RSS

Tuesday, May 25, 2010

Warkah buat sahabat-sahabatku...

BERSAMA SEBAHAGIAN SAHABAT TERCINTA


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…Tuhan sekelian alam, pemilik segala jasad yang bernafas di atas muka bumi ini, yang telah mencatit segala qada’ dan qadar-Nya..Allah..yang maha esa…cinta hatiku…di jiwaku..hanya cinta Dia yang ku dambakan.

Sudah lama jari-jemariku tidak menulis..menyoret secebis rasa, di blog kesayanganku..alhamdullilah..berjaya sudah ku menghabiskan semester 4 ku..dengan subjek yang agak berat buat ku syukur kepadaMU berjaya juga ku harungi peperiksaan yang berlangsung selama 3 minggu..insyaAllah dengan izinMU sebulan lebih lagi akan ku jejaki semester 5..subhanallah…maha suci Allah …begitu pantas masa berlalu..usia ku kian lama turut bertambah seiring dengan masa yang bergerak pantas…

Semester ini turut menyoret pelbagai peristiwa pahit manis..yang tidak mungkin mampu ku lupakan..apabila terkenang kembali, betapa selama ini begitu banyak perkara baru yang telah ku jalani..hadapi dengan sahabat-sahabat tercinta di sisi..yang setia bersamaku..sentiasa memberi kata-kata semangat yang tidak mampu ku balas jasa mereka…terima kasih sahabat-sahabatku kerana sudi dan bersedia diriku yang jahil dan hina ini untuk menjadi sahabatMU…

Alhamdulillah..segala puji bagi-MU…walaupun pengajian ku di sebuah kampus yang turut tidak terlepas daripada masalah-masalah remaja yang kian meruncing tiap hari..Engkau temukan aku dengan sahabat-sahabat yang sentiasa mencari redhaMU..sentiasa berusaha menggali ilmuMU dengan sedaya upaya..bukan niat ku untuk menunjuk-nunjuk kebaikan sahabat-sahabatku tetapi niatku ini biarlah remaja-remaja di luar sana turut sedar..jika kita mencari sahabat yang cintakan Allah dan RasulNYA setulus hati, tidak mustahil mereka juga akan mampu mengubah kita terhadap persepsi hidup di dunia ini sebagai seorang remaja muslim…

Sahabat-sahabat yang ku sayang itu..mereka bukanlah pelajar jurusan agama..malah tidak juga pernah menjejakkan kaki ke sekolah menengah agama..hanya sekolah kafa saja tempat mereka mengkaji ilmu Islam…itupun ketika di sekolah rendah..namun ya Allah, hambaMU ini sujud syukur kepadaMU ..sahabat-sahabatku itu sangat berbeza..setiap hujung minggu, jadual mereka dipenuhi dengan program-program dakwah, daurah,qiyam, mukhayyam, ceramah, tazkirah…yang paling ku puji, mereka sangat bergerak aktif dalam program usrah di kampus ku..malah merekalah juga penggeraknya…pemikiran mereka sangat berbeza..dakwah itu tanggungjawab semua..bukan untuk mereka yang menerima pengajian dalam bidang agama saja..kita pun boleh kerana selagi diri masih menghirup udara yang segar ini..masih mampu melihat dan menikmati segala rahmatNYA,,selagi itu kita “BERHUTANG” dengan maha pencipta..namun hutang itu tidak akan mampu di bayar..apalah sangat dengan pengorbanan kita ini jika hendak dibandingkan dengan semua nikmat yang Allah beri…

Ya Allah,

Kau rahmatilah sahabat-sahabatku itu..sesungguhnya aku sangat mengasihi mereka..dengan kuasaMU..aku makin berubah..dahulu…aku hanya menganggap stokin dan hand sock tidak perlu dalam pemakaianku seharian, namun kini syukur padaMU, itu merupakan satu keperluan kepadaku…

Sahabat-sahabatku sayang…diri ini sering mendoakan kalian, walau kita bakal terpisah dengan jarak yang beribu batu demi perjuangan keranaNYA..tetap aku tidak mampu membalas jasa kalian..aku sayang kamu sahabat-sahabatku…

Nisa’..awak sering memberi semangat dan pendapat saat saya buntu..terima kasih nisa chan..semangat jihad awak turut membakar jiwa saya, semoga kita sama-sama tetap kuat dalam perjuangan ini…

Fiqa..sikapmu yang penyayang dan prihatin membuatku rasa tenang..keletah mu yang mencuit hati sering membuatkan ku teringat adik-adikku..love u fiqa chan….

Aliya..dirimu yang umpama pakar motivasi dan sering risau melihat ku bergerak aktif tiap masa tanpa kenal rasa penat dalam persatuan sangat-sangat ku hargai…syukran umi chan…

Wajihah…semangat mu dalam pelajaran untuk mejadi yang terbaik dalam semua subjek turut telah mempengaruhi jiwaku..insyaAllah..akan ku dapatkan dekan…thanks waji chan…

Kak umi, syikin, kinah, farah, kak nina, kak erin, kak farah, kak nisak,nisa,shiela,ejah,wani, nad, anis…terima kasih sahabat-sahabatku sayang..kerana sentiasa berada di sisiku…saat ku menangis, kecewa, marah..kau beri harapan..mengingatkanku dengan kekuasaan Ilahi..agar terus teguh di jalanNYA..

Coretanku ini khas buat sahabat-sahabatku sayang…

With love,

Mimi atieqa

(insan lemah)



Thursday, April 1, 2010

Panasnya Api Neraka!




Dari sebuah hadis ada diceritakan ALLAH s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibril! berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya. "Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah."

Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang. Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia. Nauzubillahiminzalik.

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin. "Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku seperti satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk yang hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang akan memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya datang dan ia melihat jasadnya dalam keadaan telanjang dan dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut. "Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku supaya aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidaka kan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Puteri Islam Sejati






Disediakan oleh:Abu Ubaidah bin Sainuri



Wanita ibarat bunga.Indahnya pada pandangan mata hanya sementara.Yang kekal menjadi pujaan manusia hanyalah wanita yang mulia akhlaknya kerana akhlak itu umpama bunga diri.Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk.Tiada gunanya juga berwajah cantik tetapi hati kosong tanpa ilmu.Ibarat bunga,ada yang cantik apabila dipandang tetapi busuk baunya.Ada pula yang kurang menarik rupanya dan baunya juga kurang menyenangkan.Ada juga bunga yg tidak menarik pada pandangan kasar tetapi tetapi apabila dihalusi dengan mata hati,ternyata amat tinggi nilainya.Wanita adalah makhluk allah yg sangat istimewa.Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.Oleh yang demikian Allah telah menetapkan hokum-Nya ke atas mereka.Walaupun hukum itu dilihat berat pada pandangan si jahil tetapi ia adalah kemanisan iman yang bakal dicapai oleh seseorang wanita solehah.Rasullullah pernah bersabda”Harta Yang Paling Berharga Di Dunia Adalah Wanita Solehah”(hadith riwayat Muslim)



Kelebihan Wanita.



Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda.”Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan,diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya.”



Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yg dimiliki oleh wanita.Katanya”seorang wanita yang solehah adalah lebih baik daripada seorang wali Allah”.Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.Wanita yang membersihkan lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.Wanita yang solehah adalah lebih naik dari 70 lelaki soleh.



Perkara yang dibenci Allah.



Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman:”Hiduplah dengan apa yang kamu suka”Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.Wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.



Sewaktu Nabi Muhammad di israkkan ke langit,baginda telah diperlihatkan pelbagai jenis azab ke atas wanita yang mengingkari suruhan Allah,sesungguhnya azab Allah itu amatlah berat.









1)Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otaknya mendidih=tidak menjaga rambutnya dikalangan lelaki.



2)Digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya dan aspal yg mendidih dari neraka di tuangkan dikerongkongnya.=wanita yang menyakiti hati suami dengan kata-kata.



