RSS

Tuesday, May 25, 2010

Warkah buat sahabat-sahabatku...

BERSAMA SEBAHAGIAN SAHABAT TERCINTA


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…Tuhan sekelian alam, pemilik segala jasad yang bernafas di atas muka bumi ini, yang telah mencatit segala qada’ dan qadar-Nya..Allah..yang maha esa…cinta hatiku…di jiwaku..hanya cinta Dia yang ku dambakan.

Sudah lama jari-jemariku tidak menulis..menyoret secebis rasa, di blog kesayanganku..alhamdullilah..berjaya sudah ku menghabiskan semester 4 ku..dengan subjek yang agak berat buat ku syukur kepadaMU berjaya juga ku harungi peperiksaan yang berlangsung selama 3 minggu..insyaAllah dengan izinMU sebulan lebih lagi akan ku jejaki semester 5..subhanallah…maha suci Allah …begitu pantas masa berlalu..usia ku kian lama turut bertambah seiring dengan masa yang bergerak pantas…

Semester ini turut menyoret pelbagai peristiwa pahit manis..yang tidak mungkin mampu ku lupakan..apabila terkenang kembali, betapa selama ini begitu banyak perkara baru yang telah ku jalani..hadapi dengan sahabat-sahabat tercinta di sisi..yang setia bersamaku..sentiasa memberi kata-kata semangat yang tidak mampu ku balas jasa mereka…terima kasih sahabat-sahabatku kerana sudi dan bersedia diriku yang jahil dan hina ini untuk menjadi sahabatMU…

Alhamdulillah..segala puji bagi-MU…walaupun pengajian ku di sebuah kampus yang turut tidak terlepas daripada masalah-masalah remaja yang kian meruncing tiap hari..Engkau temukan aku dengan sahabat-sahabat yang sentiasa mencari redhaMU..sentiasa berusaha menggali ilmuMU dengan sedaya upaya..bukan niat ku untuk menunjuk-nunjuk kebaikan sahabat-sahabatku tetapi niatku ini biarlah remaja-remaja di luar sana turut sedar..jika kita mencari sahabat yang cintakan Allah dan RasulNYA setulus hati, tidak mustahil mereka juga akan mampu mengubah kita terhadap persepsi hidup di dunia ini sebagai seorang remaja muslim…

Sahabat-sahabat yang ku sayang itu..mereka bukanlah pelajar jurusan agama..malah tidak juga pernah menjejakkan kaki ke sekolah menengah agama..hanya sekolah kafa saja tempat mereka mengkaji ilmu Islam…itupun ketika di sekolah rendah..namun ya Allah, hambaMU ini sujud syukur kepadaMU ..sahabat-sahabatku itu sangat berbeza..setiap hujung minggu, jadual mereka dipenuhi dengan program-program dakwah, daurah,qiyam, mukhayyam, ceramah, tazkirah…yang paling ku puji, mereka sangat bergerak aktif dalam program usrah di kampus ku..malah merekalah juga penggeraknya…pemikiran mereka sangat berbeza..dakwah itu tanggungjawab semua..bukan untuk mereka yang menerima pengajian dalam bidang agama saja..kita pun boleh kerana selagi diri masih menghirup udara yang segar ini..masih mampu melihat dan menikmati segala rahmatNYA,,selagi itu kita “BERHUTANG” dengan maha pencipta..namun hutang itu tidak akan mampu di bayar..apalah sangat dengan pengorbanan kita ini jika hendak dibandingkan dengan semua nikmat yang Allah beri…

Ya Allah,

Kau rahmatilah sahabat-sahabatku itu..sesungguhnya aku sangat mengasihi mereka..dengan kuasaMU..aku makin berubah..dahulu…aku hanya menganggap stokin dan hand sock tidak perlu dalam pemakaianku seharian, namun kini syukur padaMU, itu merupakan satu keperluan kepadaku…

Sahabat-sahabatku sayang…diri ini sering mendoakan kalian, walau kita bakal terpisah dengan jarak yang beribu batu demi perjuangan keranaNYA..tetap aku tidak mampu membalas jasa kalian..aku sayang kamu sahabat-sahabatku…

Nisa’..awak sering memberi semangat dan pendapat saat saya buntu..terima kasih nisa chan..semangat jihad awak turut membakar jiwa saya, semoga kita sama-sama tetap kuat dalam perjuangan ini…

Fiqa..sikapmu yang penyayang dan prihatin membuatku rasa tenang..keletah mu yang mencuit hati sering membuatkan ku teringat adik-adikku..love u fiqa chan….

Aliya..dirimu yang umpama pakar motivasi dan sering risau melihat ku bergerak aktif tiap masa tanpa kenal rasa penat dalam persatuan sangat-sangat ku hargai…syukran umi chan…

Wajihah…semangat mu dalam pelajaran untuk mejadi yang terbaik dalam semua subjek turut telah mempengaruhi jiwaku..insyaAllah..akan ku dapatkan dekan…thanks waji chan…

Kak umi, syikin, kinah, farah, kak nina, kak erin, kak farah, kak nisak,nisa,shiela,ejah,wani, nad, anis…terima kasih sahabat-sahabatku sayang..kerana sentiasa berada di sisiku…saat ku menangis, kecewa, marah..kau beri harapan..mengingatkanku dengan kekuasaan Ilahi..agar terus teguh di jalanNYA..

Coretanku ini khas buat sahabat-sahabatku sayang…

With love,

Mimi atieqa

(insan lemah)



Thursday, April 1, 2010

Panasnya Api Neraka!




Dari sebuah hadis ada diceritakan ALLAH s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibril! berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya. "Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah."

Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang. Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia. Nauzubillahiminzalik.

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin. "Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku seperti satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk yang hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang akan memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya datang dan ia melihat jasadnya dalam keadaan telanjang dan dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut. "Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku supaya aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidaka kan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Puteri Islam Sejati






Disediakan oleh:Abu Ubaidah bin Sainuri



Wanita ibarat bunga.Indahnya pada pandangan mata hanya sementara.Yang kekal menjadi pujaan manusia hanyalah wanita yang mulia akhlaknya kerana akhlak itu umpama bunga diri.Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk.Tiada gunanya juga berwajah cantik tetapi hati kosong tanpa ilmu.Ibarat bunga,ada yang cantik apabila dipandang tetapi busuk baunya.Ada pula yang kurang menarik rupanya dan baunya juga kurang menyenangkan.Ada juga bunga yg tidak menarik pada pandangan kasar tetapi tetapi apabila dihalusi dengan mata hati,ternyata amat tinggi nilainya.Wanita adalah makhluk allah yg sangat istimewa.Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.Oleh yang demikian Allah telah menetapkan hokum-Nya ke atas mereka.Walaupun hukum itu dilihat berat pada pandangan si jahil tetapi ia adalah kemanisan iman yang bakal dicapai oleh seseorang wanita solehah.Rasullullah pernah bersabda”Harta Yang Paling Berharga Di Dunia Adalah Wanita Solehah”(hadith riwayat Muslim)



Kelebihan Wanita.



Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda.”Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan,diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya.”



Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yg dimiliki oleh wanita.Katanya”seorang wanita yang solehah adalah lebih baik daripada seorang wali Allah”.Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.Wanita yang membersihkan lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.Wanita yang solehah adalah lebih naik dari 70 lelaki soleh.



Perkara yang dibenci Allah.



Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman:”Hiduplah dengan apa yang kamu suka”Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.Wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.



Sewaktu Nabi Muhammad di israkkan ke langit,baginda telah diperlihatkan pelbagai jenis azab ke atas wanita yang mengingkari suruhan Allah,sesungguhnya azab Allah itu amatlah berat.









1)Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otaknya mendidih=tidak menjaga rambutnya dikalangan lelaki.



2)Digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya dan aspal yg mendidih dari neraka di tuangkan dikerongkongnya.=wanita yang menyakiti hati suami dengan kata-kata.



3)Digantung dengan buah dada dan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya=menyusui anak orang lain tanpa izin suami.



4)Diikat dengan kaki dan tangan =keluar dari rumah tanpa izin suaminya,tidak mandi wajib dari haid dan nifas.



