RSS

Sunday, May 8, 2011

..Agar Keaktifan Tidak Sia-Sia..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saudara yang saya kasihi,

Tulisan ini saya tujukan khas buat saudara dan pembaca yang lain. Ia ditulis atas dasar nasihat kerana agama itu sendiri adalah nasihat. Walaupun sudah lama saya berfikir untuk menyampaikannya, hari ini baru hajat saya ini kesampaian. Saya juga teragak-agak adakah ini wasilah yang terbaik untuk saya sampaikan mesej saya ini. Tapi akhirnya ini jugalah wasilah yang saya pilih kerana sebahagian dari apa yang akan saya lontarkan kemungkinan berkait juga dengan ramai pembaca lain.

Saya jauh lebih tua dari saudara tetapi saya anggap tulisan ini sebagai nasihat dari seorang rakan kepada rakan yang dikasihinya. Saya menganggap saudara sebagai rakan dalam dakwah ini kerana melihat kesungguhan dan semangat dalam diri saudara. Kehidupan dan jadual harian saudara menjadi saksi apa yang saya katakan ini. Bagaimana cara saudara membelanjakan wang juga menguatkan telahan saya terhadap saudara. Moga-moga Allah menerima apa yang saudara lakukan. Saudara akan merentasi perjalanan yang panjang dan berdepan dengan pelbagai liku dalam perjuangan. Moga-moga tulisan ini diterima dengan hati yang terbuka dan dapat mengajak saudara untuk berfikir walau pun sejenak. Anggaplah tulisan ini sebagai waqfah Ibrahim buat saudara (berdiri Nabi Ibrahim a.s. sejenak untuk melihat ka’bah dari jauh dan menilai binaan ka’bah yang sudah dibina sebahagiannya adakah tepat dan akan sempurna mengikuti plan asal atau tidak).

Saudara yang saya hormati,

Potensi yang Allah berikan kepada manusia tidak sama di antara seorang dengan seorang yang lain. Setiap potensi itu akan memudahkan seseorang untuk mencapai tugas yang dia dicipta untuk itu. “Setiap orang akan dipermudahkan untuk tujuan penciptaannya.” Kepelbagaian potensi manusia ini juga antara lain yang menjadi rahsia kepentingan amal jamaie. Setiap potensi akan melengkap dan menyempurnakan yang lain. Dengan itu sahajalah dakwah akan berjaya, kerana dakwah tidak mampu maju dengan satu jenis potensi dan satu atau dua jenis bakat sahaja. Inilah punca kenapa dakwah yang dilakukan secara ‘solo’ tidak akan bertahan lama. Samada dia akan mati bersama keletihan pendakwahnya atau mati kerana kekurangan modalnya.

Saudara yang saya kasihi,

Saudara telah memilih untuk terlibat di dalam amal jamaie. Tahniah saya ucapkan kepada saudara. Memilih untuk melakukan dakwah secara jamaie adalah pilihan yang amat tepat dan berani. Tepat kerana itulah sebenarnya apa yang ditunjukkan kepada kita oleh pejuang-pejuang Islam sebelum ini. Ia adalah sunnah para Rasul. Berani kerana pemilihan itu akan menjebakkan saudara dalam pelbagai masalah yang tidak akan saudara hadapi kalau saudara berdakwah secara persendirian.

Saudara yang saya kasihi,

Amal jamaie bukan sekadar perkumpulan yang menghimpunkan pendakwah-pendakwah. Sebaliknya ia adalah penyatuan dan penyusunan semula tenaga saudara dan tenaga pendakwah-pendakwah yang lain ke arah satu matlamat yang disepakati bersama dengan menggunakan wasilah dan peraturan tertentu. Alangkah besarnya matlamat dakwah ini untuk kita tanggung sendirian. Alangkah perlunya tenaga disusun sebaiknya agar matlamat itu benar-benar mampu kita kejar. Alangkah perlunya perbincangan sesama kita untuk mengeluarkan kita dari tenggelam melayan ‘hobi dakwah’ kepada melaksanakan projek dakwah berdasarkan objektif dakwah itu sendiri.

Ia juga bukan kelab untuk saudara mendapat kerehatan dan perlindungan. Sebaliknya ia adalah medan untuk saudara bekerja yang pastinya akan mendedahkan diri saudara kepada bahaya dan ancaman luar. Melibatkan diri dengan amal jamaie perlu saudara lengkapkan dengan kesediaan jiwa dan mental untuk menanggung risiko; apa juga jenis risiko. Allah akan menguji saudara dengan ujian yang kecil sebagai persediaan untuk menanggung ujian yang lebih besar di hari kemudian. Jangan ambil sikap mudah lari dari ujian itu kerana itu tidak akan mendidik saudara untuk menghadapi ujian yang lebih besar 10 tahun akan datang. Hadapilah ujian dengan bijak dan jangan sekali-kali menafikan kewujudannya. Tidaklah kemahiran dakwah itu selain dari kemahiran menyelesaikan ujian yang datang kepada kita.

Ia bukan ruang untuk saudara melepaskan rindu dendam kepada rakan-rakan. Sebaliknya ia adalah ruang untuk saudara dan pendakwah-pendakwah lain saling memberikan nasihat dan teguran terhadap kewajipan-kewajipan dakwah yang belum terlaksana. Dua sikap asas dalam syura yang sering pendakwah abaikan. Harapnya saudara tidak menjejaki pendakwah lain yang mengabaikan dua sikap ini iaitu sikap memberikan pandangan dan sikap menerima nasihat. Tidak mungkin apa yang saudara lakukan tidak ada salah silapnya. Tidak mungkin apa yang saudara usahakan sekarang tidak ada usaha yang lebih utama daripadanya. Saudara perlu berani mempertahankan apa yang saudara lakukan. Tetapi di masa yang sama saudara perlu bersedia untuk menerima pandangan pendakwah lain. Budaya nasihat dan menegur itulah yang akan memantapkan amal saudara. Saudara akan makin matang dan langkah dakwah saudara akan makin mantap jika saudara bersedia untuk menghidupkan budaya ini dengan sebaiknya.

