Saturday, November 17, 2012
Mengubati Hati Yang Luka...
Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada 
ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau 
suasana.
Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. 
Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara 
yang sering dikongsia oleh pakar.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat,  tapi perlu diaplikasi berterusan. 
Mengaku saja anda sering merasa sedih  sebab banyak kali mengingat 
kenangan pahit atau selalu kembali ke memori  silam yang lalu, betul 
tak? Kita kena cut connection feeling kita  dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu,  selupa yang 
mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus  kepada masa depan 
anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan,  keilmuan dan rakan-rakan.
 Anda takkan dapat melupakan kesemua memori  pahit sekaligus, tapi 
lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada 
perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh  dipercepatkan 
dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada  dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik,  masalah dan musibah - tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada  kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu  menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang 
sikap risau,  belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal 
emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap  syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap 
syukur  kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat 
dan  menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang  
memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap
 syukur  seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga 
rasa  syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam  
sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat  membersihkan hati dari perasaan negatif dan 
emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif 
 yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih  
dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu 
 ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda 
satu  ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu 
menarik  ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa  bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar 
menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang 
lucu, baca cerita  yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang
 lucu serta cari  "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh 
ketawa secara  automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa 
layan kecewa  sedangkan anda boleh ketawa? Come on...
6. Ubah Fikiran
Kita tak  boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih
 dan murung.  Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita 
fikirkan  tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. 
Rahsianya,  cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak  berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai  positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi  keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang  baik-baik datang sendiri pada 
anda. Anda menjadi apa yang anda selalu  fikirkan. Buat apa fikir yang 
buruk sedangkan anda boleh tarik semua  yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini  hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan  keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang 
tinggi,  pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
 Allah  menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan 
sekadar  dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa 
lalu. Buat  baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik  kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, 
mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan
 berfikir yang  baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan 
keadaan. Sebelum  masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan 
harinya.
Lafazkan  dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas  bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk  Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik,  sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
Posted by ummul mujahidah_90 at 10:13 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment