Friday, December 21, 2012
Dakwah: Kenapa Kita Asyik Di Tolak?
Posted by ummul mujahidah_90 at 7:54 AM 0 comments
Thursday, December 13, 2012
Saturday, November 17, 2012
Mengubati Hati Yang Luka...
Posted by ummul mujahidah_90 at 10:13 PM 0 comments
Sunday, November 11, 2012
Cerita saya dan sahabat
ada atau tidak mereka di dunia..ingatan buat mereka setia di hati..
memori bersama mereka tidak mungkin dapat dilupakan..
ceria, senyuman, tangisan, amarah mereka..
itu semua kenangan yang bakal menjadi ubat kerinduan..
sahabat ku...
kita saling melengkapi..
apa jua kelemahan mu aku terima..
kelemahan aku pun kamu terima
moga kita sama-sama memperbaiki diri agar dapat menjadi penghuni firdausi..
aku tetap aku yang dulu..
pusi ini dititip khas buat mereka yang sering bersama ku..
tanpa kalian, tidak akan tercipta memori indah itu..
ANA UHIBBUKUMULLAH...
Posted by ummul mujahidah_90 at 4:17 AM 0 comments
Tuesday, October 23, 2012
"aku dan Dia"
Penuh bersawang blog ini seandainya ia dianggap seperti bilik, apa tidaknya sekian lama terbiar tanpa catatan dari jari jemariku..kerana terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang jari-jemari ini "berehat" seketika untuk mengetuk-ngetuk papan kekunci dan sign in ke ke blogger.com
Allah..Allah..Allah...terima kasih atas segalanya..tidak mampu untuk menaip dan menceritakannya di blog..cukuplah ia jadi rahsia antara aku dan Allah...kerana aku yakin di sebalik apa yang terjadi ada hikmah sedang disusunnya..mungkin sekarang aku tidak nampak..mungkin juga aku sedang belajar sesuatu..yang paling penting, Allah nak jadikan aku muslimah yang lebih baik..amin3 ya Rabb..jika ditoleh pada kenangan semalam, umapama mimpi dalam mimpi..
Tidak pernah terlintas di fikiran dengan apa yang bakal aku alami..tapi aku sedar, aku tidak berhak untuk bertanya kenapa..kerana aku yakin, inilah cara Allah menegurku dengan ikhlas..menunjukkan kasih sayangNya padaku..hampir sebulan lebih aku cuba bangkit ..mencari kekuatan..aku umpama hilang diri..aku jadi keliru..fikiranku bercelaru..peristiwa hitam itu bertimpa-timpa terjadi..sampai hati ini mula jadi tidak berperasaan..penat berfikir tentang perasaan yang hancur sehingga banyak kerja terbengkalai sedangkan tugas aku masih banyak..cita-cita masih belum dicapai..fokusku harus ke arah itu..
buat mereka yang aku sayang, terima kasih Allah..hadirnya mereka memberi seribu rencam..ada yang menghadiahkan kesakitan ada juga yang setia bersamaku..aku tetap sayang kalian...kalian wasilah dari Allah untuk mendidikku menjadi lebih baik..aku sedar diri masih lagi dilingkari dosa semalam..semuanya pasti berhikmah..Alhamdulillah..aku dah dapat diri aku kembali!!!aku berjaya bangkit dari luka semalam..
terima kasih Allah..walau pahit tetapi manis..yang indah itu xdapat dinilai..Allah..Allah..Allah..jangan Kau gelincirkan aku walau untuk seketika..Allahuakbar..
Posted by ummul mujahidah_90 at 7:12 AM 0 comments
Tuesday, September 11, 2012
TAKDIR KASIH
Posted by ummul mujahidah_90 at 8:28 PM 0 comments
Sunday, September 2, 2012
Laporan HATI
Jarang kita bertanya khabar dengan hati kita...sering kali kita biar hati kita melayani perkhabaran duka yang menyapa dan utusan gembira yang hadir..kita sering terlupa untuk mengubati hati agar ia kekal muda dan kuat dalam menerima apa jua utusan yang bakal hadir..kata hati kita hiraukan ..kita buat tidak peduli sedangkan Allah sudah berpesan kepada kita untuk jaga dan didik segumpal darah yang bernama hati.
Duhai hatiku sayang, sekarang aku beri engkau peluang untuk meluahkan segalanya, sekian lama kau berkhidmat untukku...silakan duhai hatiku sayang...
Jasad tempat aku berkhidmat...engkau begitu sabar mengharungi hidup..jiwamu begitu kental..engkau tak pernah hirau akan apa yang insan lain katakan dan kau tetap teruskan langkahmu itu..tetapi ketahuilah, hatimu ini semakin tenat sakitnya..begitu banyak tampalan-tampalan luka di dinding hatimu ini..aku perlukan rehat tetapi kau tidak pernah berikan aku rehat.. dan aku cuba faham..tetapi hari ini, maafkan aku..dah lama aku pendam air mata ni..air mata ini bukti kekuatan aku menahan tikaman-tikaman yang hadir..aku hanya ingin kau lepaskannya buat seketika kerana aku ingin kurangkan kesakitan yang sedang kau rasakan..sabarlah duhai tuan empunya badan tempat aku berkhidmat..apa yang Allah uji kita kerana Dia tahu apa yang kita PERLUKAN, Dia bukan beri apa yang kita SUKAKAN. Engkau kan dai'e jadi sudah tentu ujian yang Allah beri kepada kau agak special berbanding insan lain. Aku akan terus berkhidmat kepada engkau dan aku harap engkau tetap terus setia memberiku makan agar aku tetap terus tegar menganyam kesabaran di istana hati ini.
- bersihkan hati dari syirik, kuatkan tauhid + aqidah, tundukkan hawa nafsu.
- membersihkan hati dari kesombongan, amalkan rendah diri dan tidak melihat dirinya lebih baik dari orang lain.
- membersihkan hati dari iri dan dengki. ~kecuali dalam hal kebaikan
- berdoalah kepada Allah supaya tetapkan hati kita dalam kebersihan dan dijauhkan dari kekotoran.
- bersahabat dengan orang2 soleh supaya sentiasa terjaga hati dan selalu diingatkan kepada kebaikan.
Posted by ummul mujahidah_90 at 9:28 PM 0 comments
Tuesday, August 14, 2012
Ceritera Ramadhan
Masa umpama pedang. Pejam celik, pergi kampus, balik rumah tanpa kita sedar Ramadhan hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk meninggalkan kita..(adakah ini Ramadhan terakhirku Allah....) sambil ralit membelek kembali album kenangan di dalam akaun fb ku, semenjak zaman dahulu kala, waktu ketika arwah ijah dan kak humaidah hidup lagi, masa ketika arwah atok kesayangan masih bernafas lagi..segala komen mereka terasa begitu bermakna..(melankolik seketika)...bukan bermakna tidak redha (siapalah aku untuk mempersoalkan kehebatanNYA..) cuma terkenang kembali memori indah bersama mereka..Al-fatihah..
Sesibuk mana pun, Allah tetap memberi 24 jam sehari kepada semua manusia, jadi tidak ada alasan yang boleh diterima jika kesibukkan menghalangku daripada bersama-sama adik2 usrah tercinta. Gambar diatas ketika Prgram STEP oleh cikgu Aliff dan tautan ukhuwah oleh Kak Norma daripada UNIMAS.Semoga ilmu yang bertambah dapat memberi manfaat kepada orang lain. "Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak menyintai saudaranya seperti mana dia menyintai dirinya sendiri"...Semoga kami tetap thiqah di jalan MU Allah..aminn...
Pada 4- 6 Ogos 2012, aku, dan beberapa orang adik-adik usrah pergi ke Melaka dan gambar di atas menunjukkan chalet yang kami duduk, iaitu Chalet Deruan Ombak bertempat di Pengkalan Balak dan berhadapan dengan pantai. Betulke pantai???tak percaya???buktinya......^_^
Gambar ni betul-betul diambil di hadapan chalet kami tadi. Paling best bila banyak buaian yang di sangkut di pokok-pokok, apa lagi mainlah..^_^...ada lapangan untuk bermain bola tampar pantai, dan laut dekat sangat-sangat. Tak padan dengan puasa hyper active betul azra ..huhu
Program Usul 20 karangan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna disampaikan oleh Usu. Khusyuk kami mendengar dan semoga program tarbiyah ini menjadikan kami lebih dekat dan faham dengan Islam. InsyaAllah...(saya akan menceritak usul 20 dalam post saya seterusnya..insyaAllah)
Pemandangan waktu petang. Sempat dirakam ketika dalam perjalanan ke Majlis Iftar ISMA Melaka.
solat jemaah maghrib + isyak + terawih after iftar
Bacaan mathurat di tepi pantai yang indah~~~
Bersama adik-adik tersayang..p/s: cantik kain batik azra..heee
iftar bersama rakan-rakan sekerja..(masa ni dah rasa rindu nak iftar dengan housemate)..