3)Digantung dengan buah dada dan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya=menyusui anak orang lain tanpa izin suami.



4)Diikat dengan kaki dan tangan =keluar dari rumah tanpa izin suaminya,tidak mandi wajib dari haid dan nifas.



5)Wanita yang memakan dirinya sendiri dengan di bawahnya ada api neraka yang menyala-nyala.=suka bersolek untuk dilihat lelaki lain dan bercakap tentang keaiban orang lain.



6)Memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka=suka menonjolkan dirinya dikalangan orang ramai supaya orang lain terpesona.



7) Diikat dengan kaki dan tangan ke arah ubun-ubunnya,serta dibelit dengan kekuasaan ular dank ala jengking=mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi tidak mahu mandi wajib dan berwudu’.



8)Kepala babi berbadan keldai=suka mengadu domba dan berdusta



9)Berbentuk seperti anjing=suka memfitnah dan marah-marah pada suaminya



Jelaslah bahawa azab Allah amatlah berat,jadikan kisah ini satu iktibar dalam pembentukan sahsiah untuk membentuk peribadi muslimah yang cemerlang dunia akhirat,insyaallah.


sumber: http://ppimkursk.blogdrive.com/

REZEKI YANG TIDAK DIJANGKA


Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa arab bahasa al-quran dan ahli syurga, walaupun kita bukanlah berbangsa arab tetapi disebabkan kalamullah dalam bahasa arab membuatkan kita berasa perlunya belajar bahasa arab. Seperti mana anak-anak muda kini yang begitu bangga apabila bertutur bahasa Inggeris jadi mengapa tidak kita member perhatian dan tumpuan kepada bahasa arab, bahasa syurga???

“ Perhatian semua, sem ni insyaAllah pihak kolej akan mengadakan pertandingan persembahan kreatif bahasa arab yang mana dari banyak-banyak kumpulan, setiap pensyarah bahasa arab akan memilih siapa yang layak masuk pertandingan,” ini adalah antara bait ustazah-ustazah dan ustaz-ustaz bahasa arab kepada kami, siswa siswi mereka. Bukan mudah untuk terpilih kerana 1 kelas dalam 6 kumpulan sedangkan terdapat 20 seksyen. Jadi, ini bermakna 120 kumpulan dan hanya 10 saja yang layak masuk ke pertandingan tersebut.

Sukar memang sukar namun itu tidak pernah mematahkan semangat kami (akhawat Pembina). Segala persiapan dilakukan sebaik mungkin. Semua akhawat Pembina adalah pelajar kelas yang berbeza. Namun demikian, hanya seorang saja yang kumpulannya Berjaya masuk pertandingan. Sedih memang sedih namun mungkin bukan rezeki …mungkin ada hikmah yang tersirat..tidak bisa ditafsirkan..2 hari lagi tarikh pertandingan itu akan diadakan, akhawat Pembina yang kumpulannya terpilih sibuk melakukan persiapan tetapi tiada siapa yang tahu apakah perancangan Dia sebaik-baik perancang, dua ahli kumpulan akhawat Pembina ini menarik diri di saat akhir..

Akhawat Pembina yang lain hanya mampu memberikan kata-kata peransang agar tetap meneruskan apa yang dirancang. Dengan kebesaranNYA, akhawat yang bermasalah ini terdetik dihatinya untuk memohon jasa baik akhawat-akhawat lain untuk menggantikan ahli-ahli kumpulannya yang menarik diri. Pada mulanya timbul keraguan di hati, bukan kerana tidak ingin membantu tetapi adalah kerana akhawat yang lain berada di kelas yang lain dan juga di bawah pensyarah yang berbeza. Akhawat yang kuat semangatnya ini tidak berputus asa kerana putus asa itu bukan sikap orang-orang mukmin, dia bertanya kepada pensyarah yang dihormatinya. Alhamdullilah, di sebalik kesusahan itu pasti ada kesenangan.