5)Wanita yang memakan dirinya sendiri dengan di bawahnya ada api neraka yang menyala-nyala.=suka bersolek untuk dilihat lelaki lain dan bercakap tentang keaiban orang lain.



6)Memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka=suka menonjolkan dirinya dikalangan orang ramai supaya orang lain terpesona.



7) Diikat dengan kaki dan tangan ke arah ubun-ubunnya,serta dibelit dengan kekuasaan ular dank ala jengking=mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi tidak mahu mandi wajib dan berwudu’.



8)Kepala babi berbadan keldai=suka mengadu domba dan berdusta



9)Berbentuk seperti anjing=suka memfitnah dan marah-marah pada suaminya



Jelaslah bahawa azab Allah amatlah berat,jadikan kisah ini satu iktibar dalam pembentukan sahsiah untuk membentuk peribadi muslimah yang cemerlang dunia akhirat,insyaallah.


sumber: http://ppimkursk.blogdrive.com/

REZEKI YANG TIDAK DIJANGKA


Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa arab bahasa al-quran dan ahli syurga, walaupun kita bukanlah berbangsa arab tetapi disebabkan kalamullah dalam bahasa arab membuatkan kita berasa perlunya belajar bahasa arab. Seperti mana anak-anak muda kini yang begitu bangga apabila bertutur bahasa Inggeris jadi mengapa tidak kita member perhatian dan tumpuan kepada bahasa arab, bahasa syurga???

“ Perhatian semua, sem ni insyaAllah pihak kolej akan mengadakan pertandingan persembahan kreatif bahasa arab yang mana dari banyak-banyak kumpulan, setiap pensyarah bahasa arab akan memilih siapa yang layak masuk pertandingan,” ini adalah antara bait ustazah-ustazah dan ustaz-ustaz bahasa arab kepada kami, siswa siswi mereka. Bukan mudah untuk terpilih kerana 1 kelas dalam 6 kumpulan sedangkan terdapat 20 seksyen. Jadi, ini bermakna 120 kumpulan dan hanya 10 saja yang layak masuk ke pertandingan tersebut.

Sukar memang sukar namun itu tidak pernah mematahkan semangat kami (akhawat Pembina). Segala persiapan dilakukan sebaik mungkin. Semua akhawat Pembina adalah pelajar kelas yang berbeza. Namun demikian, hanya seorang saja yang kumpulannya Berjaya masuk pertandingan. Sedih memang sedih namun mungkin bukan rezeki …mungkin ada hikmah yang tersirat..tidak bisa ditafsirkan..2 hari lagi tarikh pertandingan itu akan diadakan, akhawat Pembina yang kumpulannya terpilih sibuk melakukan persiapan tetapi tiada siapa yang tahu apakah perancangan Dia sebaik-baik perancang, dua ahli kumpulan akhawat Pembina ini menarik diri di saat akhir..

Akhawat Pembina yang lain hanya mampu memberikan kata-kata peransang agar tetap meneruskan apa yang dirancang. Dengan kebesaranNYA, akhawat yang bermasalah ini terdetik dihatinya untuk memohon jasa baik akhawat-akhawat lain untuk menggantikan ahli-ahli kumpulannya yang menarik diri. Pada mulanya timbul keraguan di hati, bukan kerana tidak ingin membantu tetapi adalah kerana akhawat yang lain berada di kelas yang lain dan juga di bawah pensyarah yang berbeza. Akhawat yang kuat semangatnya ini tidak berputus asa kerana putus asa itu bukan sikap orang-orang mukmin, dia bertanya kepada pensyarah yang dihormatinya. Alhamdullilah, di sebalik kesusahan itu pasti ada kesenangan.

Akhawat yang lain bersetuju untuk membantu. Malam sebelum pertandingan itu latihan penuh diadakan dalam keadaan yang tidak serius sambil gelak ketawa, maklum saja bidan terjun. Walaubagaimanapun, skrip tetap dihafaz walau masa terhad, perubahan dari segi gaya persembahan dan pelbagai lagi turut dibuat dalam masa yang cepat dan pantas. Kemesraan yang terbina, ukhuwah yang didirikan atas paksi kejujuran dan keikhlasan membuatkan segala yang dibincang dalam keadaan harmoni walaupun ketika itu masing-masing dalam keadaan yang tertekan.

Hari yang dinanti tiba. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, perlancarkanlah segala yang dirancang namun kami redha akan segala-galanya kerana Engkau adalah sebaik-baik perancang. Aminn..tidak pernah diduga, kumpulan-kempulan lain mempersembahkan persembahan yang mantap, kreatif…sedangkan kami, baru malam tadi menyusun strategi, hanya mengambil masa kira-kira 2 jam saja berbanding mereka. Astaghfirullah..kuatkan hati kami..dengan nama Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, kami melangkah dengan penuh yakin..mempersembahkan seperti apa yang dirancang..saling menampung kekurangan antara satu sama lain..kerana tidak ada yang sempurna..

Tibalah saat yang mendebarkan, masing-masing dengan wajah yang tenang sedangkan hati berkocak hebat…alhamdullilah..tempat ketiga..nama ketua kumpulan kami yang dipanggil untuk mengambil hadiah dan sijil (akhawat Pembina)..subhanallah..mimpikah semua ini..dengan perasaan yang tidak henti-henti mengucapkan syukur dan terlalu gembira, kami buka sampul yang diberi..RM200..subhanallah..alhamdullilah..di saat poket masing-masing mulai kering Kau beri kami rezeki yang tidak dijangka tetapi….kegembiraan itu seketika saja pabila salah seorang pensyarah datang menghampiri kami dan berkata, “maaflah, hadiah ni bukan untuk kumpulan kamu, tersalah orang”, rezeki yang tadi hadir..nikmat yang hadir sesaat..sesaat kemudian juga ia diragut kembali..

Masing-masing terdiam dan saya berkata, “xpelah, at least kita dapat pegang dan cium duit tadi..bukan rezeki kita”, sekadar member semangat yang melayang entah ke mana kepada ahli kumpulan yang lain. Saat itu masing-masing memberikan kata-kata semangat antara satu sama lain. Manisnya ukhuwah!!!...tup!!nama ketua kumpulan kami dipanggil semula..ya Allah..Allhuakbar!!atas kebesaranMU..kebijaksanaanMU..mengatur yang tidak terduga..rupa-rupanya kumpulan kami mendapat tempat pertama..ya Allah, mimpikah ini??? Saat itu saya meminta beberapa orang sahabat mencubit saya…ya!!!ini realiti..

Allah itu maha adil..maha mengetahui..Dia tahu tiap satu yang terdetik di hati hamba-hambaNYA…RM200 yang ditarik, Dia berikan dengan yang lebih baik..RM300..mungkin bagi sesetengah orang menganggap itu jumlah yang kecil tetapi bagi kami semua sangat berharga…rahmat Allah yang mungkin kita tidak pernah menjangka apakah dan bagaimanakah bentuknya. Sememangnya itulah antara detik terindah kami…jarang-jarang sekali pihak pengurusan kolej melaksanakan program sedemikian, alhamdullilah mungkin ada rahmat yang tersembunyi…

Yakinlah, pabila kita yakin dengan kekuasaanNYA..walau hebat bagaimana sekalipun perancangan yang dibuat, jika Dia yang maha berkuasa tidak berkata “jadilah!” maka sia-sia saja maknanya. Janganlah berputus asa kerana rahmat Tuhan itu ada di mana-mana saja. Yakin dengan diri, kerana kita ini adalah sebaik-baik ciptaanNYA…Allahuakbar!!!subhanallah!!!

APRIL FOOL: Adakah patut kita sebagai Muslim menyambutnya?






Apa itu hari April Fool?

Hari April Fool yang juga dikira sebagai All Fool’s Day ini disambut pada setiap 1 April, berdasarkan pada budaya memperolok-olokkan orang pada hari itu.



Nak sambut ke?

