ dan nawal syafiqah dua kali belajar, memahami dan mendengar ilmu yang sama. Semoga dengan ini dapat memantapkan lagi ilmu di dada kami. Amiin.

Tuesday, August 9, 2011

Nasihat ustaz's buat ku

masalah yang bertimpa-timpa jadi rahsia antara ummul dan DIA ..dah lama ummul tahan akhirnya benteng ketahan itu pecah dek air yang kuat menghempas benteng kukuh yang dibina selama ini...puas sudah bertemu dan meratap dengan kekasih teragung, Dia ilhamkan kepada ummul agar bertanya kepada mereka yang arif...

ustaz 1:
1. betulkan niat, 2. sangka baik dengan Allah 3. banyakkan istighfar
~amal yang dahulu nilai sendiri sekarang~muhasabah ye ummul...

ustaz 2:
~selesaikan satu2..cek mana yang paling penting dahulukan dulu, susun keutamaan dulu kemudian buat step by step..di samping rancangan perlu ada sandaran iaitu doa pada Pemilik segala urusan agar dipermudahkan urusan, doalah banyak..~tingkatkan hubungan dengan Allah ya Ummul...

ustaz 3:
sabar, tenang, dan tabahkan diri. memang pada kita mungkin ia besar, tapi kepada yang lain remeh sahaja. Masalah yang kita hadapi itu jadi tekanan. apa pun ummul teruskan kerja, lakukan perlahan-lahan, jika dah xmampu dan beri tekanan, BUKAN LETAK JAWATAN tetapi SERAHKAN JAWATAN kepada orang lain. Selalu lakukan macam mana ustaz ajar dulu untuk tingkatkan motivasi diri.~kuatkan semangat teruskan usaha ye ummul~

setelah menerima pelbagai bentuk nasihat yang membina dari ustaz-ustaz ku, langkah yang payah ini insyaAllah akan ummul teruskan jua walau perit bagaimana sekalipun kerana hal ini menyedarkan ummul akan satu perkara, seorang Muslim itu tidak akan pernah habis dengan kerja-kerja agama yang harus dilakukan. ummul harus melupakan hal yang remeh-temeh, dugaan2 yang banyak setiap kali membawa tugasan, akan ummul cuba sebaik mungkin hadapinya kerana tidak dikatakan beriman seseorang selagi dia tidak diuji. terima kasih ye ustaz..

BUAT YANG TERBAIK DEMI ALLAH!!!

Sunday, May 8, 2011

..Agar Keaktifan Tidak Sia-Sia..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saudara yang saya kasihi,

Tulisan ini saya tujukan khas buat saudara dan pembaca yang lain. Ia ditulis atas dasar nasihat kerana agama itu sendiri adalah nasihat. Walaupun sudah lama saya berfikir untuk menyampaikannya, hari ini baru hajat saya ini kesampaian. Saya juga teragak-agak adakah ini wasilah yang terbaik untuk saya sampaikan mesej saya ini. Tapi akhirnya ini jugalah wasilah yang saya pilih kerana sebahagian dari apa yang akan saya lontarkan kemungkinan berkait juga dengan ramai pembaca lain.

Saya jauh lebih tua dari saudara tetapi saya anggap tulisan ini sebagai nasihat dari seorang rakan kepada rakan yang dikasihinya. Saya menganggap saudara sebagai rakan dalam dakwah ini kerana melihat kesungguhan dan semangat dalam diri saudara. Kehidupan dan jadual harian saudara menjadi saksi apa yang saya katakan ini. Bagaimana cara saudara membelanjakan wang juga menguatkan telahan saya terhadap saudara. Moga-moga Allah menerima apa yang saudara lakukan. Saudara akan merentasi perjalanan yang panjang dan berdepan dengan pelbagai liku dalam perjuangan. Moga-moga tulisan ini diterima dengan hati yang terbuka dan dapat mengajak saudara untuk berfikir walau pun sejenak. Anggaplah tulisan ini sebagai waqfah Ibrahim buat saudara (berdiri Nabi Ibrahim a.s. sejenak untuk melihat ka’bah dari jauh dan menilai binaan ka’bah yang sudah dibina sebahagiannya adakah tepat dan akan sempurna mengikuti plan asal atau tidak).

Saudara yang saya hormati,

Potensi yang Allah berikan kepada manusia tidak sama di antara seorang dengan seorang yang lain. Setiap potensi itu akan memudahkan seseorang untuk mencapai tugas yang dia dicipta untuk itu. “Setiap orang akan dipermudahkan untuk tujuan penciptaannya.” Kepelbagaian potensi manusia ini juga antara lain yang menjadi rahsia kepentingan amal jamaie. Setiap potensi akan melengkap dan menyempurnakan yang lain. Dengan itu sahajalah dakwah akan berjaya, kerana dakwah tidak mampu maju dengan satu jenis potensi dan satu atau dua jenis bakat sahaja. Inilah punca kenapa dakwah yang dilakukan secara ‘solo’ tidak akan bertahan lama. Samada dia akan mati bersama keletihan pendakwahnya atau mati kerana kekurangan modalnya.

Saudara yang saya kasihi,

Saudara telah memilih untuk terlibat di dalam amal jamaie. Tahniah saya ucapkan kepada saudara. Memilih untuk melakukan dakwah secara jamaie adalah pilihan yang amat tepat dan berani. Tepat kerana itulah sebenarnya apa yang ditunjukkan kepada kita oleh pejuang-pejuang Islam sebelum ini. Ia adalah sunnah para Rasul. Berani kerana pemilihan itu akan menjebakkan saudara dalam pelbagai masalah yang tidak akan saudara hadapi kalau saudara berdakwah secara persendirian.

Saudara yang saya kasihi,

Amal jamaie bukan sekadar perkumpulan yang menghimpunkan pendakwah-pendakwah. Sebaliknya ia adalah penyatuan dan penyusunan semula tenaga saudara dan tenaga pendakwah-pendakwah yang lain ke arah satu matlamat yang disepakati bersama dengan menggunakan wasilah dan peraturan tertentu. Alangkah besarnya matlamat dakwah ini untuk kita tanggung sendirian. Alangkah perlunya tenaga disusun sebaiknya agar matlamat itu benar-benar mampu kita kejar. Alangkah perlunya perbincangan sesama kita untuk mengeluarkan kita dari tenggelam melayan ‘hobi dakwah’ kepada melaksanakan projek dakwah berdasarkan objektif dakwah itu sendiri.

Ia juga bukan kelab untuk saudara mendapat kerehatan dan perlindungan. Sebaliknya ia adalah medan untuk saudara bekerja yang pastinya akan mendedahkan diri saudara kepada bahaya dan ancaman luar. Melibatkan diri dengan amal jamaie perlu saudara lengkapkan dengan kesediaan jiwa dan mental untuk menanggung risiko; apa juga jenis risiko. Allah akan menguji saudara dengan ujian yang kecil sebagai persediaan untuk menanggung ujian yang lebih besar di hari kemudian. Jangan ambil sikap mudah lari dari ujian itu kerana itu tidak akan mendidik saudara untuk menghadapi ujian yang lebih besar 10 tahun akan datang. Hadapilah ujian dengan bijak dan jangan sekali-kali menafikan kewujudannya. Tidaklah kemahiran dakwah itu selain dari kemahiran menyelesaikan ujian yang datang kepada kita.

Ia bukan ruang untuk saudara melepaskan rindu dendam kepada rakan-rakan. Sebaliknya ia adalah ruang untuk saudara dan pendakwah-pendakwah lain saling memberikan nasihat dan teguran terhadap kewajipan-kewajipan dakwah yang belum terlaksana. Dua sikap asas dalam syura yang sering pendakwah abaikan. Harapnya saudara tidak menjejaki pendakwah lain yang mengabaikan dua sikap ini iaitu sikap memberikan pandangan dan sikap menerima nasihat. Tidak mungkin apa yang saudara lakukan tidak ada salah silapnya. Tidak mungkin apa yang saudara usahakan sekarang tidak ada usaha yang lebih utama daripadanya. Saudara perlu berani mempertahankan apa yang saudara lakukan. Tetapi di masa yang sama saudara perlu bersedia untuk menerima pandangan pendakwah lain. Budaya nasihat dan menegur itulah yang akan memantapkan amal saudara. Saudara akan makin matang dan langkah dakwah saudara akan makin mantap jika saudara bersedia untuk menghidupkan budaya ini dengan sebaiknya.