Pengisian ketika Program Rehlah Masyi disampaikan oleh ukhti Siti Zubaidah daripada PEMBINA UPM..syukran ukhti atas perkongsian...May Allah bless u always...
Mereka nilah sweetheart saya..^_^..setelah penat apalagi bergambar kenangan..May our ukhuwah will never end and untl jannah..ana ithar antunna...
Last day bersama kawan2 sekerja..terima kasih buat abg wan, kak ida, kak jatt, kak nurul, big boss miss nirmala..thanks kerana belanja kami..moga murah rezeki..venue: Pumpkin House
pelbagai program dilalui, sesibuk bagaimanapun kita, jangan lupakan Allah kerana Dia yang paling utama. Jika Dia tidak mengizinkan, maka semuanya tidak akan berlaku.Apabila kita gembira jangan terlalu mudah melupakan Dia yang memberi rasa. Jangan mudah mengeluh jika disakiti, kembali padaNYA. Semoga madrasah Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita seorang hamba yang lebih mantap imannya, lebih mantap akidahnya dan teruslah istiqamah dalam menuju jalan Ilahi sebagai seorang hamba.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..BERSEDERHANALAH DALAM MERAI KEMENANGAN DAN BERSYUKURLAH. USAH MEMBAZIR. I WILL MISS RAMADHAN SO MUCH......
Posted by ummul mujahidah_90 at 10:42 PM 0 comments
Thursday, August 9, 2012
muhasabah
kata-kata Dr. Ustaz Tariq Ramadan
"Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi saya melainkan Allah.
Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis di atasnya, tiada
siapa yang menyokong saya tetapi Allah. Menyenangkan hati manusia adalah
sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah. Kadangkala
manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan,
...
Namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan.
Dialah Allah, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah."
*hebatnye rahmat Allah...ampunilah hambaMu ini Ya Allah..:( *
*hebatnye rahmat Allah...ampunilah hambaMu ini Ya Allah..:( *
Posted by ummul mujahidah_90 at 8:13 PM 0 comments
Tuesday, August 7, 2012
Allah, Allah, Allah..
Usaha tangga kejayaan..dan banyak lagi kata-kata hikmah. Seorang dai'e haruslah kuat berusaha kerana ALLAH TIDAK MEMANDANG PADA HASIL, TETAPI DIA MENILAI PADA USAHA YANG DILAKUKANNYA. Pengharapan dan secebis impian menyemarakkan lagi usaha dakwah ini..
....................................................................
"asif, ana tak dapat join usrah lagi..." "ana nak tumpu kepada benda lain" "ana nak quit".............
Kita sering mengatakan seorang dai'e haruslah tabah tetapi dalam kita menjalankan tugas haruslah beringat yang hati manusia itu Allah yang pegang. Sehebat mana pun usaha kita tetapi jika Allah tidak mengizinkannya maka pasti tidak akan berlaku. Sedih atau tidak, jangan sampai patah sayap dakwah kita lantaran hilangnya seorang yang dikasihi, mungkin Allah sedang merencana yang terbaik buat dia dan juga kita. Jalan tarbiyah Allah itu luas, jadi jangan cepat melatah walaupun ada sedikit rasa terkilan dan kecewa, positiflah dengan apa yang Allah hadiahkan. Dia sedang mengajar sesuatu dalam diri kita..jika kita kehilangan seseorang daripada mad'u kita, fikir dan renung kembali sirah nabi. Allah sedang menguji tahap kecintaan kita kepada perjuangan nabi Muhammad saw, kegigihan jiwa, ketegaran dakwah di jalanNYA ini. Ingatlah, Jalan itu tidak seindah yang sering diperkatakan.