Tak payahlah sambut....bukan budaya kita sebagai orang Islam pun. Yang pastinya, hari April Fool ni bukan datang dari Islam, ataupun dicipta oleh orang Islam. Kan dalam Islam dikatakan, tak baik menipu dan memperolok-olokkan orang lain semata-mata untuk suka-suka.



Ada sejarah ke April Fool ni?

Takde yang betul-betul pasti tapi April Fool ni dah orang sambut sejak berkurun lalu kat merata dunia. Ada persamaan juga antara budaya ni dengan a few perayaaan lain, macam Hilaria yang disambut kerajaan silam Rome dan Holi di India. Lagi satu...ada yang kata, timing April Fool ni sama dengan perubahan equinox masa musim bunga...bila perubahan cuaca dan waktu dikatakan ‘memperolokkan’ manusia sejagat.



Ada yang kata, orang Islam tak boleh sambut April Fool sebab budaya ni bertitik-tolak pada kejatuhan kerajaan Spain Islam satu masa dulu, yang berlaku pada 1hb April?

Cerita ni dah banyak tersebar kat Internet. Alkisahnya camni; satu masa dulu dikatakan Kerajaan Islam di Spain ni sangatlah kuat menyebabkan musuh mereka merasa cemburu. Nak jatuhkan terang-terangan, tak kuat nak lawan. Tak boleh buat secara kasar, diorang ambil pendekataan cara halus. Caranya? Eksport arak masuk ke Spain secara percuma. PERCUMA? Benda free...memang la banyak orang akan tertarik. Especially golongan muda...



Bila makin ramai orang yang dah terpengaruh, kerajaan Islam mula menjadi lemah. Akhirnya kerajaan Islam ini pun jatuh. Dikatakan orang-orang kafir menipu orang-orang Islam dengan mewarwarkan bahawa orang-orang Islam boleh selamatkan diri mereka dengan belayar keluar dari Spain. Orang-orang Islam diperdayakan. Pada 1 April, bila mereka keluar dari rumah masing-masing, orang kafir gunakan peluang ini untuk membakar rumah-rumah mereka. Dalam masa yang sama, kapal-kapal yang sepatutnya digunakan utk orang-orang Islam ni belayar keluar dari Spain pun dibakar! Dalam kelam-kabut tu, orang-orang kafir ni pun ambik peluang untuk serang kesemua orang-orang Islam yang menjadi mangsa penipuan mereka...lelaki, perempuan, budak-budak...semuanya menjadi mangsa kekejaman diorang.



N.B.!!! Ringkasan ni adalah based on cerita yang dah circulated kat Internet. Kesahihan cerita ni tak dapat dipastikan 100%. Ada yang kata betul, ada jugak yang kata tidak...Tapi apa-apapun, ambillah iktibar dari cerita ni, pastu fikirkan, masih ke kita nak sambut April Fool kalau cerita ini sahih? And, even if cerita ni tak betul pun...bukan budaya kita kan sebagai orang Islam untuk menipu dan mempermainkan orang lain? Buat orang menyampah kat kita ada lah... nanti camne kita nak tunjukkan Islam ni baik? Tunjukkan example yg baik kepada rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam, ini juga adalah satu dakwah yang penting.



Fikir-fikirkanlah. Wassalam.




sumber:http://ppimkursk.blogdrive.com/

Wednesday, March 10, 2010

rahmat dan ujian silih berganti..




sudah lama rasanya jari2 ku tidak menaip di blog kesayangan..banyak sungguh kerja, assignment, test, quiz, program yang nak kena handle...em.. rindu sekali dengan blogku yang menghijau tenang ini..

orang kata, berita gembira kongsi dengan insan lain..berita buruk jadikan pedoman..