Ia bukan batu loncatan untuk satu fasa dalam kehidupan saudara. Sebaliknya ia adalah hidup mati saudara bersama perjuangan dakwah dari awal hingga ke akhirnya. Bersama di dalam suka dan bersama di dalam duka. Bukan seumpama universiti yang akan ditinggalkan lalu saudara membawa nama universiti itu di dalam diri saudara untuk membina peribadi saudara yang baru. Sebaliknya saudara akan sentiasa bersamanya dan ia akan berkembang dengan diri saudara. Dengan itu kesetiaan amat-amat diperlukan di dalam amal jamaie.

Saudara yang saya hormati,

Di antara fasa penting di dalam dakwah secara amal jamaie adalah membina organisasi dakwah itu sendiri. Kita terpaksa melabur banyak untuk itu. Masa dan tenaga perlu dicurahkan untuk itu kerana itulah yang akan menjamin kemampuan kita untuk menghasilkan kejayaan dalam projek-projek dakwah.

Musuh bergerak secara tersusun dalam organisasi mereka yang mantap. Mereka ada budaya pengurusan mereka sendiri. Mereka ada perjanjian sesama mereka. Mereka mampu menjelmakan idea mereka dalam gerakerja berpasukan. Mereka berjaya menggunakan seluruh sumber yang mereka miliki dengan sebaiknya. Mereka merancang dan menurunkan perancangan kepada semua dalam juzu’-juzu’ perlaksanaan. Setiap yang terlibat akan memainkan peranan yang walau pun mungkin nampak kecil tetapi ia adalah penyempurna kepada satu perancangan yang besar.

Saya tidak rasa bahawa saudara akan susah untuk memahaminya kerana saudara bekerja di sebuah syarikat besar di Malaysia. Kejayaan syarikat saudara tidak lain kerana kejayaan mereka melahirkan impian yang besar dalam bentuk gerakerja berpasukan. Mereka berjaya membentuk organisasi kerja yang kuat dan kukuh. Ada peraturan yang dihormati semua. Ada jadual berkala untuk mesyuarat. Ada keputusan yang akan dilaksanakan dan ada mekanisme penurunan keputusan dan polisi dalam bentuk projek. Ada juga budaya yang dirasai oleh semua dan semua cuba untuk menyesuaikan budaya tersebut dalam dirinya supaya dia dirasai sebagai sebahagian dari syarikat. Fokus kepada satu agenda cukup dirasai oleh sesiapa sahaja.


Saudara, percayalah bahawa apa yang perlu di marhalah ini juga adalah perkara yang sama; membina organisasi yang kuat itu tadi. Saya yakin saudara mengimani idea yang saya lontarkan ini. Saya juga yakin bahawa saudara juga mengimpikan apa yang saya impikan. Perbezaan di antara kita mungkin pada skala kekuatan organisasi yang ingin kita lahirkan.

Saudara mungkin akan rasa gembira dengan kejayaan saudara melahirkan semangat pada pendakwah-pendakwah baru di bawah lapis saudara. Saudara juga mungkin akan cukup puas hati dengan satu senarai aktiviti-aktiviti dakwah yang telah berjaya saudara lakukan dan yang akan saudara lakukan untuk sepanjang tahun ini. Saudara juga akan berasa maju ke depan kerana saudara diberi kepercayaan untuk menyusun susunan organisasi mengikut apa yang saudara rasa dan memimpin beberapa pendakwah yang jauh lebih berumur dari saudara. Tetapi adakah saudara yakin bahawa saudara akan berjaya membina organisasi yang kuat dengan ini semua?

Mewujudkan asas fikri kepada organisasi satu cabaran kepada kita semua. Organisasi yang kuat mempunyai asas fikri yang kuat. Memahami Islam dari sumbernya adalah asas kerana asas kepada fikrah kita adalah ajaran Islam itu sendiri. Memahami sirah Rasulullah s.a.w. dan mengambil pengalaman dari harakah-harakah Islam yang terdahulu membantu untuk membina asas fikri. Kajian untuk memahami dan menafsirkan realiti umat juga akan menentukan bentuk fikrah organisasi yang kita bina. Bagaimana organisasi yang kuat itu dapat dilahirkan jika ia tidak memahami semua ini?