Akhawat yang lain bersetuju untuk membantu. Malam sebelum pertandingan itu latihan penuh diadakan dalam keadaan yang tidak serius sambil gelak ketawa, maklum saja bidan terjun. Walaubagaimanapun, skrip tetap dihafaz walau masa terhad, perubahan dari segi gaya persembahan dan pelbagai lagi turut dibuat dalam masa yang cepat dan pantas. Kemesraan yang terbina, ukhuwah yang didirikan atas paksi kejujuran dan keikhlasan membuatkan segala yang dibincang dalam keadaan harmoni walaupun ketika itu masing-masing dalam keadaan yang tertekan.

Hari yang dinanti tiba. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, perlancarkanlah segala yang dirancang namun kami redha akan segala-galanya kerana Engkau adalah sebaik-baik perancang. Aminn..tidak pernah diduga, kumpulan-kempulan lain mempersembahkan persembahan yang mantap, kreatif…sedangkan kami, baru malam tadi menyusun strategi, hanya mengambil masa kira-kira 2 jam saja berbanding mereka. Astaghfirullah..kuatkan hati kami..dengan nama Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, kami melangkah dengan penuh yakin..mempersembahkan seperti apa yang dirancang..saling menampung kekurangan antara satu sama lain..kerana tidak ada yang sempurna..

Tibalah saat yang mendebarkan, masing-masing dengan wajah yang tenang sedangkan hati berkocak hebat…alhamdullilah..tempat ketiga..nama ketua kumpulan kami yang dipanggil untuk mengambil hadiah dan sijil (akhawat Pembina)..subhanallah..mimpikah semua ini..dengan perasaan yang tidak henti-henti mengucapkan syukur dan terlalu gembira, kami buka sampul yang diberi..RM200..subhanallah..alhamdullilah..di saat poket masing-masing mulai kering Kau beri kami rezeki yang tidak dijangka tetapi….kegembiraan itu seketika saja pabila salah seorang pensyarah datang menghampiri kami dan berkata, “maaflah, hadiah ni bukan untuk kumpulan kamu, tersalah orang”, rezeki yang tadi hadir..nikmat yang hadir sesaat..sesaat kemudian juga ia diragut kembali..

Masing-masing terdiam dan saya berkata, “xpelah, at least kita dapat pegang dan cium duit tadi..bukan rezeki kita”, sekadar member semangat yang melayang entah ke mana kepada ahli kumpulan yang lain. Saat itu masing-masing memberikan kata-kata semangat antara satu sama lain. Manisnya ukhuwah!!!...tup!!nama ketua kumpulan kami dipanggil semula..ya Allah..Allhuakbar!!atas kebesaranMU..kebijaksanaanMU..mengatur yang tidak terduga..rupa-rupanya kumpulan kami mendapat tempat pertama..ya Allah, mimpikah ini??? Saat itu saya meminta beberapa orang sahabat mencubit saya…ya!!!ini realiti..

Allah itu maha adil..maha mengetahui..Dia tahu tiap satu yang terdetik di hati hamba-hambaNYA…RM200 yang ditarik, Dia berikan dengan yang lebih baik..RM300..mungkin bagi sesetengah orang menganggap itu jumlah yang kecil tetapi bagi kami semua sangat berharga…rahmat Allah yang mungkin kita tidak pernah menjangka apakah dan bagaimanakah bentuknya. Sememangnya itulah antara detik terindah kami…jarang-jarang sekali pihak pengurusan kolej melaksanakan program sedemikian, alhamdullilah mungkin ada rahmat yang tersembunyi…

Yakinlah, pabila kita yakin dengan kekuasaanNYA..walau hebat bagaimana sekalipun perancangan yang dibuat, jika Dia yang maha berkuasa tidak berkata “jadilah!” maka sia-sia saja maknanya. Janganlah berputus asa kerana rahmat Tuhan itu ada di mana-mana saja. Yakin dengan diri, kerana kita ini adalah sebaik-baik ciptaanNYA…Allahuakbar!!!subhanallah!!!