23 februari..hari lahir ku yang ke 20..alhamdullilah..diri ini masih kuat dan Allah tetap memberi kesempatan untuk menghirup udara di muka bumi ini..sahabat2 memberiku hadiah namun antara yang paling berharga..hadiah dari seorang teman..hanya setangkai doa kudus darinya..surah al-mulk dan dia dendangkanku asmaul husna..terasa nikmat kesyukuran itu...alhamdullilah...namun demikian,ujian Tuhan boleh datang bila2 masa saja dan dalam pelbagai bentuk...hari itu benar2 menguji kesabaranku...penat..pening kepala...benarlah hidup umpama roda..di pagi hari ku rasa bahagia namun panas tengah hari pada hari itu..turut memanaskan hatiku...astaghfirullah al a'zim..mungkin ada langkah2 ku yang tersasar dari redhaMU..diri ini pasrah..

ditambah dengan tanggungjawab yang harus ku galas..pangkat itu memang indah pada pandangan manusia menurut hawa nafsu tetapi teramat berat dan pilu jika diteliti dari pandangan hati..akal yang sihat dan sempurna..jika ditanya mengapa perjuangan itu pahit..jawapannya adalah kerana syurga itu manis...rezeki tidak akan datang bergolek jika kita tidak mengorbankan tenaga, keringat..hasilnya pasti teramat manis..subhanallah..sering kali diri ini mengadu lemah..dalam perjuangan..pabila difikir kembali..diri ini turut bosan dengan diri sendiri yang sering lemah dalam perjuangan..mungkin..inilah salah satu tanda yang imanku masih lemah...

perasaan hasad, dengki, cemburu sering merantai hati..sedayanya ku buang segala namun tembok iman yang masih goyah ini tewas lagi..sahabat2 mengatakan diriku tabah..hipokritnya ku rasa diri ini...hanya Dia yang tahu..persis apa diri ini..sering menangis..tiap kali ujian datang bertamu..hinggakan ku rasa sesak ..mengapa ku jadi begini??? dalam menjalankan amanah..sekali lagi diri ini di duga..ramai yang tidak suka akan caraku..ada yang suka..ikutkan hati mahu saja aku ungkapkan...bagaimana harus ku puaskan hati kalian??dari kecil keluargaku mendidikku dengan tegas..ujian2 yang menimpa ku sejak kecil membuatkan ku jadi seorang yang serius dalam komitmenku..bagaimana mampu ku laksanakan???aku xsempurna..menitis lagi air mata ku...ku cuba kuatkan hati..ku katakan pada diri..sabarlah duhai diri..diri ini banyak kekurangan..pertambahkanlah apa yang terkurang..yang penting kuat..walaupun saat itu diri ini keseorangan..

mereka tidak mengerti...mungkin juga ku tidak mengerti mereka..sukarnya..penyakit hati ini lebih menyeksaku dari penyakit kesihatan yang bisa diubati dengan ubat-ubatan..dalam melaksanakan perjuangan ini..mengapa ada muka seperti si dia..insan yang pernah ku doakan tika sujudku sebagai khalifah ku dalam bahtera cinta Ilahi..sekali lagiku diuji..terkedu ku seketika..raut wajah yang bertahun ku cuba lupakan kini menjelma lagi..Tuhan..berlikunya jalan ini...permudahkanlah ku melupakan dia jika benar dia bukan jodoh ku...amiin..namun hari2 yang mendatang, mengapa makin kuat ingatanku pada dia?? ya Allah...apa maksud semua ini..

dalam menghadapi liku2 hidup ini, sekali lagi ku dikejutkan dengan kematian juniorku..ahmad saufi namanya..semestar 1..ku merupakan kakak fasinya..terlibat dengan kemalangan yang melibatkan motor dan kereta..di seksyen 4, bandar baru bangi pada 6 mac 2010..dan arwah pergi menyahut seruan Ilahi pada 7 mac..dalam usia yang muda..moga arwah bahagia di sana..amiin..pap!!ku tersedar..betapa diri ini masih lalai dan leka merenung dugaan yang datang sedangkan masih banyak perkara lagi yang harus ku laksanakan...astaghfirullah al a'zim....ampunkan hambaMU ini..


Tuhan..
pernah diri ini meratap..
mampukah aku hadapi semua ini..
kuatkan jiwa ku..
sedangkan iman di hati ini..
hanya senipis kulit bawang..
yang bisa dicarik-carik..
dengan mudahnya..

Tuhan..
sering kali juga..
sejarah silam menodai kotak mindaku..
mengocak ketenangan hati..
menyerabutkan minda ini..