Ia bukan batu loncatan untuk satu fasa dalam kehidupan saudara. Sebaliknya ia adalah hidup mati saudara bersama perjuangan dakwah dari awal hingga ke akhirnya. Bersama di dalam suka dan bersama di dalam duka. Bukan seumpama universiti yang akan ditinggalkan lalu saudara membawa nama universiti itu di dalam diri saudara untuk membina peribadi saudara yang baru. Sebaliknya saudara akan sentiasa bersamanya dan ia akan berkembang dengan diri saudara. Dengan itu kesetiaan amat-amat diperlukan di dalam amal jamaie.

Saudara yang saya hormati,

Di antara fasa penting di dalam dakwah secara amal jamaie adalah membina organisasi dakwah itu sendiri. Kita terpaksa melabur banyak untuk itu. Masa dan tenaga perlu dicurahkan untuk itu kerana itulah yang akan menjamin kemampuan kita untuk menghasilkan kejayaan dalam projek-projek dakwah.

Musuh bergerak secara tersusun dalam organisasi mereka yang mantap. Mereka ada budaya pengurusan mereka sendiri. Mereka ada perjanjian sesama mereka. Mereka mampu menjelmakan idea mereka dalam gerakerja berpasukan. Mereka berjaya menggunakan seluruh sumber yang mereka miliki dengan sebaiknya. Mereka merancang dan menurunkan perancangan kepada semua dalam juzu’-juzu’ perlaksanaan. Setiap yang terlibat akan memainkan peranan yang walau pun mungkin nampak kecil tetapi ia adalah penyempurna kepada satu perancangan yang besar.

Saya tidak rasa bahawa saudara akan susah untuk memahaminya kerana saudara bekerja di sebuah syarikat besar di Malaysia. Kejayaan syarikat saudara tidak lain kerana kejayaan mereka melahirkan impian yang besar dalam bentuk gerakerja berpasukan. Mereka berjaya membentuk organisasi kerja yang kuat dan kukuh. Ada peraturan yang dihormati semua. Ada jadual berkala untuk mesyuarat. Ada keputusan yang akan dilaksanakan dan ada mekanisme penurunan keputusan dan polisi dalam bentuk projek. Ada juga budaya yang dirasai oleh semua dan semua cuba untuk menyesuaikan budaya tersebut dalam dirinya supaya dia dirasai sebagai sebahagian dari syarikat. Fokus kepada satu agenda cukup dirasai oleh sesiapa sahaja.


Saudara, percayalah bahawa apa yang perlu di marhalah ini juga adalah perkara yang sama; membina organisasi yang kuat itu tadi. Saya yakin saudara mengimani idea yang saya lontarkan ini. Saya juga yakin bahawa saudara juga mengimpikan apa yang saya impikan. Perbezaan di antara kita mungkin pada skala kekuatan organisasi yang ingin kita lahirkan.

Saudara mungkin akan rasa gembira dengan kejayaan saudara melahirkan semangat pada pendakwah-pendakwah baru di bawah lapis saudara. Saudara juga mungkin akan cukup puas hati dengan satu senarai aktiviti-aktiviti dakwah yang telah berjaya saudara lakukan dan yang akan saudara lakukan untuk sepanjang tahun ini. Saudara juga akan berasa maju ke depan kerana saudara diberi kepercayaan untuk menyusun susunan organisasi mengikut apa yang saudara rasa dan memimpin beberapa pendakwah yang jauh lebih berumur dari saudara. Tetapi adakah saudara yakin bahawa saudara akan berjaya membina organisasi yang kuat dengan ini semua?

Mewujudkan asas fikri kepada organisasi satu cabaran kepada kita semua. Organisasi yang kuat mempunyai asas fikri yang kuat. Memahami Islam dari sumbernya adalah asas kerana asas kepada fikrah kita adalah ajaran Islam itu sendiri. Memahami sirah Rasulullah s.a.w. dan mengambil pengalaman dari harakah-harakah Islam yang terdahulu membantu untuk membina asas fikri. Kajian untuk memahami dan menafsirkan realiti umat juga akan menentukan bentuk fikrah organisasi yang kita bina. Bagaimana organisasi yang kuat itu dapat dilahirkan jika ia tidak memahami semua ini?

Menurunkan fikrah dan idea kepada projek-projek dakwah satu lagi cabaran kepada organisasi yang kita ingin bina itu. Berfikir itu satu kepayahan. Menukarkan idea kepada amali yang akan mendatangkan hasil lebih susah berkali ganda. Projek dakwah mestilah sesuatu yang menyentuh masalah umat dan menyelesaikannya. Bukan satu kitaran yang kebiasaannya dilakukan oleh sebahagian; berfikir, melontarkan idea, diterima idea tersebut, disebarkan, difikirkan oleh orang lain, dilontarkan, diterima oleh orang lain dan disebarkan dan terus disebarkan. Usaha seumpama itu tidak akan lebih dari meluaskan daerah perkongsian idea dan fikrah tetapi tidak sama sekali akan menyentuh umat yang berdepan dengan masalah kejahilan, hiburan yang melampau, kekayaan yang tidak diagihkan dengan adil, masalah sosial dan sebagainya. Dapatkah saudara memahami jauhnya jarak di antara idea dan projek dakwah tersebut?

Membina pekerja untuk projek dakwah itu lebih sukar lagi. Saudara mungkin akan rasa mudah melakukan aktiviti tajmik. Tetapi cabaran yang saudara akan benar-benar hadapi adalah kemampuan saudara melibatkan seorang demi seorang yang saudara tajmik ke dalam projek-projek dakwah dalam bentuk kerja organisasi. Mentajmik mesti disusuli dengan menyusun tenaga. Tenaga yang tidak disusun akan ditimpa penyakit jemu dan akhirnya akan meninggalkan saudara. Ini adalah apa yang saya dapat simpulkan hasil daripada apa yang saya lihat berlaku kepada beberapa orang rakan pendakwah yang tidak berjaya melibatkan pendakwah yang dikumpulkannya di dalam projek-projek dakwah.

Menjaga stamina pendakwah satu lagi cabaran bagi organisasi dakwah. Dunia menarik pendakwah sama seperti mana dia menarik manusia lain. Masalah menimpa pendakwah juga sama seperti ia menimpa orang lain. Pendakwah dalam organisasi yang mantap mana sekali pun akan terdedah dengan pelbagai kerenah dan masalah kerana dia adalah manusia. Organisasi yang mantap bijak untuk membelai dan menyergah ahlinya. Yang lemah mampu dikuatkan. Yang penakut akan menjadi berani. Yang jatuh, mampu untuk dipimpin. Saya pernah bertemu dengan seorang pendakwah dari luar negara. Beliau menguruskan satu organisasi dakwah yang hebat menghasilkan produk-produk dakwah di dalam masyarakat setempatnya. Saya bertanya kepadanya perkara yang paling susah yang beliau hadapi dalam pengurusan organisasi dakwah. Percayalah saudara, beliau menjawab: “Menguruskan manusia.”

Saudara yang saya kasihi,

Inilah organisasi dakwah dalam pemikiran saya. Tanpanya kita akan berpusing pada putaran yang sama untuk selama-lamanya. Atau pun kita akan keletihan berlari di atas kapal yang tidak bergerak. Organisasi ini akan sentiasa berkembang berdasarkan fasa dan tuntutan semasa dan kita perlu mengembangkannya. Itu yang akan menjadikannya terus relevan untuk wujud.

Adakah saudara bersetuju dengan tasawwur saya terhadap organisasi dakwah ini?

Saudara yang saya hormati,

Satu lagi perkara yang suka saya kongsikan dengan saudara di sini adalah peningkatan diri kita sendiri di dalam kefahaman dan amal dakwah. Dahulu saudara ditarbiah dan saya masih lagi ingat peringkat awal saudara terlibat dengan aktiviti tarbiah. Kefahaman saudara meningkat dan amal saudara juga bertambah baik. Kemahiran dakwah fardiah dan kemahiran mentarbiah saudara pelajari dan berhasil menjadi sifat dan kemahiran saudara. Saudara sememangnya mempunyai potensi besar di dalam dakwah. Kemahiran-kemahiran yang sukar untuk difahami oleh pendakwah lain mampu saudara fahami dengan baik. Persoalan-persoalan yang saudara sentiasa ajukan juga menunjukkan kematangan saudara di dalam perkara tersebut. Tetapi saudara, ilmu dakwah tidak terhad setakat itu sahaja. Banyak lagi ilmu tentang dakwah yang perlu saudara pelajari.

Saya mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan saudara ketika mana saya mula-mula menjejakkan kaki ke tanahair. Ilmu yang didapati dari luar negara selama hampir lapan tahun rupa-rupanya cuma cukup untuk melakukan perkara-perkara asas dalam amal dakwah sahaja. Dengan tidak terbukanya peluang untuk saya menambah ilmu dakwah di tanah air pada masa itu, saya rasa cukup kerdil untuk menanggung beban dakwah di tanah air.

Keadaan sudah berubah sekarang. Saudara mempunyai peluang untuk mempelajari apa yang sepatutnya disambung pembelajarannya. Jangan sesekali lepaskan peluang kerana peluang tidak akan datang banyak kali. Dakwah fardiah dan tarbiah saudara fahami dengan ilmu, amal, bengkel, teguran, perkongsian pengalaman, kes-kes yang dikendalikan dan sebagainya. Maka begitulah juga dengan ilmu-ilmu dakwah yang lain. Ia akan melalui proses yang sama. Bacaan hanya salah satu wasilahnya. Mencuba sendiri tanpa ilmu asas berkenaannya; tidaklah diperlukan kecuali jika memang kita tiada pembimbing.

Saudara yang dikasihi,

Panjang sudah celoteh saya pada saudara. Moga ia tidak menjemukan dan saudara tidak keberatan untuk membacanya berkali-kali. Saya juga amat-amat mengharapkan saudara memberikan nasihat dan teguran kepada saya dalam apa-apa juga isu dakwah. Kita semua berhajat kepada nasihat dan perkongsian.

Moga Allah menerima amal yang kita lakukan.

Wassalam.


Oleh: Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni,

Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Blog: Satu Perkongsian

Saturday, May 7, 2011

Monolog Kasih Buatmu Ibu


Uweekk..uweeekk..

Saat tangisan memecah keheningan malam,

Tika insan lain diulit mimpi indah,

Tabahnya hati ibu, kuatnya kudrat mu,

Kepenatan mencengkam seakan hilang,

Didodoi lembut terhenti tangisan,

Lantaran cinta ibu luntur segalanya,

Dalam pekat malam ibu setia di sisi,

Mendodoi lembut lena berpanjangan.


Kriiiing..!!!

Bunyi jam mengejut lena ibu,

Tidurnya hanya seketika,

Bagi ibu dunia adalah ladang,

Amalan membuahkan hasil di syurga,

Berselimut kegigihan dan istiqamah berpanjangan,

Tahajud ibu penuh kesyahduan,

Kekhusyukkan dan kehambaan yang mendalam buat Pencipta Cinta,

Tangisan insaf diulit kesyukuran tidak terhingga,

Bertafakur, mengharap mawaddah Ilahi berpanjangan,

Seteguk doa tulus ikhlas buat permata hati,

Pejuang agama, pembela negara,

Anakku, inilah harapan ibu padamu.


Aliff..Baa..Taa..

Tekun ibu mentarbiyah anak-anaknya,

Dengan ilmu ukhrawi dan duniawi ,

Harapan ibu berbunga sentiasa,

Ya Rabbi, jadikanlah permata hatiku ini,

Mujahid dan mujahidah yang soleh dan solehah,

Yang menghampar segenap cinta dan jiwa raganya,

Hanya untukMU ya Allah..”

Ibu pintal dugaan menjadi benih ketabahan,

Ibu anyam kedukaan menjadi penenang jiwa,

Ibu simpan penderitaan demi kebahagiaan anak-anak,

Keringat ibu, sakit ibu,

Menjadi bukti kasih yang tiada gantinya.


Kini, aku anakmu ibu,

Dengan kasihmu aku membesar,

Dengan segenggam tabah yang kau tabur,

Benih-benih iman yang ibu semai,

Kasih sayangmu tidak pernah luntur bersemadi di jiwaku,

Anakmu ini berjanji duhai ibu,

Akanku genggam wasilah perjuangan ini,

Tarbiyah itu hidupku selamanya.


Terima kasih ibu,

Semoga ibu dirahmati bersama lembayung kasih Ilahi yang berpanjangan,

Sepanas dan sehangat kasih ibu kepadaku,

Walau kini ibu tiada lagi di sisiku,

Amanah dan nasihatmu ku pegang utuh,

TERIMA KASIH IBUKU SAYANG…

Wednesday, May 4, 2011

Hari-Hari Terakhir Bersama Sahabat..(Diploma)

selama tiga tahun bersama, semester akhir pun muncul jua. Detik-detik terakhir dihabiskan sebaik mungkin. Sebelum ni masing2 sibuk fikir semester depan, nak letak barang kat stor, dan pelbagai lagi tetapi berbeza sedikit dengan hari2 terakhir ini, semuanya kelihatan indah namun jauh di sudut hati, hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya untuk menghadapi PERPISAHAN.


sambil2 menanti sahabat2 tersayang tiba, bertemu kalamullah. Berbicara sebentar dengan Kekasih yang Agung agar hilang resah di jiwa, terubat rindu.

4 kereta konvoi beramai2 ke Steamboat Antarabangsa di Bangi. Malam itu makan besar dan mungkin sahaja makan malam terakhir bersama kawan2 buat kali terakhir sebelum masing-masing berjuang dengan haluan dan cita2 tersendiri.


Setelah kenyang makan, apa lagi...bergambar je...heheh

Hidup ini, tidak susah dan tidak senang. Indahnya hidup, Uniknya hidup jika kita amati dan telitinya. Setiap yang hidup pasti akan mati, dan yang bertemu pasti pengakhirannya perpisahan. Itulah lumrah hidup yang harus dilalui samada nak atau tidak, itu semua terpulang kepada individu tersebut bagaimana dia menghadapi dan mengharungi hidup yang penuh cabaran ini.


Muka kekenyangan. Destinasi seterusnya adalah Up-Town Jalan Reko, Kajang..^-^

Ada yang xpernah jejak kaki langsung ke sana termasuk ummul sendiri..huhuhu..seronok juga nakal sekali sekala balik lewat asrama...masa tu dah nak pukul 12 tengah malam..alahai..kalau mak ayah tahu, habislaaaaa...

Ramai betul umat manusia. Depa ni xtidoq lagi ka time2 cenggini??kuat betul mata depa..kan baguih kalau masing2 pakat semangat bangun tahajud dengan semangat macam nak g up-town time lewat malam gini..ermmmm...


Ada dua benda je yang ummul beli iaitu air kelapa seringgit dan juga novel yang bertajuk "Daun Pun Berzikir" hasil nukilan Habiburrahman.

Malam tu kami semua balik pukul 12.30 tengah malam..huhu..xpernah balik lewat, hari-hari terakhir buat nakal..aduhai..penat nak kena jawab dengan guard tapi xpe...berani buat berani tanggung...keesokkan harinya, ummul dapat offer oleh beberapa orang adik junior untuk belanja makan..syukran jazilan ila ukhti idani, syafiqah, aznani, wa akhi faisal dan fauze kerana sudi belanja akak mu yang comel ni..(hehehe..perasaan terlebih pula)...bertarikh 1 mei 2011 bertempat di restoran Limau Nipis...lain kali belanja lagi ye dik..^_^


Idani, Syafiqah, dan Aznani..terima kasi sayang..sedap sangat makan malam tu..alhamdulillah...nasi goreng limau nipis dengan air limau nipis special..mesti mahal kan..hehehe...


Menu ummul malam itu..terima kasih kepada yang membayarkan..heehe...

indahnya ukhuwah yang terbina ini..toooooo much memory...sedihnya...esoknya pula jalan2 dengan kawan2 p pkns..makan pizza pah sama2..seronok sangat2 kenangan kita...


Inilah pizza pah..sedap sangat2..yum yum..^@^...huhu..alhamdulillah..rezeki Allah..

Mentang2 lah nak habis belajar...kita ni xhabis2 makan..huhu...makan itu indah..maka indah untuk dijadikan kenangan bersama. Sahabt..entah bila lagi kita dapat bersama begini..makan sekali..keluar jalan2 sama2..nangis sama2...=,(


waji dan iera..take care dear..moga hati tu xkan berubah..terlalu banyak kenangan bersama..


Ummul give back heart for u my dearest friend...=,(

Masa2 gembira kita semakin berakhir..entah bila lagi dapat selalu wat macam ni..ya Allah..kukuh dan pertahankan ukhuwah yang kami bina ini atas dasar keimanan kepada-Mu..satukanlah hati kami di bawah cintaMU ya Allah..jangan Kau jauhkan hati kami..tautkan ukhuwah ini dengan cahaya cinta-MU..esoknya lagi..ummul dan beberapa teman tercinta shopping dan makan2 di metro kajang..seronok sangat...last day kita shopping bersama..



Makan sarapan + lunch di Kopitiam..huhu..muka lapar time ni..lambatnya makanan nak sampai...~@~



Lambat sangat sampai makanan..naik kerusi urut jap..huhu..geli..betul...=D



kecik with her menu..huhu..western food..will miss u kecik..


Jiji muka lapar..dalam hati,"cepatlah amik gambar..dah lapar ni...waaaargghh.."


Nisa chan..dah xpandang kiri kanan..terus ngap..tahu le lapar deh..hahaaha..

hari tu shopping baju untuk GN dan ummul hanya beli tudung je..beli ala kadar..seronok juga shopping tapi..ni kali terakhir...erm....segala yang berlaku xkan mudah untuk ummul lupakan ..kenangan itu terllu indah untuk disimpan..akhirnya Graduation Night yang diadakan di Palace Golden Horses berlangsung jua..malam yang memberi sejuta makna..malam nak bergaya..malam perpisahan..malam diraikan sebab dah tamat pengajian..namun..dalam senyuman terselit duka..entah bila lagi pertemuan sebegini akan berlangsung lagi..=(


Dinner ..di Palace..yum yum..sotong xrasa sotong..ikan xrasa ikan..huhu



pelik2 nama makanan malam tu..huhu...


Bersama roomate tercinta selama 4 sem..terima kasih nisa n kak umi..banyak sangat tolong ummul terutama masa sakit..love u forever lillahi taala..


Bersama pensyarah tersayang..puan Roslina..madam doakan kejayaan kami..


Bersama pensyarah yang sebelum ini pernah mencurahkan ilmu kepada saya dan kawan2..terima kasih ustazah!!!..=)


sedihnya..hari ni asyik anta kawan pergi je...malam ni entah2 ummul orang terakhir balik..sedihnya..hantar kawan2 pergi..dan tinggalkan ostel ni juga dalam keadaan sunyi sepi..tanpa kawan di sisi...biasanya mereka akan lambai menghantar ummul balik dengan senyuman tapi kini..............................


Kikin sayang..i will never forget u my dear..love u sangat2..jaga diri ye kikin..i will never forget u..insyaAllah...



Atok suk..terima kasih selalu bagi nasihat..hehehe..(gambar ni saya amk curi2)=p..jangan marah..t awk makin tua jadinya...


2 orang sahabatku yang comel ni..shila n ijah..jaga diri..ummul akan rindukan kalian..uwaaaa...entah bila lagi kita dapat jumpa kan..rindunya...


nad, wani, nisa, n kikin..memori kita bersama akan kekal selamanya di ingatan ku...


dalam sejarah..hari terakhir di sem terakhir dan kelas terakhir..dbk 0.4..subjek ent 300...terima kasih kawan2...kelas yang sangat ceria diisi dengan kawan2 yang suka gelak dan melawak..love all of u...


suasana di bilik kesayangan.. A204..dan rakan2..masa ni sebelum pergi pit stop..beli nasi kerabu..indahnya kenangan ni..huhuhu...

Kawan-kawan..ummul simpan kenangan kita dengan kemasnya..diharap kalian juga begitu..jangan pernah lupakan ummul ye..i will never forget u..insyaAllah..ingat daku dalam doamu..yang xde gambarnya dalam ni..really sorry..bukan xingat..tapi dah panjang sangat ni..ikutkan hati ummul, nak masukkan semua gambar yang ada kat lappy ni..huhu..ingatlah...kalian sentiasa di hati ummul...sayang sangat2...terlalu sayang...



kenangan..gambar sem1..di chicken rice shop...the mines...

dearest friend..never forget me plese..but..if u cant remember me always..just remember me sometimes..that's already enough for me ...

Monday, April 25, 2011

coretan di malam hari buatmu...


sahabat-sahabat usrah..

kawan..sahabat..semua itu kurniaan Allah yang xternilai..dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar, perit, sakit, derita..dikongsi bersama sehingga tiba satu saat perpisahan menjelma. Tika itu diri terkapai kelemasan, cuba menepis ombak kekecewaan bahkan sedaya upaya cuba menjauhinya sedangkan diri ini sudah pasti dan yakin, satu hari aku akan berpisah dengan sahabat2 yang amat ku cintai, walau perit macam mana sekalipun..pejam celi pejam celik..exam berganti exam..saat itu bakal tiba..dan akan tiba..usai sahaja selesai final
exam, perpisahan akan menjelma dalam diari hidup kami..
kenangan raya 2010


Temanku,
kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu disisi-NYA,
jika kau redha, sabar dan terus
berusaha,
tapi, kau sememangnya
bodoh ,
jika kau langsung tidak berusaha,
kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
tiada nilaian pahala dari-NYA,
malah kau pula menanggung dosa,
lantaran kau sia-siakan amanah
berharga...

Bersama-sama sahabat menerima anugerah dekan di Palace Golden Horses


Berprogram sama2...usrah..daurah..qiamulail..ceramah..handle program sama2..naik turun pejabat HEP, Admin, Finance..pergi kem..macam2 yang kita buat..pasti saat itu akan dirindui, dikenang malah xmungkin dapat dilupakan, kenangan selama 3 tahun berakhir sudah kini. Adakah nanti kita masih sama jika bertemu kembali sepuluh tahun akan datang?masa2 lalu xmungkin dapat dikembalikan..mustahil sama, kerana kita masing2 tidak tahu apa yang akan terjadi akan datang. Redha, pasrah, istiqamah,syukur..itulah yang paling penting. Moga perjalanan persahabatan kita kekal, bersatu kerana Allah, berpisah dengan redha kerana Allah..

berkata-kata itu mudah..namun itulah realiti yang bakal berlaku..semester akhir ini, sangat2 mengujiku..kehilangan sahabiah yang sama2 berjuang buat selama-lamanya. Berada di bawah 1 exco yang sama, selalu berbincang bersama akhirnya sayangnya ku kepada dia, Allah lebih sayangkan dia..ku redha..biarlah dia pergi dari terusan terseksa..dan seorang sahabiahku yang selalu bersamaku, sakit..saat dia menceritakan kepadaku..terkesimaku seketika..ya Allah, betapa hebatnya ujian-MU pada sahabat2ku..dalam diam ku sisip doa...agar dia tetap tabah, lantas ku peluk dan air mata yang cuba ku kawal, mengalir jua.."sahabatku, terusan sabar, sungguh diri ini tidak sanggup kehilanganmu. tabahnya kamu!"
Bersama-sama mujahid wa mujahidah Kelab Insaniah

Tuhan,tidak ku duga..dalam kami sama2 gelak ketawa, tersenyum gembira, bergurau senda..banyak sekali dugaanMU hadir tanpa disedari. kawan2..teringat tika kita sama2 nak pergi program di luar. gaya bukan main sokmo bergaya, tapi nak pergi kafe..gaya baju dan pakaian kita tetap sama. hehehe...muslimah masa kini, jimat baju..kadang2 terfikir, t dah ada suami, legalah suami sebab xpayah beli baju banyak2..baju riadah, g ceramah, p kafe, shopping..style yang sama..=)

masa ummul sakit, kawan2 banyak sangat2 membantu..terutama masa tengah demam denggi sem lepas. panggil warden, selalu temankan ulang alik pergi hospital serdang, hospital kajang dan klinik kesihatan bangi..hampir 2 minggu macam tu tapi kalian sentiasa ambil berat tentang ummul..dan juga, saat ummul kehilangan arwah atok masa musim final exam sem lepas..xputus2 kata2 semangat mengalir kepda ku..terima kasih sahabatku..kerana sentiasa setia bersamaku..saat difitnah, kalian tetap mempercayai ummul walau tika itu DIAM yang dijadikan keputusan..

akhirnya, PERPISAHAN akan berlaku. Semua kenangan indah kita, biarlah ia subur dalam ingatan. Rasa tiada ganti sahabat2ku ini. Pasti ku akan merindui saat kita di dalam surau..tiap kali usai solat berjemaah, selalu sangat buat bising sampaikan adik2 imam muda kita tegur, terutama "moyang tua"..haha..indahnya ukhuwah itu..dalam kepimpinan insaniah, semuanya begitu indah untuk dilakar, disimpan, dikenang...sayangnya kepada kalian tidak terkata..

aku hanya merancang,
Allah jua yang menentukan,
ku pasrah pada ujian,
biarpun datang menghujan,
hikmah seiringan,
untuk kufikirkan,
biar segetir mana ujian melanda,
baik berjaya atau kecewa,
baik suka atau terluka,
ku terima dengan hati terbuka,
kerana memang,

BEGITU KEHENDAK-NYA

ku yakini, itulah yang terbaik dari-NYA,
buatku seorang hamba,
hanya DIA...
mengetahui segala-NYA...



Wednesday, January 26, 2011

Liku-Liku Kehidupan Penuh Bermakna

Bismillahirohmannirohim...
cerita ini ana kongsikan hadirnya dari kisah hidup yang berlaku kira-kira 3 tahun dahulu...ketika berusia 18 tahun waktu itu..maklumlah selepas habis exam spm macam biasa duduk sahaja di rumah jadi suri rumah xberlesen..emak dan abah mula bising sebab duduk rumah je..xbergaul dengan sesiapa..jadi nak xnak ana mulalah mencari kerja sambilan..syukur kepada Allah dapat tawaran di sebuah kilang elektronik yang terletak di sebelah taman perumahan ana je..dalam 15 minit berjalan kaki sampailah..apabila tiba di sana ana lulus segala ujian n mula praktikal kerja..ketika itu ana berbual dengan seorang auntie India..

"adik nampak baik, kenapa kerja kat sini?"
"dekat dengan rumah, xpele auntie..janji halal..cari pengalaman sebelum sambung belajar."
"kalau auntie, memang xbagi anak auntie kerja kat sini..sangat sosial..lagi2 kamu..bahaya..hati2 ye..auntie nasihat macam anak auntie.."

ana masa 2 masih xfaham dan xmengerti
Italic jadi, ana teruskan saja kerja..kemudia hampir tengah hari ana bertanya sesuatu kepada auntie 2..

"auntie. kat sini surau kat mana ye??"
"adik, selama auntie kerja 10 tahun kat sini mana ada surau. orang melayu, bangla,indon, myanmar yang Islam kadang2 je sembahyang.kamu memang baik dan xsesuai kat sini adik. nanti bos nampak dia potong gaji, sekali nampak 50 ringgit potong kalu 10 kali dia nampak??"

terkedu sangat2 masa 2..ya Allah..tempat apa ni..kenapa tempat sebegini..sumber rezeki ramai manusia..Islam dihina tanpa disedari..terus ana ambil keputusan..untuk...

"assalammualaikum kak, bang (supervisor2 kilang, melayu islam).."
waalaikummusalam..ye..kenapa mimi??suka xkerja kat sini??
"maaflah kak, abang..terus terang saya xnak kerja kat sini. minta maaf sangat2"
tapi kenapa??
" saya dapat tahu kat sini xdibenarkan solat, kalu nak pun kena sembunyi2 kan?"
yee..betul...
" jadi, saya xnak kerja kat sini..hati saya xtenteram..gaji yang saya dapat pun xberkat..sia2 sahaja ..saya xnak jadi seorang Islam yang hanya sekadar nama..saya takutkan bala Allah..ok lah..terima kasih..saya balik dulu.."
adik ni mesti budak sekolah agama kan..
"maaf, bukan..saya bekas pelajar sekolah teknik..pelajar engineering..sesiapa pun wajib untuk tegakkan Islam kak, abg..ok le..assalammualaikum wbt.."

ketika itu boss cina pandang ana macam nak makan..ketika di sekolah ana xberani nak cakap macam kat atas ni..xtahu Allah beri kekuatan ..lancar pula lidah ni berkata2..tengok muka boss cina 2 dengan rasa penuh benci dan geram kerana menghina Islam dengan membuat peraturan sedemikian..xterlintas langsung rasa takut..ketika itu, lahir satu tekad," I HAVE TO DO SOMETHING FOR ISLAM!!!!"

SELEPAS ITU, ana pun pergi jumpa auntie tadi n say a lot of thank you..xsangka..seorang manusia yang berhati baik bahkan bukan beragama Islam..memberithu dan alert dengan hal solat melebihi pekerja2 melayu yang ada di sekitar ana ketika itu..ana xmenyesal langsung dan dalam perjalan pulang ana ternampak iklan kerja kosong di sebuah kedai kek..

ana dengan segera menelefon owner kedai tersebut..syukur alhamdullilah ya Allah..aku diterima kerja...gaji seribu dua ratus..pergi dan balik bos hantar..kerja pula bahagian marketing..di putrajaya..masa 2 dapat kenal dengan ramai ahli perniagaan..orang2 kementerian..syukur..indah sangat ya Allah...

kesimpulannya, jika kita korbankan sesuatu kerana Allah tanpa rasa sedikit penyesalan dan yakin dia Maha Adil lagi pemurah..yang rezeki itu berada di mana2 sahaja..Allah akan balas dengan beribu kali ganda lebih baik dari apa yang kita tinggalkan demiNYA...jangan dipersoalkan sama sekali..ingatlah..asas kepada iman ialah SOLAT.utamakan yang lebih utama dan tinggalkan hal-hal yang remeh - temeh...bila bekerja ingat kembali nawitu kita dan jangan mudah rambang mata, tergadai maruah dan agama..

setelah sekian lama berkerja..panggilan jihad untuk menyambung kembali pengajian ilmu Allah ana terima..sebelum berhenti kerja..boss ana meraikan ana di sebuah restoran mahal bersama kakak2 chef kek dan atok(owner kilang beras) dengan cucunya sekarang ambil kulinari di BMI..ana rasa bahagia sekali..xpernah dijangka untuk menerima layanan yang begitu istimewa..alhamdullilah YA ALLAH..

bagi ana sendiri, ini merupakan sebahagian jalan tarbiyah yang Allah sendiri didik dalam diri hamba-NYA ini..terima kasih Ya Allah..jalanNYA itu penuh berliku lagi menyakitkan akan tetapi tanpa disedari kemanisan yang Allah beri tanpa dijangka..itulah hadiah terhebat..Allahuakbar!!!

PetunjuK: Tidak Dijangka, Kutemui Manisnya

PetunjuK: Tidak Dijangka, Kutemui Manisnya: "assalamualaikum... disini saya nak ceritakan tentang pengalaman dan sedikit pengajarannya... kisah ni berlaku dalam hidup saya bermula saya ..."

Monday, December 20, 2010

KEMBARA HIJRAH

Hidup ini merupakan pinjaman Allah swt semata-mata yang mana tempat persinggahan ini merupakan ladang tanaman amalan, hasilnya akan kita bawa ke akhirat. Usia,rezeki, jodoh dan ketentuan takdir semuanya telah pun tercatat di luh mahfuz dan kita sebagai hamba tugasnya harus menerima dan terusan redha tanpa mengeluh sedikit pun kerana nikmat yang diberi berbanding ujian yang sering diterima lebih besar ibarat kuman dan seisi dunia, sangat kecil dan paling besar sudah jelas jauh perbezaannya.

“ Mengapa aku diuji? ”, acapkali kita sendiri mahupun sahabat-sahabat kita mengeluh tatkala ujian dan dugaan menghampiri hidup ini. Saat itu betapa kita telah lupa dan lalai dalam menafsir metafora kehidupan yang sudah pun dijanjikan dengan ujian dan kebahagiaan. Kita juga mungkin semakin lupa dengan segala nikmat yang pernah diterima dan berkeluh kesah saat ujian yang setitik merubah kehidupan. Sedarilah tika itu mungkin saja hati kita telah pun berprasangka buruk kepada al-Malik sedangkan Dialah yang memberi kita rasa bahagia dan pelbagai nikmat namun pengakhirannya apabila hakNYA diambil kembali kita seolah-olah tidak redha dengan apa yang berlaku.