Menurunkan fikrah dan idea kepada projek-projek dakwah satu lagi cabaran kepada organisasi yang kita ingin bina itu. Berfikir itu satu kepayahan. Menukarkan idea kepada amali yang akan mendatangkan hasil lebih susah berkali ganda. Projek dakwah mestilah sesuatu yang menyentuh masalah umat dan menyelesaikannya. Bukan satu kitaran yang kebiasaannya dilakukan oleh sebahagian; berfikir, melontarkan idea, diterima idea tersebut, disebarkan, difikirkan oleh orang lain, dilontarkan, diterima oleh orang lain dan disebarkan dan terus disebarkan. Usaha seumpama itu tidak akan lebih dari meluaskan daerah perkongsian idea dan fikrah tetapi tidak sama sekali akan menyentuh umat yang berdepan dengan masalah kejahilan, hiburan yang melampau, kekayaan yang tidak diagihkan dengan adil, masalah sosial dan sebagainya. Dapatkah saudara memahami jauhnya jarak di antara idea dan projek dakwah tersebut?

Membina pekerja untuk projek dakwah itu lebih sukar lagi. Saudara mungkin akan rasa mudah melakukan aktiviti tajmik. Tetapi cabaran yang saudara akan benar-benar hadapi adalah kemampuan saudara melibatkan seorang demi seorang yang saudara tajmik ke dalam projek-projek dakwah dalam bentuk kerja organisasi. Mentajmik mesti disusuli dengan menyusun tenaga. Tenaga yang tidak disusun akan ditimpa penyakit jemu dan akhirnya akan meninggalkan saudara. Ini adalah apa yang saya dapat simpulkan hasil daripada apa yang saya lihat berlaku kepada beberapa orang rakan pendakwah yang tidak berjaya melibatkan pendakwah yang dikumpulkannya di dalam projek-projek dakwah.

Menjaga stamina pendakwah satu lagi cabaran bagi organisasi dakwah. Dunia menarik pendakwah sama seperti mana dia menarik manusia lain. Masalah menimpa pendakwah juga sama seperti ia menimpa orang lain. Pendakwah dalam organisasi yang mantap mana sekali pun akan terdedah dengan pelbagai kerenah dan masalah kerana dia adalah manusia. Organisasi yang mantap bijak untuk membelai dan menyergah ahlinya. Yang lemah mampu dikuatkan. Yang penakut akan menjadi berani. Yang jatuh, mampu untuk dipimpin. Saya pernah bertemu dengan seorang pendakwah dari luar negara. Beliau menguruskan satu organisasi dakwah yang hebat menghasilkan produk-produk dakwah di dalam masyarakat setempatnya. Saya bertanya kepadanya perkara yang paling susah yang beliau hadapi dalam pengurusan organisasi dakwah. Percayalah saudara, beliau menjawab: “Menguruskan manusia.”

Saudara yang saya kasihi,

Inilah organisasi dakwah dalam pemikiran saya. Tanpanya kita akan berpusing pada putaran yang sama untuk selama-lamanya. Atau pun kita akan keletihan berlari di atas kapal yang tidak bergerak. Organisasi ini akan sentiasa berkembang berdasarkan fasa dan tuntutan semasa dan kita perlu mengembangkannya. Itu yang akan menjadikannya terus relevan untuk wujud.

Adakah saudara bersetuju dengan tasawwur saya terhadap organisasi dakwah ini?

Saudara yang saya hormati,

Satu lagi perkara yang suka saya kongsikan dengan saudara di sini adalah peningkatan diri kita sendiri di dalam kefahaman dan amal dakwah. Dahulu saudara ditarbiah dan saya masih lagi ingat peringkat awal saudara terlibat dengan aktiviti tarbiah. Kefahaman saudara meningkat dan amal saudara juga bertambah baik. Kemahiran dakwah fardiah dan kemahiran mentarbiah saudara pelajari dan berhasil menjadi sifat dan kemahiran saudara. Saudara sememangnya mempunyai potensi besar di dalam dakwah. Kemahiran-kemahiran yang sukar untuk difahami oleh pendakwah lain mampu saudara fahami dengan baik. Persoalan-persoalan yang saudara sentiasa ajukan juga menunjukkan kematangan saudara di dalam perkara tersebut. Tetapi saudara, ilmu dakwah tidak terhad setakat itu sahaja. Banyak lagi ilmu tentang dakwah yang perlu saudara pelajari.

Saya mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan saudara ketika mana saya mula-mula menjejakkan kaki ke tanahair. Ilmu yang didapati dari luar negara selama hampir lapan tahun rupa-rupanya cuma cukup untuk melakukan perkara-perkara asas dalam amal dakwah sahaja. Dengan tidak terbukanya peluang untuk saya menambah ilmu dakwah di tanah air pada masa itu, saya rasa cukup kerdil untuk menanggung beban dakwah di tanah air.

Keadaan sudah berubah sekarang. Saudara mempunyai peluang untuk mempelajari apa yang sepatutnya disambung pembelajarannya. Jangan sesekali lepaskan peluang kerana peluang tidak akan datang banyak kali. Dakwah fardiah dan tarbiah saudara fahami dengan ilmu, amal, bengkel, teguran, perkongsian pengalaman, kes-kes yang dikendalikan dan sebagainya. Maka begitulah juga dengan ilmu-ilmu dakwah yang lain. Ia akan melalui proses yang sama. Bacaan hanya salah satu wasilahnya. Mencuba sendiri tanpa ilmu asas berkenaannya; tidaklah diperlukan kecuali jika memang kita tiada pembimbing.

Saudara yang dikasihi,

Panjang sudah celoteh saya pada saudara. Moga ia tidak menjemukan dan saudara tidak keberatan untuk membacanya berkali-kali. Saya juga amat-amat mengharapkan saudara memberikan nasihat dan teguran kepada saya dalam apa-apa juga isu dakwah. Kita semua berhajat kepada nasihat dan perkongsian.

Moga Allah menerima amal yang kita lakukan.

Wassalam.


Oleh: Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni,

Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Blog: Satu Perkongsian

Saturday, May 7, 2011

Monolog Kasih Buatmu Ibu


Uweekk..uweeekk..

Saat tangisan memecah keheningan malam,

Tika insan lain diulit mimpi indah,

Tabahnya hati ibu, kuatnya kudrat mu,

Kepenatan mencengkam seakan hilang,

Didodoi lembut terhenti tangisan,

Lantaran cinta ibu luntur segalanya,

Dalam pekat malam ibu setia di sisi,

Mendodoi lembut lena berpanjangan.


Kriiiing..!!!

Bunyi jam mengejut lena ibu,

Tidurnya hanya seketika,

Bagi ibu dunia adalah ladang,

Amalan membuahkan hasil di syurga,

Berselimut kegigihan dan istiqamah berpanjangan,

Tahajud ibu penuh kesyahduan,

Kekhusyukkan dan kehambaan yang mendalam buat Pencipta Cinta,

Tangisan insaf diulit kesyukuran tidak terhingga,

Bertafakur, mengharap mawaddah Ilahi berpanjangan,

Seteguk doa tulus ikhlas buat permata hati,

Pejuang agama, pembela negara,

Anakku, inilah harapan ibu padamu.


Aliff..Baa..Taa..

Tekun ibu mentarbiyah anak-anaknya,

Dengan ilmu ukhrawi dan duniawi ,

Harapan ibu berbunga sentiasa,

Ya Rabbi, jadikanlah permata hatiku ini,

Mujahid dan mujahidah yang soleh dan solehah,

Yang menghampar segenap cinta dan jiwa raganya,

Hanya untukMU ya Allah..”

Ibu pintal dugaan menjadi benih ketabahan,

Ibu anyam kedukaan menjadi penenang jiwa,

Ibu simpan penderitaan demi kebahagiaan anak-anak,

Keringat ibu, sakit ibu,

Menjadi bukti kasih yang tiada gantinya.


Kini, aku anakmu ibu,

Dengan kasihmu aku membesar,

Dengan segenggam tabah yang kau tabur,

Benih-benih iman yang ibu semai,

Kasih sayangmu tidak pernah luntur bersemadi di jiwaku,

Anakmu ini berjanji duhai ibu,

Akanku genggam wasilah perjuangan ini,

Tarbiyah itu hidupku selamanya.


Terima kasih ibu,

Semoga ibu dirahmati bersama lembayung kasih Ilahi yang berpanjangan,

Sepanas dan sehangat kasih ibu kepadaku,

Walau kini ibu tiada lagi di sisiku,

Amanah dan nasihatmu ku pegang utuh,

TERIMA KASIH IBUKU SAYANG…