Tuhan..
tiap kali ku sujud..
mengalir air mataku..
dari dulu hingga kini..
ku tetap meratap padaMU..
sedangkan ujian yang menimpa..
xsehebat mana..


Tuhan..
fitnah-fitnah manusia membuatku jadi lemah..
lemah semangatku..
begitu juga jiwaku..
hancur hati ini..
hanya Kau Maha Mengetahui..
segala isi hatiku..
hanya padaMU ku berserah segalanya..

Tuhan..
dengan kehendakMU..
Kau datang semula menghampiriku..
hingga ku terpaku,
diam hilang bicara..
tersingkap kembali sejarah silam yang kelam..
ampunkan hambaMU ini..

Ya Allah..tidak pernah sekalipun ku menyalahkan takdir..ku redha dan sedia beriman..seperti yang tertulis dalam kehendakMU..

Saturday, January 9, 2010

Rahmat atau Ujian??

badan penat namun hatiku kini girang..segala onak ujian..jerit perih..ku hadapi dengan penuh kesabaran.bermula 5 - 9 januari ku jalani rutin seharian sebagai seorang fasilitator untuk siswa dan siswi baru semester 1..alhamdullilah segalnya berjaan dengan lancar walaupun ketika itu diriku kurang sihat sehingga terpaksa skip beberapa program untuk bertemu dengan doktor. setiap hari tidak cukup tidur, tidak cukup rehat namun itu semua tidak melemahkan semangatku. gelagat adik2 baru mencuit hatiku sehingga ku terlupa pada kesakitan yang ku tanggung.alhamdulillah ku ucap syukur buat kesekian kalinya. ku dinobatkan sebagai fasilitator terbaik wanita, baik hati dan dedikasi oleh beberapa kumpulan siswa dan siswi baru, saat itu ku berasa teramat malu kerana ku bukanlah seorang fasi yang bagus kerana tidak semua program yang dapatku hadir, diriku tidak sempurna namun itu semua penilaian mata manusia sahaja biarlah Allah sahja yang menentukan segalanya.ampunkanlah hambamu ini ya Allah.

9 januari,sabtu . hari induksi diadakan di pantai bagan lalang, sepang. satu destinasi yang tidak ramai tahu termasuklah diriku.subhanallah..damainya..indahnya ciptaanMU..aktiviti gotong-royong dan bergambar kenang-kenangan diadakan. terasa indah ukhuwah itu walupun baru saja dijalinkan. segalanya berakhir pada pukul 3 petang seusai ku tiba di desasiswa..pukul 3.30 lengkapku berbaju kurung untuk menghadiri majlis yang ku sendiri tidak tahu kerana naqibah ku sendiri tidak sempat memberitahu lantaran kesibukkan sepanjang minggu induksi. tibanya di baitul sakeenah..segala persoalan terjawab sudah. mimi, awak dipilih untuk menjadi c0-naqibah usrah di kolej awak. astaghfirullah...benarkah apa yang ku dengar ini!!!seakan tidak percaya..ya Allah...adakah ini rahmatMU atau ujian???tidak pernah sekalipun terdetik atau tergambar di fikiran sebagai seorang naqiba..ya Allah..yakinkan diriku..tabahkan ku..mungkin inilah dia jalan yang harus ku lalui..sebagai khalifah Allah...jalan yang berliku akhirnya ku temui jua jalan yang lurus..alhamdulillah...


Facebook, Yahudi dan Status Hukum
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
*Editor : GonjengPO
Soalan
Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz? Jawapan:
Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog. sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook. Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.
Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi. Atas tanggungjawab dakwah dan melihat web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍErtinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.
Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.Jika dikatakan"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini keran amereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.4) Privacy pengguna facebook dijajah?Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.Policy menyebutkan :"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna.
Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.Selain itu, juga disebutkan :To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.
KESIMPULAN: Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.Sekian,Zaharuddin Abd Rahmanwww.zaharuddin.net19 Muharram 1431 h05 Januari 2010 Sumber : http://www.zaharuddin.net/bahasa-articles/facebook-yahudi-status-hukum.html
sila baca dengan hati yang tenang..tepuk dada tanya iman..selamat beramal..