Tajmi' manusia tidak seperti mengajar seseorang kerana antara faham dan tahu amat jauh perbezaannya. Teruskan berdakwah walau hati teruk dilukai kerana itulah tanda kasih kita kepadaNYA. Jika tiada siapa yang sudi menjadi pendengar, bertemulah dengan Allah. Dia setia mendengar segala esak tangisan dan hanya Dia mampu memberi kekuatan buat kita. Live my life for ISLAM!!!
Inginku ulang beribu kali nama indah-Mu itu.
Menangisku ku di hamparan penuh syahdu,
Air mata mengalir laju,
Tubuhku lesu, diamku bisu
Cuma esakan memecah hening malam sepi
Bertapaku sendiri,
Ya Allah,
Betapa ku sedar diri ini,
Hati penuh selut dosa,
Dek perbuatan sia-sia,
Penuh maksiat dalam bahagia,
Penuh alpa dalam dunia sementara,
Inginku ulang beribu kali nama indah-Mu itu.
Kau lah yang maha pengasih dan penyayang,
Sungguh, aku malu pada-Mu,
Meminta ini itu,
Di kala diri ini merasa amat memerlu-Mu,
Sedangkan dosaku
Bagai buih di lautan biru,
Tidak terhitung olehku,
Menangisku mengingatkan-Mu,
Menangisku lagi mengingatkan dosaku.
Inginku ulang beribu kali nama indah-Mu itu.
Kesal menebal dalam diri
Sungguh, aku kesali,
Semua dosa yang aku lakukan
Semua maksiat yang jadi ikutan
Semua perintah-Mu yang ku tinggalkan,
Ya Allah,
Aku tahu diriku bukan terbaik
Bukan dari golongan solehin,
Tapi pada malam ini,
Ku bersujud pada-Mu,
Penuh rasa tawadhuk merendahkan diriku,
Terimalah taubatku,
Sesungguhnya Kaulah maha berkuasa,
Maha mendengar rintihan seorang hamba,
Yang menyesal mengenangkan dosa.
Inginku ulang beribu kali nama indah-Mu itu.
Pintaku agar Kau ampunkan daku,
Tingkatkan imanku,
Hulurkan kasih-Mu selalu,
Jangan biarku hanyut lagi seperti dulu,
Sudah cukup sudah,
Ku inginkan diri yang baru,
Yang selalu memuja-Mu,
Yang selalu mengagung-Mu,
Yang selalu berada di landasan-Mu,
Agar diriku,
Sentiasa dibawah lindungan kasih dan sayang-Mu
Allahu Rabbi.
Posted by ummul mujahidah_90 at 8:57 PM 0 comments
Aku ini tulang rusuk milik siapa
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Posted by ummul mujahidah_90 at 7:58 PM 0 comments
Menanti
Andai diri ini yang kau suka,
Andai diri ini yang kau cinta,
Nyanyikan isi hatimu,
Tujuanmu, hasratmu, impianmu,
Suntinglah daku,
Jadikanku yang halal disisimu,
Agar dirimu jua diriku,
Tidak diulit indah pelukan sang nafsu,
Yang mengasyikan jiwa,
Membutakan mata,
Memekakan telinga,
Menyempitkan minda,
Menuju lembah binasa.
Tidak perlu tunggu-tunggu,
Datang saja ke wali ku,
Hamparkan tujuanmu,
Ahh, nak fikir itulah, inilah..
Ahh, duit belum cukup lagilah..
Ahh, sampai ke sudah tidak nikah!
Bukankah perkahwinan itu salah satu pintu rezeki,
Sunnah Rasulullah yang di rahmati,
Berkah duniawi akhirati,
Pada umat yang mencontohi.
Ku tak perlu intan permata,
Dijadikan mahar dihari bahagia,
Hantaran berbakul-bakul tersedia,
Dengan brand Gucci, Chanel, Dolce & Gabbana,
Bukan itu yang ku mahu!
Seperti Rasulullah bermadah,
Sebaik-baik mahar adalah yang mudah,
Buatku cukuplah begitu,
Keberkatan jua dituju,
Agar bahagia bertaut selalu.
Hanya itu yang ku pinta,
Bercinta biarlah sampai ke syurga,
Dengan diiringi restu ayah bonda,
Hukum syariat biar terjaga,
Biar bahagia sentiasa,
Dengan pernikahan yang mulia,
Kau dan aku dirahmati jua.
Posted by ummul mujahidah_90 at 7:53 PM 0 comments























