Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluq Melebihi Cinta Kepada ALLAH
Bila aku jalan orang kata aku buta
Bila aku diam orang kata aku bisu
Bila aku ketawa orang kata aku gila
Bila aku menangis orang kata aku dah buang tabiat agaknya
Tapi, aku memang buta..
Buta dari melihat harta dunia
Buta dalam mencari cintaNya
Buta demi mendapatkan keredhaanNya
Buta sebab menangis kerana dosaku Padanya
Aku memang bisu pun...
Bisu dari kata-kata yang sia-sia
Aku bisu dari kata-kata yang palsu
Aku bisu dari cinta yang mengikut hawa nafsu
Aku bisu dari mengumpat orang tidak menentu
Tapi.. Bila aku menangis.
Aku sedar taraf aku dimana
Aku sedar aku hidup untuk siapa
Aku sedar aku akan mati juga akhirnya
Dan aku sedar tempat kembaliku dekat kubur juga
Aku sedar yang cinta dunia tak akan kemana-mana.
Posted by ummul mujahidah_90 at 11:33 PM 0 comments
bismillah..
Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menulis di blog kesayanganku ini..maaf kerana sudah lama tidak menjengah lantaran kesibukkan mencengkam diri..
terasa banyak sangat perkara yang ingin saya kongsikan tetapi hati menahan mengatakan itu hal peribadimu..erm..nampaknya hanya kepada Allah tempat saya mencurahkan segalanya..
Seusai kepulangan ke kampung mahupun menelefon ibu bapa kandung dan angkat, acapkali persoalan berkenaan jodoh ditimbulkan. Kata mereka, usiaku sudah 23 tahun, seharusnya sudah beranak dan berlaki sekarang..
Kadang kala saya turut termenung memikirkan masa depan dan lalu..ya, saya pernah suka pada seorang lelaki..ya, saya rasa saya pernah jatuh hati..dan ya, saya pernah menaruh harapan kepada orang yang saya suka itu dengan harapan si dia akan menyunting diri ini menjadi suri hidup dia..tetapi..itu hanyalah impian saya..
Pernah ada yang memberitahu saya perlu berusaha. Saya jadi buntu. Bagaimana???bukankah jodoh itu boleh datang bila-bila masa sahaja..saya jadi keliru..malu juga saya dibuatnya..lalu beberapa orang teman cuba memujuk saya untuk bertaaruf dengan beberapa orang lelaki yang dikira "alim" dan "ahli agama"..tetapi..saya tetap rasa kecewa, sebabnya biarlah saya rahsiakan..
kecewa...tidak pernah hilang dari diari hidup kita. tidak mahu atau nak, ia pasti hadir. Pesan sahabat, saya kena bijak menangani kekecewaan. Nabi pun pernah merasa kecewa apatah lagi saya hanyalah manusia biasa yang sudah pasti akan diujiNYA dari segenap sudut.jika diikut jeritan nafsu jahat, laju sahaja saya mengira, hidup ini sentiasa diselubungi kesedihan tetapi apabila terbaca lembaran sejarah nabi sulaiman a.s. yang diuji Allah dengan kesakitan lalu tetap disyukuri lantaran masa yang diberi nikmat lebih banyak berbanding ujian, maka saya tidak layak untuk mempersoalkan takdir yang melanda..
Ampunkan HambaMU ini Ya Rabbi..aku tidak layak mempersoalkan apa jua yang terjadi atasku sedangkan dosa ku menggunung dan syukurku jauh untukMU..hindari aku dari maksiat..aku mohon sangat-sangat..aku takut nerakamu dan rindukan syurgamu...terima kasih kerana Engkau menghadirkan mereka dalam hidupku..membuatku lebih kenal akan tipu daya dunia ini..
Posted by ummul mujahidah_90 at 1:09 AM 3 comments
Posted by ummul mujahidah_90 at 7:54 PM 0 comments
Posted by ummul mujahidah_90 at 7:19 PM 0 comments
afwan kerana sudah lama tidak menitipkan tulisan di sini. Pembikinan website baru sendiri mengambil masa dan banyak juga amanah lain yang perlu diutamakan.
Apa yang saya fahami di Malaysia ini adalah, apabila medannya terlalu banyak untuk dicapai, tenaga kita sendiri akan menjadi terpecah. Namun jauh di sudut hati kita, kita tahu kita perlu terus beramal dan berbuat. Tanpa kita berfikir bagaimana untuk buat.
Berada di Malaysia sendiri menjadikan terkadang saya merasa down melihat keadaan diri sendiri yang jauh lebih rendah berbeza dengan teman seangkatan mahupun adik-adik yang tinggi himmahnya di dalam dakwah.
Sehinggakan saya bertanya pada diri sendiri, apakah Malaysia lebih mudah mencalitkan dosa dan maksiat sehinggakan merasai bahawa berkorban untuk dakwah itu amat berat?
Namun pada saya, di Malaysia ini , cabaran paling utama adalah penyusunan prioriti. Semua perkara kena buat, tapi manakah satu yang perlu diutamakan. Begitu juga keutamaan itu akan disusun mengikut kefahaman.
Tapi bagaimana kefahaman itu dapat dibina jika terkadang para muwajih dan murabbi sendiri ketika mengisi daurah , seolah-olah memberikan ceramah umum, tanpa ada taujihaat kefahaman, dan kader dakwah masing-masing memberi neraca dan buah fikirannya tersendiri ketika menerima masukan ilmu.
Kerana itulah, jika kita benar-benar mahu memahami dakwah ini, kita perlu berguru dengan murabbi yang mampu mengarahkan kita dan memberikan kita fiqh/kefahaman pada dakwah semasa kita. Tentang langkah yang perlu dibuat, tentang kerjaya, tentang medan amal, tentang sumbangan dakwah dan lain-lain.
Apabila kita mula membuat pilihan sendiri, tanpa berbincang dan bertanya pendapat, acapkali kita akan tersilap langkah dan kesal di kemudian hari.
Dan memang, di Malaysia ini, amat mudah untuk kita buat pilihan sendiri dan buat kerja sendiri-sendiri.
Dan saya sendiri mengalami masalah ini.
Begitulah,
kehebatan seseorang itu di medan dakwah, bukanlah pada kehebatan oratornya.
Bukan pada keberadaannya di setiap program mahupun tempat.
Ataupun seorang yang dikenali kerana selalu ke hadapan memberi sumbangan.
tetapi kehebatan itu ada pada kefahamannya.
DAri kefahaman itu dia akan ikhlas.
Dari keikhlasan itu, dia akan beramal sesuai dengan masa dan tempat, akhirnya memberikan hasil luar biasa sekali.
Ibu saya selalu berkongsikan pada kami tentang kisah oranng yang berjaya dalam Petronas, mahupun mereka yang smart dalam bisnes.
I wonder, bilakah lagi masanya untuk kita bukukan kisah-kisah orang yang amat berjaya dalam dakwahnya. Ternyata, untuk berjaya dalam dakwah di Malaysia, adalah 10x lebih sukar dari luar negara.
Dan saya sendiri masih merangkak, masih berpaut dan berpapahan di dalam meraih perkara itu.
Sama-sama kita doakan ya.
Teruskan beramal dan bekerja di medan ini
SUMBER: http://muharikah.com
Posted by ummul mujahidah_90 at 7:09 PM 0 comments
Posted by ummul mujahidah_90 at 7:02 PM 0 comments
Posted by ummul mujahidah_90 at 6:53 PM 0 comments
Posted by ummul mujahidah_90 at 1:41 AM 2 comments