Cari contoh statistic pembuangan bayi atau kelahiran anak luar nikah di internet

Teknologi, arus kemodenan dan zaman milenium tidak dapat menjana pemikiran manusia di tahap kecanggihan yang kita miliki sekarang. Bukti? Pastinya pelbagai bukti kita dapat lihat sekarang seperti gejala-gejala sosial yang turut tidak kurang hebatnya dengan pembangunan kemajuan negara. Statisitik kemajuan yang dialami mungkin sahaja selaras mahupun lebih pantas meningkat berbanding pertumbuhan ekonomi dunia. Malah lebih menyedihkan pabila ramai pihak tampil bersuara namun tiada tindakan yang dilakukan seperti tin kosong yang kuat berbunyi namun isinya tiada. Terbaru paling mengejutkan apabila pihak jabatan agama sendiri harus membawa bersama anggota polis ketika ingin menangkap remaja-remaja yang berkhalwat dan jika tidak mereka mungkin saja bisa didakwa malah disaman. Bukan niat saya ingin menegur sistem undang-undang Negara namun segala kebejatan masalah sosial yang melanda ini pokok pangkalnya kepada bagaimana kita menyelesaikannya, jika di kaca televisyen dan majalah begitu banyak sekali pendedahan terhadap hiburan yang melampau, contoh-contoh berpakaian seperti tidak memakai baju layaknya, pergaulan tanpa sempadan seperti internet yang tiada sempadan dan pemikiran yang dicorak akhirnya melahirkan penyakit al-wahn(cintakan dunia dan takut mati).

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu sepotong lirik daripada salah satu lagu nasyid kumpulan UNIC membuat saya terpana seketikan akan maksud tersiratnya betapa hati dan niat itu Allah yang mencipta dan hanya Dia yang mampu membacanya. Manusia tetap manusia walaupun betapa kejam dan banyaknya dia melakukan maksiat, mereka tetap manusia yang miliki hati dan perasaan seperti manusia yang lain. Mungkin kita pernah terbaca di dada akhbar berkenaan jawapan-jawapan yang diberikan oleh remaja yang terlibat dengan kehidupan yang berlandaskan nafsu terhadap apa dikerjakan selama ini. Jawab mereka:

"bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat..
alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka"

"keluarga pun dah tak nak terima kami.Masyarakat mula menyisihkan kami. Kami hina di mata mereka, kami tak layak untuk berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman dengan pak lebai"

"ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. Mereka malu atas perbuatan saya. Kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan, mak tak nak mengaku saya ni anak dia. saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."

Inilah antara jawapan-jawapan “mereka”. Acapkali kita melihat dan menonton berita-berita di kaca televisyen berkaitan masalah-masalah pemuda pemudi negara namun saya semakin pelik apabila rakyat kita seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Keegoan dan sikap keakuan telah membantut dan mencantas nilai harmoni dalam diri manusia yang ingin berhijrah ke arah yang lebih baik. Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan, bukannya ikutan akan tetapi, yang menghairankan saya semakin banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat maka, masyarakat seharusnya sedar dan menjadikannya sebagai iktibar, memulakan langkah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak mengikut jejak langkah "mereka" itu namun sebaliknya pula yang terjadi.

Semakin diselusuri semakin pincang masyarakat kita kerana daripada kes-kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah yang membawa kepada tali gantung semuanya dipandang sepi dan bisu oleh masyarakat kita khususnya melayu. Malah, mereka seakan berlumba-lumba untuk mencari publisiti murahan, memenuhi dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya menjadi bualan di sana- sini kerana terbabit dengan kes RASUAH, BUNUH, ROGOL, dan tidak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh raya, merempit sana sini tidak tentu hala, kononnya hendak mati di JALAN YANG LURUS. Belum termasuk lagi kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, pelajar SEKOLAH AGAMA buang anak, di tambah lagi dengan masalah politiknya, dan bermacam- macam jenis 'penyakit' lagi yang kini sedang menular di kalangan masyarakat kita, di mana kelajuan penularannya mengalahkan penularan virus H1N1.

Duhai bangsaku,

Kalian lebih memilih lorong yang sempit berbanding jalan yang luas,

Pabila disoal kalian menjawab sudah suratan takdir,

Sedangkan tika 1 pintu rahmat tertutup 99 lagi terbuka buat kita,

Mengapa kita jadi begitu sombong sedangkan Allah tetap memberi dan terus memberi,

malah Allah sudah berfirman tidak akan berubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan tangan mereka sendiri,

kita terus membiarkan mata ini tertutup daN hati diselaputi nafsu yang menebal,

jalan iman itu indah dan nafsu itu bisa merosakkan kita,

kita semakin lalai dan terusan lalai malah semakin lupa terhadap janji-janji yang dibuat kepada Allah,

kitalah satu-satunya makhluk yang berani menyahut seruan sebagai khalifah di bumi tika makhluk lain menggigil ketakutan,

betapa hina dan bodohnya kita terhadap apa yang kita telah lakukan dan banggakan,

ingatlah, jalan kebahagiaan atau kesengsaraan merupakan pilihan hidup terletak bukan di tangan tetapi kembali ke pangkal hati,

carilah iman kerana ia tidak datang bergolek malah usaha terhadap hijrah itulah harusnya,

kembalilah duhai anak bangsaku.


Masya Allah, pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? Seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya lalu, dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. Dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal. Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya dan membukakan pintu rahmat pada malam hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari tetapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari syurgaNya jauh dari rahmatNya. Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu.

“Hidup ini adalah satu perjalanan sama ada dalam kebahagiaan dan kesengsaraan. Hari semalam adalah sejarah, hari esok adalah masa depan, dalam menempuh perjalanan yang penuh dengan pengharapan, kita teroka perasaan suka dan duka serta gembira. Mungkin sebagai hamba kepada yang Esa, kita sering kali tertanya-tanya apakah hikmah disebalik semua ini? Yang pasti setiap perkara yang kita tempuhi membuatkan diri kita lebih matang dan mengerti hakikat kehidupan sebelum semua terlambat, sebelum matahari terbit sebelah barat, bertaubat sebelum terlambat, hargai dan bersyukurlah dengan nikmat yang kita dapat, hargailah mereka yang berada di merata tempat kerana yang pergi tetap akan pergi yang ada teruskan keidupan dan ingatlah, perjalanan ini hanya tempat persinggahan menuju ke alam yang abadi.”